JellyPages.com

.:namaku...:.

AHLAN WA SAHLAN

Sebuah blog yang tiada apa....cuma cebisan kenangan sepanjang kehidupan saya.

Semua cerita...mungkin tiada apa utk orang lain...tetapi amat berharga utk saya.

Sunday, March 29, 2009

Lilin Hour..Torch Light Hour



Selepas Maghrib...kami anak beranak kelam kabut di dapur. Yang sulung tolong panaskan lauk siang tadi, yang tengah sibuk pula sediakan air minum di meja, siibu pula kelam kabut tumiskan sayur ...yang bongsu sibuk bertanyakan menu tambahan untuk makan malam sambil duduk menjenguk hidangan di atas meja.

"Kenapa nampak kelam kabut ni...?" tanya si bongsu.

"Nak makan cepat sikit...8.30 rumah kita dah bergelap" jawab si sulung.

"Ala....kita masih boleh pasang lilin. Ibu kata makan malam dengan lilin romantik ooooo", tingkah yang tengah.

"Tak boleh pasang banyak....sebatang lilin aje. Kalau idak tak ada maknenya" tegas si sulung.

Selesai makan malam, tepat jam 8.30, beserta dengan countdown dari TV3,....maka bergelaplah rumah kami. Hanya lilin aje yang terpasang...dan cahaya laptop ayahnya yang sedang melayari internet.

Kelam kabut si bongsu membuka pintu rumah untuk menyaksikan kawasan sekitar kawasan perumahan di situ. Si sulung dan si tengah pun join sekaki....

"Kenapa rumah Uncle ******* tak tutup lampu pun ibu? Dia orang tak tahu ke hari ni kena tutup lampu? Dia orang tak baca paper ke? Dia orang tak tengok TV3 ke???"

"Suruh dia orang pindah ke planet Marikh....duduk atas bumi tapi tak sayang bumi....????" tambah si sulung.

"Dia orang tak sokong la tu....kalau idak pun dia orang tu tak suka cahaya lilin...malap!" tingkah si ayah.

"Kan ke yang tak sokong tu TNB je ayah....orang lain kena sokong la...!!!!!" tambah si tengah.

Si ibu hanya senyum dan bermonolog...."asyik tengok Channel 201-20* setiap hari...mana tahu dah isi dunia apa jadi...gaduh2,cinta2,mabuk2...tu je dunia mereka." (rasanya pembaca dapat agak siapa Uncle ******* yang dimaksudkan oleh si bongsu.

13 comments:

ckLah @xiiinam said...

Qin....
Lepas ambik anak2 dari latihan bowling di Ipoh semalam (bas zura sampai 7.20 malam), kami sholat di Masjid daerah....

8.30 malam itu ckLah sedang berfoya-foya denga Pak Zahan dan anak-anak ckLah di Restoren Sutera Indah....makan steam boat.
.
.
.
.
.
.
.
.
Errr...lampu rumah semua dah kami tutup sebelum pergi....Kira sokong jugak la tu kannnnnnnnnnnn....muehehehe...

Melawis said...

Aduh...terlupa lak nak tutup lampu..hari lain boleh tak?

ASE1 said...

sama lah kita nie .. kelam kabut menyiapkan mkn malam tapi lepas tu srnk sesekali makan diterangi cahaya lilin ... romantik !

ASYIQ said...

cLah,

Tak aci..tak aci juga. Kalau kat kedai tak aci....kedai tu mesti pasang lilin jugak. Kalau idak...sekali dgn orang2 yang datang ke situ dianggap tak ikut kempen Earth Hour....fahem sokong cakap saya! Ha ha

ASYIQ said...

Melawis,

Kalau Melawis dok dekat umah saya sure anak bongsu saya kata "pak cik tu pun sama...macam Uncle *****.

Ha ha.Budak2 sensitif oooooo.

ASYIQ said...

ASE1,

Boleh kawan kita kak....candle light dinner. Yang penting kita sayangkan bumi kita.

Unknown said...

tahniah kerana komitmen cgu
untuk sertai Program besar dunia.....
walaupun tidak bersahut.
.................................
cerita macam ni tidak mungkin akan disahut.
semuga kita diberkatiNya dengan apa yg kita sumbangkan untuk dunia...

ASYIQ said...

Jinggo,

Bukan apa...nyokong semangat anak2.

Tak besar mana pun usaha kita....apa la sangat kan?

Tapi usaha yg sedikit tu la akan jadi banyak...kalau tak bermula langsung tiada.

Mak Su said...

biasa ler tu, ada gaks rumah yg tak tutup lampu hari tu

ASYIQ said...

Mak su,

Saje nk gembirakan hati, kan mak su...anak2 memang suka main ngan lilin...(dgn kawalan maknye la)

Pas tu...suka bergelap. Bila dia org takut ada la can nk peluk2 mak....

Bila lagi kan????

AL-BIMA SAKTI said...

nak berkempen tak payah bermusim, tak payah diarah.... kesedaran sendiri...

ASYIQ said...

Al-Bima,

Memang sentiasa berkempen....tiap-tiap malam tutup lampu bila nak tidur. Idak gitu..???

aini atirah said...

lindungi dan sayangilah bumi kita.....
kalau tidak...siapa lagi????

Pengikut ASYIQ