JellyPages.com

.:namaku...:.

AHLAN WA SAHLAN

Sebuah blog yang tiada apa....cuma cebisan kenangan sepanjang kehidupan saya.

Semua cerita...mungkin tiada apa utk orang lain...tetapi amat berharga utk saya.

Monday, March 23, 2009

Apa itu Kalamun Nafsi??

Ada seorang saleh yang sangat patuh pada perintah Allah dan Rasulnya. Dia sentiasa beramal dan sentiasa menjaga dirinya dari segala rupa maksiat dan keburukan. Namun begitu pada suatu malam dia terlintas untuk melakukan zina dengan seorang wanita yang cantik dan jelita.

Di dalam rumahnya ketika itu terdapat sebuah pelita sumbu...menyala terang menyinari segenap penjuru rumahnya. Kemudian dia menajamkan penglihatannya kepada api pelita yang menyala-nyala itu....seraya berkata di dalam hatinya....."engkau mengajak aku melakukan perbuatan terkutuk dengan wanita itu? Baiklah, aku akan letakkan jariku ini di atas api pelita yang menyala ini, kiranya aku tahan panasnya nescaya aku akan turutkan kemahuan itu..."

Nyata sekali tak sampai beberapa saat dia telah kesakitan menahan sakit. Jarinya merah kepanasan. Lalu segera ia berteriak kepada dirinya sendiri, " Wahai jiwa, rupanya engkau tidak tahan walaupun ianya hanya sedikit dari kepanasan dunia. Padahal api dunia itu telah disejukkan sebanyak 70 kali ganda agar manusia dapat bertentangan dengannya. Kalau hanya menghadapi api dunia pun tak tahan, bagaimana untuk kamu menghadapi api neraka yang panasnya 70 kali ganda lebih dahsyat dari api dunia.!"

Lalu orang saleh itu pun berpalinglah dari niatnya untuk berzina dengan wanita tersebut kerana hatinya takut dengan balasan azab neraka Allah.

Asyik: Cerita ini penuh teladan. Orang saleh ini sebenarnya ada "kalamun nafsi" dalam diri dia. Apa dia "kalamun nafsi". Ianya adalah kata-kata halus dalam diri kita yang bersulamkan ilmu yang benar...ataupun disebut sebagai lintasan hati yang baik.

Apabila kita hendak melakukan sesuatu...berperang dalam jiwa kita antara lintasan nafsu dan lintasan iman. Yang satu menarik untuk kita melakukan kesalahan dan yang satu lagi menolak kita untuk menjauhinya. Inilah yang dinamakan "kalamun nafsi"

Bila kita nak menipu kita terus terfikir...yang nak jawab di akhirat esok bukan mulut kita tetapi anggota badan dan kulit yang lain. So, apa nak jawab depan Allah??? Itulah "kalamun nafsi"

Bila nak excuse dari tanggungjkawab di pejabat...terus terfikir bahawa segala-galanya akan dihitung dan dinilai dengan adil oleh Allah di Padang Mahsyar....boleh ke kita lari??? Itulah "kalamun nafsi"

Bila nak membuka aurat...terus terfikir sanggupkah kita berada di dalam neraka untuk membayar balik perbuatan kita itu kelak. Itulah "kalamun nafsi"

Masalahnya di sini...kalau ilmu kita kurang, "kalamun nafsi" kurang berfungsi. Jadi nak dapatkan "kalamun nafsi" kena ada ilmu, amalan dan kesungguhan. Moga2 sama2 kita mendapat manfaat.


9 comments:

Na Shari said...

Sukarnya nak dapatkan kalamun Nafsi...
Berperang dengan perasaan sendiri mmg menyakitkan...

Ibnurashidi said...

Dekatkan diri dengan Allah SWT..pasti Allah SWT akan menjaga kita..

Unknown said...

cgu..

semuga hari2 seterusnya kita diberkatiNya dengan cerita2 yg sebegini...
mampu menjadikan hari kita hari ini lebih baik dari semalam....

Mak Su said...

dakilah ke tingkatan tangga nafsu yang di atas-atas... jangan leka di tangga tingkatan nafsu yang di bawah, kerana di bawah, tiada kalamun nafsi, yang ada hanyalah nafsu-nafsi.

ASYIQ said...

Na,

Memang perlukan mujahadah...sama2lah kita berusaha ke arah itu.

ASYIQ said...

Ibnurashidi,

Kita di alam siber ni pun mencari ilmu untuk mendekatkan diri kepada Allah...bertukar2 ilmu jalan yang terbaik.

ASYIQ said...

Jinggo,

....mencari dan mencari ilmu dan peringatan hingga ke hujung nyawa! Kita tak pernah sempurna.

ASYIQ said...

Mak Su,

Betul tu mak su...nanti kita berkongsi lagi ilmu tentang nafsu nafsi ni...caiyok mak su.

Anonymous said...

Salam ziarah buat asyiq ..

blog yg menarik hati , byk dpt ilmu buat pengubat jiwa ..

Pengikut ASYIQ