JellyPages.com

.:namaku...:.

AHLAN WA SAHLAN

Sebuah blog yang tiada apa....cuma cebisan kenangan sepanjang kehidupan saya.

Semua cerita...mungkin tiada apa utk orang lain...tetapi amat berharga utk saya.

Thursday, March 19, 2009

Anak-anak itu......

Entah apa pulak mood hari ini....tengok album2 dalam My Pictures, hati tertarik dengan gambar2 budak2 kecik ni. Apa salahnya nak letak la dalam blog ni sebagai kenang2an......
Dalam family saya, saya anak bongsu. So anak2 buah dah ramai yang besar panjang. Dah ada dua orang yang sudah kahwin dan ada anak. Kiranya saya ni bukan mak su lagi...tapi opah su...alahai. Terasa benar tuanya. Ni yang tak berapa suka jumpa dia orang ni...mujur anak dia orang baby lagi...tak pandai lagi nak panggil `opah su`...he he.

Ini cucu abang saya yang kedua...abang Fuad. Hasil perkahwinan anak dia Safura dan Osman maka lahirlah...Ammar Zariff. Alahai, nama bebudak sekarang. Nak tergeliat lidah menyebutnya. Anak engineer ni....besar esok nak jadi apa la agaknya ye Zariff??Ini cucu kesayangan abang Fuad dan Kak Sofiah...opah dan atuknya asyik ke Rawang je sekarang...apa lagi, rindu kat cucu.

Ini pulak cucu kakak ketiga saya, Kak Ton. Ini anak doktor...emaknya Nor Adilah dan ayahnya Khairul Aswadi. Dia orang sekarang tinggal di AU5, Lembah Keramat. Namanya Ahmad Dani Ilham....cool aje, suka senyum dan boleh dikendong oleh sesiapa sahaja. Putih melepak orangnya...tak padan dengan lelaki. Malangnya dia ni tak ada atok, arwah suami Kak Ton dah meninggal dunia tahun 2006 yang lalu....sakit kanser usus. Walau bagaimana pun, dia ni ramai atok...atok su, atok cik, atok anjang, atok ateh, atok ngah...dan ramai lagi la. So....dia tetap dikelilingi oleh atok`s` yang menyayanginya.


Haaaa.....yang ini lagi istimewa. Ini anak saudara bongsu saya...anak abang Nizam dan Hanita. Dialah cucu bongsu opahnya. Setelah abang saya dikurniakan empat orang anak perempuan berderet-deret akhirnya dapatlah seorang anak lelaki tunggal....Umar Taufik nama dia. Orangnya juga cute, suka didampingi dan paling istimewa ada tanda tu di mukanya....mesti ada tuah dia ni. Tunggu la besar nanti.

Kalau keluarga kami berkumpul....ketiga-tiga inilah yang mewarnai suasana. Dia orang ketawa pun comel, menangis lagi la comel. Dan anak2 dara yang lain semua mengerumuninya.....
Itulah kehidupan. Dunia tak akan ceria tanpa gelak tawa kalian......

Anak2 buah selalu mengusik saya...mak su bila lagi nak tambah bilangan cucu opah???? InsyaAllah kalau ada rezeki....doa-doakan. Tapi malulah......dah ada cucu pun nak beranak lagi ke???? Opsssss!


4 comments:

Tirana said...

Kak Tirana pun dah ada ramai cucu..hehehe..Bila sebut cucu ni..alahai dah rasa macam tua sangat...


P/S Kak tirana tak ke mana2 pun cuti ni..hubby tak cuti..anak sulong kak tirana yang kat Uni tu pun tak cuti..

Ibnurashidi said...

Salam...

Syukran kerana ke blog saya.
Baguslah, semoga anak-anak itu menjadi soleh dan solehah.

ASYIQ said...

Kak Tirana,

Boleh juga cucu2 kita tu panggil je kita dgn nama glamour kan...tukar la. Apa salahnya..he he.

Ibnurashidi,

Terima kasih balas ziarah dan sudi tinggalkan jejak pulak tu. Blog akhi banyak ilmu..teruskan.

Anonymous said...

gelap le ammar ni mase kecik..nasib baik sekarg ni dah besar sikit dah makin nak cerah hehe..sekarg ammar dah pandai menjulur n dah angkat dada tinggi dah..bontot pun sekali-sekala dah angkat sikit2..nak merangkak kut

Pengikut ASYIQ