Ingat lagi masa di UM, kawan baik saya Nida, Rosmiza kena buat presentation ala2 pentomen di Fakulti Bahasa,UM. Masa tu mana ada nk download lagu dari internet ke ape...peluang yang ada untuk cari background muzik bagi persembahan tu ialah di Al-Arqam...Sungai Penchala.
Ramai2 kami ke Sungai Penchala, masuk keluar mini studio mereka di situ untuk mendapatkan muzik2 latarbelakang bagi persembahan kami itu....masa tu kerajaan masih belum haramkan Al-Arqam. Tapi kami pun hanya budak2 U sahaja...bukan pengikut Al-Arqam pun. Kami suci bersih masa tu....
Masa tu la kami kenal dengan akhi Asri yang bersuara `syahdu` tu.....siap nyanyi live lagi depan kami dalam studio tu...memang sedap suara dia. Walaupun sekarang dia orang kata suara Mawi sedap, zikir Akhil Hayyi sedap tetapi masih tidak dapat menandingi suara Akhi Asri......suara dia ada something yang sukar untuk ditafsirkan.
Saya rasa dia menyanyi dari hati....akhirnya sampai ke hati, ada ruh. Menghayati lagu2 alunan dia boleh meluruhkan jiwa dan raga, rasa rindu pada Allah meningkat, rasa keinsafan akan mendalam, rasa syahdu menggetar jiwa....yang akhirnya meluruhkan titisan-titisan airmata yang kekadang terlalu payah nak keluar.
Mungkin kawan-kawan saya dulu pun bersetuju dengan saya. Kawan2 yang sering ke Sungai Penchala untuk melihat konsert Nada Murni...terutama sahabat baik saya dari Jabatan Bio Chemical, Fakulti Sains UM....Murni Hati bt Hj Jamlus.
Malangnya saya dah lost contact dengan dia. Maklumlah tahun 1995 kami grad dulu, kami berpisah dan bawa haluan masing-masing. Keluarga dia pun asyik berpindah kerana ayahnya yang selalu bertukar tempat kerja. Masa tu mana ada handphone nak bersms mcm budak2 sekarang, bukan ada friendster, bukan ada my space, bukan ada blog.......
Itu sebab lagu Munajat ni terlalu terkesan di hati saya....kerana ianya mengingatkan saya kepada pelbagai kenangan suka duka saya di alam pembelajaran semasa di UM dulu....berselirat, berselerak...tidak dapat dirungkaikan.
"Ya Allah....temukanlah aku kembali dengan semua sahabat2 lama yang amat aku rindu!!!!!!!!!!!!!!"
3 comments:
teringat zaman di skolah menengah dulu... ketika arqam mengembangkan sayap hingga ke serata negeri... suasana nyaman dan tenang di kaki bukit larut (SRTAS)turut menerima kesyahduan irama memuji tuhan...memang kagum pada kehalusan alunan suara kumpulan nada murni menusuk hati kecil, menggamit jiwa yang masih mencari-cari kebenaran....juga dengan majalah-majalah islamic yg penuh warna dan ilustrasi indah...
kelunakan suara dalam nasyid ni masih tetap menggetarkan jiwa, mengalirkan air mata jika dihayati dengan seikhlas hati....
Salam,
Terbaca pulak blog ni masa nak mencari juga kot2 cikgu saya ni pun kat cyber world. Tiba2 terserempak dgn blog ni.. setelah membaca, tak sangka pulak akak ni nak jejak kasih dengan best friend U dulu..
Saya ni tak tau orangnya betul ke tidak, tapi cikgu saya 10 tahun dulu nama dia Murni Hati Jamlus, lulusan UM jugak, lahir 1971, asal org kelantan, kawin dengan orang sarawak. mengajar di sekolah menengah tun ahmad zaidi adruce, kuching sampai sekarang.. anak tak tahu dah berapa orang. Pernah mengajar saya 2 tahun - kimia.. 97-98
Kalau betullah Cikgu Murni itu yang dicari, moga2 ditemukan dua sahabat baik setelah sekian lama..
Siti Hafsah
Kak Murni Hati tu sedara jauh family saya..family dia dulu duk N9 tapi dah lama menetap di kelantan.lupa lak nama kampung tu, area nak g ketereh.
Sya pun nama murnihati, ayah sy pinjam nama ngn dia..he2
Post a Comment