JellyPages.com

.:namaku...:.

AHLAN WA SAHLAN

Sebuah blog yang tiada apa....cuma cebisan kenangan sepanjang kehidupan saya.

Semua cerita...mungkin tiada apa utk orang lain...tetapi amat berharga utk saya.

Wednesday, March 4, 2009

Jangan takut.......


Jangan takut pada kematian
kerana ia pasti datang
yang patut ditakuti ialah kita belum bersedia menghadapi kematian
amalan soleh perlu dimulakan dari sekarang


Jangan takut pada hari tua
yang patut ditakuti ialah tidak memanfaatkan usia muda kita


Jangan takut pada kehilangan orang tersayang
yang patut ditakuti ialah gagal menyayangi tatkala dia masih hidup


Jangan takut pada kesakitan
yang patut ditakuti ialah tidak beramal soleh ketika sihat


Jangan takut pada gagal mencapai cita-cita
yang patut ditakuti ialah tiada cita-cita untuk berjaya


Jangan takut pada gagalnya rancangan anda
yang patut ditakuti ialah gagal untuk merancang


Jangan takut pada persaingan
yang patut ditakuti ialah tidak mahu bersaing


Jangan takut untuk miskin
yang patut takut ialah tiada cita-cita untuk jadi kaya.

Gambar hanya sekadar hiasan...
Abdullah Fahem dan Aini Amirah
Tahun 2008

5 comments:

Tirana said...

Letakkan ketakutan kita pada tempat yang betul...

arazma said...

cantik gambo bunga tu...
ni tgh ketakutan.. assignment banyak lum siap.. jadual final exam dah kuar... gerunnya..
tq atas ingatan/tazkirah kin.. simpati pd rakan kin tu.. kak kenal ke? cgu temenggong ke rpk?

ASYIQ said...

Kak Tirana,

Tazkirah untuk diri sendiri juga tu..selalu sangat alpa. Saya nk intai blog kak lps ni...nk tahu jwpan soalan kak tadi.

Ami Mahzar,
Gambar tu tgkp sendiri tau masa kt Cameron...namanya harum sundal malam.

Selamat mghdapi exam...moga berjaya.

Ckgu tu dulu ada kt temenggong. Dia kejap jer pas tu pndh ikut suami. Rapat jg ngan sy..cam k ma. Rasanye k ma x smpt ngan dia.

CIKGU AZIZUL..... said...

salam asyiq,saya baru sahaja memasukkan n3 terbaru..terima kasih kerana tertunggu2 n3 saya.saya link ur blog.

Mak Su said...

salam kenal juga

terima kasih :)

Pengikut ASYIQ