JellyPages.com

.:namaku...:.

AHLAN WA SAHLAN

Sebuah blog yang tiada apa....cuma cebisan kenangan sepanjang kehidupan saya.

Semua cerita...mungkin tiada apa utk orang lain...tetapi amat berharga utk saya.

Monday, March 30, 2009

Kita pun nak bahagia...



Jika aku memandang rendah kepadamu, bermakna ia adalah satu pengakuan
bahawa
aku pun bukanlah orang yang sempurna.

Ada dua sifat buruk yang merosakkan manusia secara dalaman iaitu sifat rakus dan tamak. Kedua-dua sifat buruk ini boleh diatasi dengan cara-cara yang berikut:

1. Berjimat-cermat, pandai berbelanja serta bijak mengurus kewangan. Orang yang gemar berbelanja akan menjadikan diri kita sentiasa rasa tamak dan bakhil. Catatlah wang keluar dan masuk kita supaya tidak terlebih berbelanja. Bahagikan secukupnya pada yang wajib menerima dan jangan lupa membahagikan wang kita untuk membantu orang yang sepatutnya. Kita akan rasa tenang dengan cara begitu....

Yakinlah bahawa wang yang kita belanjakan di jalan yang sepatutnya adalah harta yang akan menunggu kita di akhirat...wang yang kita simpan menimbun sehingga bakhil untuk membelanjakannya ke jalan yang sepatutnya, andainya kita meninggal dunia akan menjadi harta pusaka....silap2 waris2 akan bergaduh pula untuk mendapatkannya.


2. Jangan cemas dan gentar menghadapi masa depan. Kita memang banyak angan-angan tetapi kawallah dengan akal yang waras. Yakinlah bahawa jika sesuatu itu memang telah ditakdirkan untuk kita, maka dapatlah kita tetapi kalau sebaliknya, redhalah. Tidak perlu keluh kesah jika apa yang kita inginkan tak dapat. Mungkin ada rezeki lain yang lebih baik ditentukan oleh Allah suatu hari nanti. Allah lebih tahu adakah ianya wajar diberikan kepada kita ataupun tidak.


3. Meningkatkan ketakwaan kerana ketakwaan sahajalah yang membantu kita keluar dari kesusahan. Selalulah baca Surah at-Talak:2 atau dikenali sebagai ayat seribu dinar. Hayatilah maknanya. Jangan hanya menjadi perhiasan di dinding sahaja.


4. Redha dengan apa yang kita ada. Bersyukur dengan nikmat yang Allah kurniakan kepada kita.


5. Perhatikan keadaan mereka yang kurang bernasib baik dari kita. Andainya kita memiliki sebuah kereta Toyota Vios janganlah dilihat pada mereka yang membawa kereta Mercedez C200. Keluh kesahlah hati kita....cuba tengok mereka yang membawa kereta yang lebih kecil dari kita....bersesak pula dengan anak dalam kereta. Jadi, dari situ muncullah perasaan tenang dan redha dengan apa yang kita ada.


6. Bacalah dan hayatilah perjalanan hidup para nabi dan orang-orang yang soleh....terutama dari sudut akhlak mereka, sifat rendah diri mereka, sifat qanaah mereka dan ketinggian kecintaan mereka dalam menyintai Allah.

Jika anda mampu membuat diri anda bahagia,
maka anda akan mampu melihat kebahagiaan kepada apa yang anda pandang.

Orang yang enggan mencari kebahagiaan,
sudah pasti ia sendiri bukan orang yang bahagia.

Orang yang paling bahagia ialah
orang yang dapat memberi kebahagiaan kepada orang lain.

8 comments:

Keri AlHaj said...

masalah kita ni bukanlah tak mampu capai bahagia... tapi kita sendiri tak tahu apa erti bahagia tu. jadi bila dah tak tahu, maka teraba-rabalah kita mencari bahagia... jumpa ke, kalau kita cari sesuatau yang kita tak tahu apa yg kita cari?? - peliknya kita ni sentiasa cakap pasal bahagia - bercakap tanpa tahu makna.

saya sering mengingatkan kawan-kawan saya apabila ditanya soal ni... kebahagian tu bukalah di hujung jalan semata-mata... tetapi ianya disepanjang jalan.
Not a destiny but a journey -- wahhh... falsafah omputih gituu...

al amin said...

sesungguhnya kebahgiaan itu dicapai apabila memiliki jiwa yang tenang.

ketengan jiwa dikecapi setelah kita mempraktikan takah "nafsu mutmainnah"

segalanya perlu kepada mujahadah.

Brahim Nyior said...

Benar apa yang dinyatakan. Kebahagiaan sebenarnya milik semua orang, tak kira siapa dia, miskin, kaya, muda, tua atau apa rupanya, asal dia rasa sentiasa redho dengan apa yang dia ada.


Selalunya, tak semua orang berpuas hati dengan apa yang dia ada.

Apabila cinta dunia dah menjangkiti hati, berhati-hatilah, sebab kita akan mula hilang sebahagian daripada kebahagiaan yang dikecapi.

ASYIQ said...

Chimera,

Kebahagiaan sejati ialah apabila seseorang menyintai Allah dan RasulNya lebih dari segala-galanya.......inilah yg dipanggil halawatul iman.

Itu bahagia yg kekal abadi.

Orang enjoy kt party pun bahagia tapi bukan yg abadi...hatinya resah dan kosong.

Orang yang enjoy di tapak2 pesta pun bahagia tapi bukan yang sebenar....hatinya resah dan kosong.

Cari kebahagiaan dengan cara yg disarankan oleh Al-Quran dan As-Sunnah shj yang dijamin mendpt kebahagiaan sejati.......

ASYIQ said...

Al-Amin,

Memang benar, jiwa mutmainnah sahaja yang kembali kepada rabnya dengan redha meredhai....

Bukan sedikit usaha ke arah itu...

ASYIQ said...

Brahimnyior,

Nak menjaga hati dari menyintai dunia bukan sedikit usaha...perlu istiqamah dalam amalan kita. Itu yang susah.

Cuba buat yang baik setiap hari walaupun sedikit...itu pesan ulamak2 sufi.

Kita hanya pandai berfalsafah tetapi nk mempraktikkannya amat susah.

Anonymous said...

Pendapat saya pula, Setiap dari kita mmg sudah diciptakan satu ruang kebahagiaan dalam hidup.

Kena cari kat mana bahagia itu berada.Mungkin kot?...

Salam kenal asyiQ..

ASYIQ said...

Salam Aryani...selamat berkenalan juga.

TQ krn sudi ziarah ke sini dn tinggalkan jejak pulak tu...i likeeeeeeeeeeeeeee.

Pengikut ASYIQ