JellyPages.com

.:namaku...:.

AHLAN WA SAHLAN

Sebuah blog yang tiada apa....cuma cebisan kenangan sepanjang kehidupan saya.

Semua cerita...mungkin tiada apa utk orang lain...tetapi amat berharga utk saya.

Tuesday, March 3, 2009

Mari kita sentiasa bersyukur...


Pagi tadi saya ke Ipoh, memandu kereta sendiri untuk menghadiri satu taklimat Jabatan Pendidikan Perak. Macam tidak percaya saya yakin untuk memandu ke sana...dan saya juga membawa tiga orang penumpang yang turut ke destinasi yang sama. Keyakinan sayamemandu di jalanraya seakan kembali pulih. (Pulih ke, tak pulih ke untuk memandu...nak buat macam mana....saya kena berdikari..siapa nak layan ketakutan saya???)


Saya sebenarnya nak berkongsi cerita tentang seorang rakan baik saya yang saya jumpa sewaktu taklimat tersebut. Dia dari daerah batang Padang, Perak. Dia dulu pernah mengajar satu sekolah dengan saya sewaktu di Kuala Kangsar...hubungan kami agak rapat. Setelah saya berpindah mengikut suami, dan dia pun berpindah mengikut suami....kami jarang berjumpa.


Dia kahwin pada tahun 1996. Semenjak berkahwin dia belum dianugerahkan seorang anak pun. Sehinggalah saya berjumpanya tahun lepas sewaktu berkursus di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Semasa di Kuala Lumpur ada sedikit keceriaan di wajahnya. Katanya dia nak mengambil seorang anak angkat. Dia sudah berjanji dengan pasangan suami isteri tersebut.


Setiap bulan dia akan menghantar bekalan makanan kepada pasangan suami isteri tersebut...untuk memastikan anak yang dikandung mendapat makanan yang berkhasiat. Susu Anmum pun dibelinya...dengan kepercayaan bahawa bayi yang bakal menjadi anak angkatnya merupakan seorang bayi yang sihat mental dan fizikal...tak kiralah lelaki ataupun perempuan. Semasa di Kuala Lumpur, kandungan si isteri sudah mencecah tujuh bulan. "Lebih kurang dua bulan lagi....meriahlah rumah aku dengan gelak tangis bayi...tak sabar aku." celotehnya kepada saya sewaktu itu. Saya pun turut berkongsi kegembiraan...


Itu cerita tahun lepas. Lepas itu saya tidak lagi dapat menghubungi dia, sehinggalah tadi kami berjumpa kembali. Nampak saja muka dia, saya terus teringat kisah dia di tahun lepas. Sambil bersalam dan memeluk saya, mukanya suram...bergenang air mata di kelopak matanya.

Rupanya dia ditipu oleh pasangan suami isteri itu. setelah anak dilahirkan mereka bermain sandiwara pula. Berjanji untuk memberi bayi tersebut setelah tiga bulan usianya dengan alasan untuk menyusu badan. Sepanjang tempoh menyusu badan, segala keperluan bayi tersebut ditanggung oleh rakan saya tadi. Lampin pakai buang, kain baju, duit tunai semua ditanggung. Tetapi harapan tinggal harapan. Pasangan itu berpindah rumah entah ke mana setelah usia bayi tersebut tiga bulan. Senyap tanpa berita sampai sekarang. Rupanya mereka ditipu.........

Saya terkedu mendengar ceritanya......dan baru ini dia mengalami lagi keguguran untuk kali yang kesebelas. Dah banyak duit habis berubat ke sana ke mari...segalanya hampa. Nampak sungguh dia kecewa.
Saya menenangkannya supaya redha dengan takdir dan kehendak Allah.

Aduhai...bila saya kenang balik, masih ada lagi orang yang paling teruk nasibnya berbanding kita. Sungguh hebat ujian yang Allah berikan kepada dia. Selalunya kita memandang kepada orang yang lebih hebat dari kita...jarang sekali menoleh kepada nasib orang yang lebih teruk dari kita.

Masih ada lagi orang yang macam ni ya...sanggup menipu untuk kepentingan peribadi. Sombongnya mereka...tiada langsung rasa takut dengan Allah. Apabila iman sudah terhakis di dada....

Kekadang kita yang sudah ada segala ini tak tahu nak bersyukur. Ada anak satu, nak dua. Ada anak dua nak tiga. Ada anak tiga nak empat. Bila tak dapat mulut asyik merungut.......walhal anak dah ada pun. Cuma tak ramai je.

Kekadang bila dapat anak agak bijak....cari lagi perbandingan dengan anak orang yang lagi bijak. Bila dapat anak yang agak kurang bijak...lagilah. Silap-silap isteri dimarahi kerana tak pandai bela anak. Bila dapat anak tak ramai...buat perbandingan dengan orang yang ramai anak. Dapat semua anak perempuan, keluh kesah pula nakkan anak lelaki. Kalau macam ini sampai bila pun kita tak bersyukur....

Hendak menjadi orang bersyukur...kita kena lihat orang yang lebih rendah dari kita. Bersyukur kita dapat lebih dari mereka. Cuma bila nak cemerlang sahaja kita buat perbandingan dengan orang yang lebih hebat dari kita.....supaya kita dapat kekuatan untuk lebih laju bergerak ke hadapan. Bila tak dapat capai....ajar diri untuk redha di samping meneruskan usaha.



"Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, maka Allah akan memberinya jalan keluar. Dan Allah akan mengurniakannya rezeki dari mana-mana sumber yang tidak disangka-sangka" At-Talak:2-3

No comments:

Pengikut ASYIQ