Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool's Day sebagai renungan bersama. Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang kebarat'.
Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada , Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.
Penduduk-penduduk Islam diSepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol.
Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.
Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan.
Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.
Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.
Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia.
Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.
Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.
Petikan drpd Risalah Fikrah
Peliharalah Allah, nescaya Allah akan memelihara kamu .....
7 comments:
Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad."Sesiapa yang meniru sesuatu kaum(golongan),dia termasuk dalam golongan mereka."
moga2 kita tak terikut oleh budaya buruk ini....
Masyaallah...sampai macam tu sekali?Thanks akak...kalau tidak sampai bila2 pun na tak tau pasal ni..anyway, rasanya na tak pernah terpengaruh nak sambut april fool ni...
Melawis,
Budaya mereka mmg bersandarkan kpd perkara yg bertentangan dgn budaya kita...wajib kita jauhi.
Aini,
Beritahu dekat kawan2 yang lain...inilah contoh nahi mungkar.
Na,
Tu laaa.....sebar2kan ye. Ini pun kak dapat dari kawan2 juga.
itu ke sejarah dia... tak pernah tahu pun... terima kasih byk2 untuk maklumat berharga ni - memang tak pernah buat april fool pun... april tu apa sebenarnya. hari nak kenakan orang... ish.. mcm dah tak de kerja sgt dah...
Post a Comment