^^^^^^Baru nak boikot^^^^^^
"Jom kita makan ayam *** "(menyebut satu jenama ayam goreng yang terkenal.) kata si adik berumur 5 tahun kepada kakaknya.
"Tak bolehlah, emak kata kena boikot..., itu Yahudi punya", jawab si kakak.
^^^^^^Tak Mahu Boikot^^^^^^
"Boikot2 ni tak praktikal...." kata seorang teman kepada saya.
"Mengapa?" tanya saya.
"Kalau kita boikot produk2 tu, kita juga yang susah. Bukankah masyarakat kita ramai yang bekerja dengan syarikat2 berkenaan?" katanya.
Teringat saya kisah seekor burung yang membawa air dengan paruhnya yang kecil untuk membantu memadamkan api yang membakar Nabi Ibrahim di atas kezaliman Raja Namrud. Perbuatannya itu ditertawakan oleh burung2 lain yang lebih besar dan berparuh besar.
"Apa gunanya air yang setitis itu?" tanya burung besar kepada burung kecil. "Usaha yang sia2...adakah api yang sebesar itu dapat dipadamkan oleh setitis air???"
Maka jawab siburung kecil tersebut.."Aku yakin bahawa Allah tidak akan bertanya kepadaku apakah dengan usahaku api itu berjaya dipadamkan, tetapi Allah pasti bertanya apa yang telah aku lakukan untuk memadam api tersebut..?"
Ya, kalau kita hanya seekor burung kecil untuk memerangi kekejaman Yahudi...siramlah walau setitis air untuk memadamkan keganasannya.
^^^^^^Tak Mampu Boikot^^^^^^
"Lebih baik boikot hedonisme" kata seorang sahabat.
"Mengapa?"
"Hampir semua budaya hedonisme ditaja oleh Yahudi....filem, lagu, muzik, fesyen semuanya ditaja oleh Yahudi. Menaja stesyen berbayar tv adalah sebahagian dari menyokong hedonisme." katanya.
"Susah? Nak lawan Yahudi memanglah susah. Mana lebih susah...umat Islam Palestin yang sedang bermandi darah atau susah lagi kita yang hanya perlu menutup mata dan telinga pada aktiviti hedonisme..????".
^^^^^^Dah Lama Boikot^^^^^^
Saya lihat wajahnya selamba. Seolah-olah begitu naif. Imam masjid itu benar2 mengejutkan saya. Soalan yang diajukan kepadanya terlalu gah.
"Apakah peranan imam seperti anda dalam usaha memboikot Yahudi?"
"Saya dah lama boikot...lama dah...sejak 60 tahun yang lalu."
Biar betul imam ni. Zionis baru mengganas awal Januari 2009. Negara Israel pun baru wujud 1948.
Nampak riak keliru di wajah saya...imam tadi terus menjawab seolah2 amat faham.
"Al-Quran sudah menjelaskan permusuhan Yahudi terhadap Islam sudah bermula sejak 1400 tahun yang lalu. Sejak Al-Quran diturunkan. Saya ni anak tok guru pondok...sejak berumur 10 tahun almarhum ayah saya telah mendidik saya dengan ajaran al-Quran. Saya masih ingat ketika itu pesan ayah...'Yahudi itu musuh Islam...kita hendaklah meninggalkan apa jua pengaruhnya habis-habisan"
"Macam mana tu?"..tanya saya.
"Hidup ikut syariat Islam. Jaga akidah, jaga akhlak, patuh suruhan Allah dan RasulNya. Itulah cara boikot Yahudi."
Ya, saya dapati di pondok pengajiannya bersebelahan masjid tempat dia menjadi imam, tidak ada ubat gigi cap Yahudi, ayam goreng cap Yahudi, CD dan VCD cap Yahudi. Remaja lelaki dan perempuannya menjaga aurat dan akhlak Islam. Ayat-ayat Al-Quran dan zikir sentiasa berkumandang di corong pembesar suara dari masjid dan celah2 rumah berkenaan.
Dan daerahnya itu dah lama memboikot cara hidup Yahudi.
*******dipetik dari SOLUSI isu 5******
No comments:
Post a Comment