JellyPages.com

.:namaku...:.

AHLAN WA SAHLAN

Sebuah blog yang tiada apa....cuma cebisan kenangan sepanjang kehidupan saya.

Semua cerita...mungkin tiada apa utk orang lain...tetapi amat berharga utk saya.

Wednesday, April 29, 2009

Bimbinglah remaja itu...


Salam semua....jangan terkejut dengan N3 `dambasyurga` kali ini. Tengok gambar di atas sure mereka yang mengikuti cerita ini akan tersenyum. Inilah pasangan korean drama yang hebat pada tahun 2004 kalau tak silap saya. Terlalu `addict` mengikuti drama bersiri ini. `Winter Sonata` nama diberi...meleleh air mata...terutama pada part Yujin jumpa balik dengan Joon Sang dalam keadaan Joon Sang dah hilang ingatan! Aduhai!!!!! (Untuk Chimera....cerita ni lebih hebat dari Ombak Rindu karya Fauziah Ashari!!!! )


Tetapi tak semua cerita korean drama yang bertemakan cinta yang berjaya memikat hati saya...sungguh. Yang lain2 nya saya mengikuti kisah Hur Jun...iaitu cerita lagenda tabib korea yang terkenal di Korea. Begitu juga cerita Changjin...cerita lagenda Korea yang mengisahkan seorang tukang masak istana yang kemudiannya menjadi seorang tabib terkemuka dengan pelbagai ujian dan cabaran. Selepas itu saya tak jumpa lagi cerita-cerita bersiri yang berjaya menarik hati dan jiwa saya...(atau mungkin sekarang saya dah tak sempat nak membuat survey.....)


Apa yang saya nak ceritakan di sini ialah.....bagaimana remaja Islam sekarang terlalu `addict` dengan cerita2 bersiri dari negara matahari terbit ni. Kalau setakat mengikuti sahaja tak apa, yang lebih parahnya mereka mula memuja pelakon2nya mengatasi segalanya...


Mereka mula menyimpan rasa untuk memiliki seorang boyfriend ala-ala korean actors. Selera terhadap pemuda Melayu yang beragama Islam dah semakin luntur. Apa yang mereka nampak di kaca tv terlalu indah pada mereka. Anak-anak remaja ini perlu diberi panduan! Bimbang aqidah mereka juga akan hanyut kerana semua perkara ini. Amat bahaya penyakit ini....bimbang tak dapat korean actors, anak jiran setaman yang berstailkan penyanyi hong kong atau taiwan pula yang diberi keutamaan!


Remaja perlu diajar bahawa `jodoh pertemuan di tangan Allah`. Walau macam mana usaha untuk mendapatkan aweks atau mamat cun pun kalau sudah dijodohkan dengan Abu sebelah rumah....tetap tak kemana juga. Abu juga yang akan meminangnya...!!!


Remaja juga perlu di ajar bahawa mencari pasangan hendaklah berasaskan kepada 4 ciri....kecantikan, kekayaan, keturunan dan kekuatan agama. Ini pesan Rasulullah......Jiwa mereka juga perlu diajar untuk berpada dengan keadaan diri mereka. Ada yang merasa rendah diri apabila tidak mempunyai kawan lelaki dalam usia sekarang, yang bahayanya mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk memenuhi impian mempunyai seorang boyfriend! Sehinggakan mamat rempit pun dia orang sapu...demi membuktikan bahawa mereka juga mampu ada kawan lelaki.


Kepada ibu bapa yang mempunyai anak remaja...dampingilah mereka, dengarlah cerita mereka, dengarlah bisikan hati mereka, fahamilah mereka.....dan berilah mereka sepenuh bimbingan dengan penuh rasa sayang. Perasaan itu memang tak boleh dinafikan kerana ianya fitrah manusia...cuma perlu dibimbing berdasarkan iman dan sifat malu. Kalau tak ada sifat malu....macam-macam akan berlaku. Tolonglah beri mereka panduan beserta doa dan pengharapan. Jangan dibiarkan mereka membuat keputusan berdasarkan nafsu serakah....

14 comments:

Tirana said...

Kak tirana jarang ikuti kisah bersiri...cuma CSI aje yang kak tirana minat...itupun kadang2 miss juga...sibuk..tak sempat menghadap tv

chimera said...

alah citer ni pun saya tgk jugak.. tapi saya lagi suka citer autum in my heart... opssssss....

pada sayalah kan... remaja-remaja kita gilakan hero/heroin korea ni bukanlah apa-apa sgt... sebab diorg cute je. patu mulalh bawak berangan. biasalah, remaja.. baru nak naik... saya pun suka jugak kat diorg tu. tapi setakat suka jelah... dah ada yg betahta di hati kan... ewahhhhhhh...

haaa, saya pun tgk CSI jugak. pastu saya suka citer 'cinta untuk ain' **tetiba pulak**...

Na Shari said...

Salam akak,
Na pernah dengar tajuk2 cerita tu je...tapi tak pernah tengok cerita tu.

Sekarang ni kalau blogwalking kat blog remaja2 kita...banyak la gambar hero or heroin korea ni...

Harap2 tu semua just for fun..kalau betul2...memang parah la...

ASYIQ said...

Tirana,

Dulu masa kat sekolah lama, PK HEM selalu gelar saya dengan panggilan `CSI Team...`sebab saya selalu berjaya menyelesaikan beberapa kes disiplin di kalangan pelajar perempuan.

Samalah macam kak...sekarang dh tak sempat nak tengok tv! Asyik layan blog jer...he he!


Chime,

Tak sangka chime...payah nak jumpa lelaki yang suka layan cerita korea...kecuali yang romantis2 aje...ahaks.

Ko lainlah chime...dah ada yang bertahta di hati...thats why dah tak nampak orang lain...

Anak saya tak suka langsung `cinta untuk ain..`. Katanya tak minat ngan heroin perempuan tu...tak masuk langsung katanya. No komen..sebab sy tak tengok citer tu.


Na,

Harap2 gitu la...just for fun! Tapi ibu bapa kena pantau...risau dia org berkenan pulak ngan Loo Chin Chai (sebut ala2 org melayu...) yang kat sebelah umah dia...

arryani said...

Akak tengok citer nih. Samalah dengan Autumn In My Heart...

Agaknya dulu suka berangan kot...sbb tu suka tgk citer2 cinta mcm nih.heheh

Tapi skrg, citer2 akak dah beralih pada Al kuliyyah, The guardian, Oprah, , semua dokumentari dan Berita. hahaha. Selera org tua kot...

natasha othman said...

sy yg rmaje nk komen jgak~
x pnh pon tgk winter sonata or autumm in my heart.. time tuh sbuk sgt blaja..x de mse..
tp mmg btul..bnyk btl kawan2 sy yg addict dgn plakon2 korean nih x kire pmpuan or lelaki..
sy pon mnt jgk..tp sy mnt sbb plakon2 ni comel..kalo yg parah cket,siap dlm purse dlm bku teks dlm blik ader je gmbar2 org2 korea nih~haha~remaje!

dh abes spm nih, sy layan dgn cter DARI MATA ARISA.. based on bku KAU SAYANGKU.. Bikash Nur Idris~ haha..skenye!!!!!

ASE1 said...

salam asyiq ..
saya tak rajin tgk citer2 tu tapi ikut gak perkembangannya sbb anak dara tu ske sgt tgk citer2 korea. sampaikan timbul niat nak sambung belajar kat sana satu hari nanti , nak jumpa pelakun2 cute2 tu .. nth ler !

Mak Su said...

maksu cuma tak miss tgk desperate housewives, csi sekali-sekala. anak2 mmg suka cerita bersiri gitu, sinetron ler, drama bersiri ler... pakwe korea semua boleh kenal, huhuhuh

iqbalsyarie said...

kenape la ngn REMAJA sekarang ni??hehe..mcm la saya ni da besar sgt.haha..nice entry kak.Menjadi PERINGATAN YANG SANGAT BERGUNA kpd saya dan kawan-kawan.bimbinglah kami.....insyaAllah..selamat bercuti~

ASYIQ said...

Aaryani,

Alahai...samalah tu. Selera dh berkisar bila umur dah berganjak. Lagipun ni masa untuk anak2 pulak kot...masa kita dh tamat.


Natasha,

Saya pun masa kat asrama dulu...macam tu la. Pernah sekali thn 88 kalau tak silap, ponteng prep sb nk tgk Malaysia rebut piala di All England. Warden tak boleh nk kata apa...sb satu dewan TV budak yg ponteng...berpakat tu! Berbaloi la sb time tu Malaysia juara 5 acara yg dpertaruhkan. Tapi ponteng prep sb nk tgk cerita bersiri tak pernah dibuat....ampun!

ASYIQ said...

ASE1,

Samalah juga mcm sy...tahu jg cerita yg anak ikuti tp sekadar memantau...sebab cerita2nya pun tak menepati selera kita. Ini masa kita jadikan anak sebagai teman dan rakan akrab...kalau tak dia cari rakan karib lain pulak...


Mak su,

MMg semua remaja mcm tu....kita ni pulak pilih cerita yg sesuai dgn kita...he he. Tapi kekangan masa kekadang mmg x sempat...jeling2 je dari jauh.

ASYIQ said...

Dik Iqbal,

Saya ni dikelilingi oleh remaja setiap hari...dan kekadang di sekolah mereka tak segan pulak nak share cerita remaja mereka. Yang penting, mereka perlu dibimbing w`pun nmpk mcm kecik je masalah ni.

Muslimahsolehah said...

bukan setakat remaja...citer korea tuh..mak budak pon tangkap syok bile tgk citer laaa...letih dan buang airmata jer...teringat plak citer tuh

ASYIQ said...

MS,
Ala biasa laaa...kita kan pompuan. Akak dh tgk winter sonata bbrapa kali ttpi still menitik jg air mata....

aduhai, sungguhpun begitu satu kelebihan cerita tu...mereka ttp jaga tatasusila org timur baik dari segi pakaian dan perlakuan.

Kalau citer bersiri kita, yang lebihnya pada dedah mendedah je...jalan citer x best pun...contoh SPA Q la...penuh kontroversi pelakonnya. Org tengok pun sb penuh kontroversi...bukan apa pun.

Pengikut ASYIQ