JellyPages.com

.:namaku...:.

AHLAN WA SAHLAN

Sebuah blog yang tiada apa....cuma cebisan kenangan sepanjang kehidupan saya.

Semua cerita...mungkin tiada apa utk orang lain...tetapi amat berharga utk saya.

Monday, April 13, 2009

Boss pilihan hati...

Sepanjang saya berkhidmat dalam usia hampir 14 tahun....sudah bersilih ganti bos saya. Ada boss lelaki dan ada boss wanita. Kalau tak silap saya....big boss saya ada tujuh orang di sekolah yang berbeza....situasi yang berbeza. So, saya rumuskan boss saya kepada beberapa ciri di bawah....dan akhir sekali sila pilih boss mana yang mungkin sesuai dengan jiwa anda!!!

1. Boss yang terlalu teliti

Boss jenis ini suka kepada kesempurnaan...biasanya boss wanita la. Pernah pengalaman saya menjadi setiausaha PIBG dan ketika itu baru lagi mengajar. Serba serbi tak tahu. Boss saya ni paling rajin mengedit surat-surat yang saya buat. Satu persatu dia semak....dan menokok tambah untuk mengindahkan lagi struktur ayat saya. Semua fail dia sendiri yang teliti...apa yang perlu ditambah dia akan catat satu persatu. Tetapi pada saya boss yang macam ni membuatkan saya tidak bebas membuat keputusan...takut2 salah langkah. Agaknya sesuailah pada ketika itu kerana saya orang baru...

2. Boss yang amat percaya pada orang bawahan

Boss ini pula mempunyai tahap keyakinan yang tinggi bahawa kita boleh buat kerja. Dia yakin kita boleh buat semua perkara. Membuat keputusan pun kekadang dia akur dengan cakap kita kerana dia kata kita lebih tahu sebab kita yang menguruskannya....( tapi sebelum itu rujuklah dia dulu....keputusannya selalu bergantung juga kepada buah fikiran kita...) Boss yang sebegini mengajar saya erti berdikari. Berani membuat keputusan mengikut guideline yang sudah dia terangkan. Pada ketika itu saya pernah menjadi Setiausaha kepada salah satu badan NGO daerah. Sayalah orang yang bertanggungjawab melaksanakan program-program daerah sepanjang tahun dan boss saya pada ketika itu adalah Pengerusi badan NGO tersebut. Selama tiga tahun saya bekerja dengan bebas (..tetapi terpimpin...) dan saya rasa betul kepuasan dalam bekerja.


3. Boss yang suka menghargai

Boss ini boss lelaki. Apa sahaja kerja yang dilakukan oleh orang bawahannya dia akan hargai. Ucapan terima kasih dan puji-pujian akan sering keluar dari mulutnya....walaupun hanya kerja yang terlalu kecil. Kita akan sentiasa rasa dihargai.

4. Boss yang suka menegur kesilapan terang-terangan.

Biasanya boss ni mesti wanita. Dia tak kira depan pelajar ke...depan rakan2 guru ke...dalam perhimpunan ke....dalam kelas ke...bila ada yang tak kena terus tegur kesilapan guru. Ayat yang digunakan juga amat power. Pernah berlaku rakan saya sendiri ditegur dalam ayat yang amat pedih...terkesan sungguh di hatinya sehingga menimbulkan rasa benci dan dendam. Sesetengah orang...dia jenis yang lambat marah tetapi lambat juga memaafkan. Jenuh dipujuk hati dan perasaannya untuk memaafi tetapi amat sukar....memerlukan masa. Bukan tak boleh memaafkan tetapi agak lambat untuk memujuk hati.....kita kan manusia biasa. Sepanjang dia menjadi boss sentiasa rasa tertekan......kekadang apabila melihat keretanya tiada di garaj, satu sekolah senyum melebar!!!!

5. Boss yang memang boss

Boss dengan orang bawahan sepatutnya perlu juga ada kemesraan dan keserasian. Kita bukan boss syarikat swasta yang perlu `yessss bosss 24 jam...` Boss di sekolah perlu berhemah kerana kita berurusan dengan manusia...bukan dengan mesin dan robot. Ada juga boss yang nak senyum pun susah...serius 24 jam. Berselisih pun masam muka, makan pun tak boleh berbual2, nak bersenda gurau sekali sekala jauh sekali. Boss yang sebegini sesuai di ladang-ladang sawit kot....yang berseluar pendek, memakai topi dan menghisap paip. Tak apa la...sebab ladang sawit dia yang punya...suka hatilah dia nak buat apa!!!


6. Boss yang mesra alam

Boss yang sebegini amat disenangi oleh orang bawahan. Senyum memanjang. Beri kita kerja pun dalam keadaan senyum dan ramah, tutur kata yang lemah lembut. Kita nak cakap tak ndak buat pun tak sanggup. Kekadang terselit juga kata-kata yang menyejukkan hati...memujuk rasa. Maklumlah jadi cikgu ni bukan sekadar mengajar dalam kelas. Kamilah cikgu, kamilah tukang sapu, kamilah tukang cat, kamilah tukang kayu, kamilah tukang sapu sawang, kekadang kami jadi doktor merawat anak murid yang sakit perut, kekadang kami juga menjadi ibu murid yang memujuk dan merayu suruh mereka belajar....dan kekadang kamilah juga bertindak sebagai polis di sekolah...

Agak2 pembaca la...jenis boss yang mana yang paling disukai??? Bagi saya suka ke tak suka ke...semuanya kena dihadapi dengan redha. Terima mereka seadanya. Dan yang paling penting....BILA ANDA JADI BOSS JANGAN LUPA BERWATAK SEPERTI YANG ANDA PILIH!!!!!


4 comments:

ami mahzar said...

heee...
apapun dan sapapun boss kita, ambil yg positif dari kepelbagaian sikap mereka... apa kata 'dia'?
SWOT?? tgk kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman dalam menjalankan tugas... cuma keje kita la...samada dibuat dalam paksa ataupun rela...
camana pun, kak bnyk belajar dari boss2 yg teliti dan cerewet.....bila nk abis ulasan nih! tggu azan magrib kut!!!!

chimera said...

tak kisah lah apa jenis boss pun, kalau kita buat kerja dgn betuul dan bersungguh2... pstinya akan disenangi..

tapi... saya paling sukakan boss saya yg sekarang ni. selalunya diserahkan tugas, dan saya buatlah apa yg saya suka ikut style saya... tak ada apa yg dia nak pertikai... yg penting pelanggan suka...

lagi pun dia baru je naikkan gaji baru-baru ni... heheheh... mekasih bosss...

Mak Su said...

encik tali leher yg skrg ni sgt annoying... huhuhuhu, maleslah saya nak fikir... sambung nangis, huhuhuhu

ASYIQ said...

ami mahzar,
Itulah yang sepatutnya...ambil pemikiran yg positif....manusia kan ada pelbagai ragam...



Chimera,
Saya pun lebih selesa bekerja jika ada kepercayaan...kita akan jadi lebih kreatif dalam bertindak.



Mak Su,
Nak buat macam mana.....itu yg kena kita hadapi...
Tunggu ajelah tarikh dia nak pencen...he he.
Huhuhuhu....tolong sambung nangis!

Pengikut ASYIQ