JellyPages.com

.:namaku...:.

AHLAN WA SAHLAN

Sebuah blog yang tiada apa....cuma cebisan kenangan sepanjang kehidupan saya.

Semua cerita...mungkin tiada apa utk orang lain...tetapi amat berharga utk saya.

Friday, April 3, 2009

Erti sebuah kebaikan



Ombak besar bersama ribut baru melanda sebuah kampung nelayan. Di pantai terdampar ribuan ketam-ketam kecil yang dibawa bersama ombak besar itu.Apabila ribut reda dan cuaca tenang semula kelihatan seorang tua sedang mengutip ketam-ketam yang sudah "nyawa-nyawa ikan" kerana kekeringan itu lalu dicampaknya semula ke laut. Seekor demi seekor.


Perbuatan orang tua itu diperhatikan oleh sekumpulan anak muda yang kebetulan berada di pantai itu. Mereka pelik melihat betapa tekunnya orang tua tersebut mengutip satu demi satu ketam-ketam kecil untuk dicampakkan ke laut.

"Atuk buat apa tu?" tegur salah seorang daripada anak muda itu.

"Kutip ketam ini untuk buang semula ke laut,"jawab orang tua itu.

"Kenapa?" tanya anak muda minta penjelasan.

"Kalau dicampak ke laut kan ketam ini akan berpeluang hidup?" jawab orang tua itu.

"Atuk nak kutip semua ni ke?"tanya mereka lagi sambil menunjuk kepada ribuan ketam-ketam yang terdampar di pantai itu.

"Begitulah, tapi ikut mana atuk terdaya... ini pun dah cukup letih,"akui orang tua itu.

Namun tangannya masih sibuk mengutip dan mencampakkan ketam itu ke laut . Perlahan -lahan.
Anak muda itu tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepala.

"Sia sia sahaja atok. Ribuan ketam ini akan mati. Atok tak akan sempat dan mampu menyelamatkan semuanya."

"Eh...tidaklah."

"Kenapa?"

"Bagi kita mungkin nampak sia-sia sebab apalah ertinya menyelamatkan seekor dua ketam ini berbanding ribuan lain yang akan mati tetapi bagi seekor ketam yang kita selamatkan itu, ia terlalu besar ertinya."

"Kenapa tok?"

"Kerana ia melibatkan soal hidup atau matinya, betul tak?" tanya orang tua itu.


Anak-anak muda yang memandang sinis sejak tadi terdiam melihat kebijaksanaan dan keperihatinan orang tua itu.



Pengajaran: Jangan fikir besar atau kecilnya suatu kebaikan apabila kita ingin melakukannya. Mungkin apa yang dianggap kecil oleh kita sangat besar pada yang menerimanya. Apatah lagi bila kita sedar Allah menilai setiap kebaikan yang kita buat. Mungkin suatu yang dianggap kecil oleh kita adalah besar pada pandangan Allah justeru keikhlasan dan kesabaran dalam melaksanakannya.

Petikan dari:SOLUSI Isu 5

5 comments:

arryani said...

Salam dik..

Memang betul, sangat besar sebenarnya pengertian bagi sebuah kehidupan...

Tak kira kepada manusia ataupun haiwan.

Mak Su said...

alangkah indahnya hidup di dunia jika kita semua prihatin begitu.

chimera said...

betulll... jadi mana2 ketam yg sempat hidup itulah yg akan menentukan dan melahirkan generasi ketam yg seterusnya...

en_me said...

chantekkks gambo ketam merah itteww..

ASYIQ said...

arryani,

Bagi mereka yg bertarung antara hidup dan mati...kehidupan pd ketika itu sesuatu yang paling berharga mengatasi segalanya.



Mak Su,
Alangkah baiknya ya mak su jika semua begitu....



Chimera,
Itulah tanda kelangsungan hidup kita.


En_me,

Sedap buat goreng bersos gituuuuuu...he he.

Pengikut ASYIQ