JellyPages.com

.:namaku...:.

AHLAN WA SAHLAN

Sebuah blog yang tiada apa....cuma cebisan kenangan sepanjang kehidupan saya.

Semua cerita...mungkin tiada apa utk orang lain...tetapi amat berharga utk saya.

Wednesday, April 22, 2009

Merenung ke dalam diri (1)....azab di hati!!!

Peringatan buat diriku yang sentiasa lupa...!!!

Sesungguhnya orang yang memiliki ketajaman mata hati mengakui bahawa bencana dan seksa Allah tidak hanya dalam bentuk kelaparan, sakit, miskin dan muflis. Sesungguhnya bencana yang paling hebat ialah azab Allah yang bersifat maknawi tetapi kesannya sungguh dahsyat dirasai.


Walaupun semua nikmat dunia sudah dimiliki dada rasa sempit, susah, takut, risau dan sedih. Inilah azab Allah yang bersifat maknawi. Azab di hati, tidak merasa manisnya iman. Mengapa orang yang lalai kepada Allah hidupnya bergelumang harta dan kuasa? Tidak nampak kesusahan di wajah mereka tetapi hati dan perasaan sentiasa rasa keluh kesah dan tidak tenang......seolah-olah kepenatan mendaki bukit yang tinggi.


Jika Allah cabut kemanisan iman dari hati, sesungguhnya inilah azab Allah secara senyap. Ramai yang bersembahyang tetapi tidak khusyuk, ramai yang berzikir tetapi tidak meresap ke dalam hati dan jiwa, dan ramai orang yang ada ilmu tetapi tidak mengenal jalan menuju Allah. Mereka kaya tetapi tidak merasai keberkatan di dalam hartanya. Mereka kepenatan mengejar dunia, menitiskan air mata mengejar dunia, berjuang untuk dunia, risau dan takut kerana dunia, sakit dan akhirnya mati kerana dunia.


Hati tempat jatuhnya rahmat dan azab Allah. Alangkah ramainya manusia yang tidak menyedari dirinya sedang diazab, kerana dosanya membutakan hati sehingga tidak mampu membezakan manakah satu...antara azab dan rahmat Allah.


Orang yang berilmu buta hati jika dia menganggap dirinya sentiasa dirahmati Allah...walaupun maksiat menghiasi peribadi....apatah lagi orang jahil yang kering amal dan ilmu. Walaupun mesti bersangka baik kepada Allah, jangan sampai dia langsung tidak kisah dengan karat maksiat dan hanya berlagak umpama suci dalam debu.


Semakin dia rasa tidak kisah dengan maksiat itu, semakin hatinya kotor dan tidak layak dijatuhi pandangan rahmatNya. Kemudian dia tidak mampu lagi membezakan mana satu rahmat dan mana satu azab, akhirnya buta hati......

.....bersambung.

Artikal asal karya Dr Juanda Jaya.

5 comments:

Mak Su said...

mmg azab, nak berperg dgn hati sendiri

ASYIQ said...

Kekadang takut la mak su...selalu tenggelam dalam kesibukan dunia. Nak beribadat pun terkejar-kejar. Sayalah tu...

Keri AlHaj said...

hmmm kadang2 sebahyang yg 5 minit je senang2 je boleh dikalahkan oleh mesyuarat 1 jam... padahal mesyuarat pun bukannya ada isi apa pun... pastu mulalah... dah dekat2 nak abis waktu barulah tergopoh gapah... hehe.. asal sembahyang je kira sudahh.. kusyuk ke, tak ke.. dah tak ambik peduli... doa2 lepas semayang... hmmm toksah haraplah nak buat... hahah... makin tua ni makin tersasar pulak - moga2 itu bukanlah satu azab dari Allah... tapi kelalaian sendiri...

ASE1 said...

begitulah Asyiq ... samalah dgn saya ...terkejar2 , lebih2 lagi bila sibuk dgn si kembar tu ..

ASYIQ said...

Chime,

Macam main tarik2 tali pulak kita ye...harapan kita mcm tu la. Hari ini lebih baik dari semalam...amin...


ASE1,

Biasalah time anak kecik2...smuanya terkejar2. Pernah juga waktu solat, anak main nyorok2 dalam kain telekung...hehe.

Pengikut ASYIQ