JellyPages.com

.:namaku...:.

AHLAN WA SAHLAN

Sebuah blog yang tiada apa....cuma cebisan kenangan sepanjang kehidupan saya.

Semua cerita...mungkin tiada apa utk orang lain...tetapi amat berharga utk saya.

Monday, May 4, 2009

Kisah Fahem dan Kisah Jam Tangan

Anak bongsu saya..Fahem merupakan seorang yang `skema`. Apa yang dipinta oleh cikgunya wajib/mesti dilaksanakan sebaik mungkin. Menghormati guru adalah yang paling utama dalam kamus hidupnya. Kata-kata guru adalah azimat...berbanding dengan kata-kata ibu dan ayahnya walaupun ibunya juga seorang guru.


Suatu hari guru matematiknya meminta semua murid tahun dua menghafal sifir 2 sehingga 6. Katanya esok semua murid akan berdiri, yang boleh menghafal sifir sahaja akan duduk. Susah hati bukan kepalang...balik ke rumah saya pula dijadikan mangsanya.


"Ibu mesti tolong...banyak tu...ada lima sifir yang teacher nak soal! Bukan sikit"

"Ok ....ibu akan tolong fahem...tapi fahem kena hafal dulu! Nanti ibu akan soal macam cikgu soal dalam kelas"


Jenuh la dia menghafal. Sekejap duduk, sekejap baring, sekejap berjalan, sekejap termenung....then saya tengok udah menangis! Kenapa? Dia kata tak mampu sebab banyak sangat yang teacher suruh....nombornya dah berterabur. Dalam hati amat takut bila membayangkan muka teacher matematiknya yang memang terkenal dengan ketegasannya.


Dalam hati saya bermonolog....budak ni tertekan kerana disuruh menghafal terus lima sifir. Kalau satu-satu atau dua-dua satu hari mungkin dia tidak tertekan. Sebelum ni belum pun pernah dia disuruh hafal walaupun satu sifir. Saya memujuknya dengan mengenepikan dulu sifir 3,4,5 dan 6. Saya minta dia fokus sifir dua dulu. Gunakan jari, hafal jumlah dihujung sahaja. Sekiranya dia terlupa saya ajar dia untuk tambah dua sahaja. Lama-lama dia semakin yakin. Selepas sifir dua, sifir tiga dan sehinggalah sifir enam.


Keesokkan harinya dia meminta saya bangunkan dia seawal 5.30 pagi...katanya nak memorize lagi takut terlupa. Bila balik dari sekolah saya terus bertanyakan beritanya. Sambil tersenyum dia menjawab yang dia ditanya sifir lima (yang mudah baginya) dan teachernya pula tak menyoal secara lisan....minta tulis di papan putih. Katanya lagi...dia boleh menolong pulak mana-mana rakannya yang terputus jawapan semasa menulis di papan putih. Nampak keyakinannya semakin tinggi.......


Kisah fahem ni mengingatkan saya pada kisah pembuat jam tangan. Pada suatu hari, pembuat jam tangan bertanya kepada jam yang hendak dibuatnya.

"Hai jam, adakah kamu sanggup untuk berdetik sekurang-kurangnya 31 104 000 kali selama setahun?"


"Hah?!" Saya tak sanggup," katanya kebimbangan dan ketakutan.

" Bagaimana kalau 86 400 kali dalam sehari?" tanya pembuat jam lagi.

"86 400 dalam sehari dengan jarum yang halus seperti ini?" jawab jam penuh keraguan.

"Bagaimana kalau 3 600 kali dalam satu jam?" pembuat jam mencadangkan lagi.

"Dalam satu jam saya dikehendaki berdetik selama 3 600 kali...banyak tu!" jam masih ragu-ragu dengan kemampuan dirinya.

Dengan penuh kesabaran, pembuat jam bertanya lagi kepada jam. "Kalau begitu, sanggupkah kamu berdetik satu kali setiap detik?"

"Ooo...kalau begitu aku sanggup!" kata jam penuh semangat sambil tersenyum.

Pembuat jam tersenyum dengan karenah jam yang dibuatnya. Setelah jam itu selesai dibuat, jam itu berdetik satu kali setiap detik. Jam berdetik setiap masa tanpa henti. Tanpa disedari dia telah berdetik sebanyak
31 104 000 kali setahun.


Moral dari kisah ini: Kita hendaklah yakin dengan kemampuan diri kita. Apabila kita mendapat sesuatu tugasan yang baru jangan terus rasa terbeban. Susun satu-satu dan buat yang mudah dahulu. Lama-lama kita sendiri tak sangka bahawa kita dapat melaksanakannya dengan baik. Yang penting mesti ada usaha yang pertama, kemudian diikuti dengan usaha yang kedua dan begitulah seterusnya. Jangan kita takut untuk memulakan usaha yang pertama itu...kerana itulah penentu kejayaan seterusnya. Ramai di kalangan kita kurang yakin dengan kemampuan diri sehingga takut untuk memulakan langkah yang pertama. Akhirnya ketakutan sering membelenggu diri untuk memulakan langkah dan usaha yang lain.


5 comments:

ami mahzar said...

haaaa... macam tu la. klu bnyk sgt tugas kena buat, pecah-pecahkan tugasan tu jd lebih kecil. siapkan sesikit lama-lama selesai juga. jgn tgk tugas tu mcm batu beso yg kna angkat..
abis tidak pun, wat ape yg mampu dulu..

chimera said...

hmmm... nak memulakan langkah pertama tu yg paling susah... atkut rebah, takut jatuh, takut tumbang... tapi bila dah mula langkah pertama, langkah ke dua akan jadi lebih semangat utk di hayun... langkah 3 kan jadi lebih mudah... langkah 4, 5, 6, 7 tentunya akan lancar... langkah 8... dah boleh berlari...

org kata alah bisa tegal biasa.. istiqamah tu penting.. buat sikit2 tapi berterusan lebih baik dari buat byk2 tapi sekejap2...

saya teringat pulak cerita ayah saya tentang orang kampung yg pikul kerbau atas bahu...
cara dia - org kampung tersebut sejak dari kerbau tu kecik, dia pikul bawak kerbau tu pergi ke padang utk makan... (sebabnya mak kerbau tu mati)
tiap-tiap hari dia pikul sampai kerbau tu besar... dan org kampung tu sendiri tak sedar yg kerbaunya dah besar, dan yg dipikulnya adalah bapak kerbau... hahahah...

ASYIQ said...

Ami Mahzar,

Saya biasanya buat apa yang boss nak cepat...kalu x brape penting kemudiankan.

Bila bertukar ke Teluk Intan, terus dapat jadi Setiausaha Daerah PPIM. Mula rasa beban besar....tapi masuk thn kedua dh boleh senyum. Hikmah yang paling besar ialah....saya segera dikenali di daerah ini dan saya pun lebih cepat dapat ramai kawan....

Hakikatnya kita mudah kecewa dgn tugas baru. Hikmah yang ada di sebaliknya kita lambat sedar!

ASYIQ said...

Chimera,

Isk...sanggup orang tu pikul kerbau atas bahu. Rasa pelik pulak! Kalau dukung kucing tu mungkin logik.


Teringat kat peribahasa Melayu....seperti mendukung biawak hidup! He he.

Muslimahsolehah said...

kitalah seorang guru..kitalah juga seorang ibu...teruskan mendidik dan mencorak anak2 yg diibaratkan kain putih yg suci lg bersih

Pengikut ASYIQ