JellyPages.com

.:namaku...:.

AHLAN WA SAHLAN

Sebuah blog yang tiada apa....cuma cebisan kenangan sepanjang kehidupan saya.

Semua cerita...mungkin tiada apa utk orang lain...tetapi amat berharga utk saya.

Friday, May 22, 2009

Muliakan ibu....

Rasulullah s.a.w apabila ditanya: "Siapakah orang yang paling perlu untuk saya berbuat baik?" Rasulullah menjawab: "Ibumu" Kata pemuda itu lagi: "Selepas itu?" Jawab baginda: "Ibumu". Tanya pemuda itu lagi:"Selepas itu?" Rasulullah menjawab lagi: "Ibumu" Pemuda itu bertanya lagi setelah tiga kali mendapat jawapan yang sama: "Selepas itu?" Barulah Rasulullah menjawab: "Bapamu"


Membaca hadis ni membuat saya berfikir berulang kali.....betapa hebatnya seorang insan yang bergelar ibu. Sungguh mulia kedudukannya. Terpanggil saya untuk membuat satu entry khas untuk topik ini....untuk kita renungkan bersama.


Seorang ibu kalau dia nak makan....dipastikan semua anak-anaknya dah makan. Kalau di meja makan, apabila anak-anak telah mempunyai nasi sepinggan seorang...dia pula yang memilihkan lauk yang anaknya berkenan. Apabila semua anaknya telah mempunyai lauk barulah dia menguruskan pinggannya sendiri. Kalau ada anak kecil pula...disuapkan anaknya makan kemudian barulah dia memikirkan soal perutnya sendiri. Kalau ada makanan yang lain yang lebih istimewa tetapi sedikit...diusahakan untuk anaknya merasa dulu, barulah dia menjamah makanan tersebut. Mana ada insan lain selain ibu yang sanggup berkorban sebegini....Ayah kita? Mungkin ada sedikit ihsan sebegini tetapi tidak sehebat ibu kita. Benarlah pengiktirafan Rasulullah ini....


Seorang ibu kalau anaknya sakit...siang malam berjaga. Tidur malam pun macam tidur2 ayam....pantang anak bergerak maka terceliklah mata ibu kita. Di kepala tak kering langsung kain basahan....sentiasa dibasahkan supaya demam segera kebah. Dimasaknya makanan yang memang sesuai untuk orang sakit....yang mampu memecahkan air liur kita walaupun tengah sakit. Kalau boleh dia nak segera mendapatkan rawatan yang terbaik untuk kita. Kalau di hospital kerajaan kurang layanan...dibawanya kita ke hospital berbayar. Dia tak kisah langsung walaupun duit poketnya habis dibelanjakan. Yang penting kita kebah. Tangannya tak lekang di badan kita. Kadang2 masih terasa hangatnya tangan ibu kita mengurut dan membelai kita di waktu kita sakit. Ayah??? Ada juga pengorbanannya tetapi tidaklah sehebat ibu kita....benarlah pengiktirafan Rasulullah ini.


Seorang ibu kalau dia nak buat apa2 keputusan penting...akan diutamakan keperluan anak2 dan suaminya. Dia tidak pernah mengutamakan kepentingan peribadinya. Selalu dibenaknya....apa yang akan terjadi kepada anaknya kalau aku buat keputusan begini.....apa yang akan terjadi kepada suamiku jika aku buat keputusan sebegini. Selalunya kepentingan peribadi diketepikan asalkan mereka yang paling rapat dengannya sudah mendapat pertimbangan yang wajar. Ayah pun sama juga...diutamakan keluarga juga untuk membuat sebarang 'decision' tetapi selalunya ibu kita rela sungguh berkorban mengatasi segala-galanya. Benarlah pengiktirafan Rasulullah ini.


Seorang ibu kalau dia pergi membeli barang keperluan...akan diutamakan kepentingan anak2nya dulu. Beli biskut yang paling anak suka, beli buah2an yang paling anak suka, beli lauk pauk yang paling anak suka. Pernah juga saya dengan beberapa orang guru pergi berkursus. Biasanya pihak pengurusan akan menyediakan satu slot khas "Jalan-jalan cari barang..." Maknanya kami akan diberi masa untuk keluar shopping. Bila dah tinggal anak dan suami beberapa hari masing-masing mulalah berusaha untuk menceriakan anak dan suami dengan pelbagai hadiah tanda kasih sayang. Beli untuk anak itu...beli untuk anak ini...beli untuk suami...beli untuk emak...then bila balik hotel masing-masing baru perasan....hadiah untuk diri sendiri tak ada. Samada terlupa atau duit dah dihabiskan...walau apapun yang penting nilai perasaan mereka untuk anak dan suami....memanglah golongan ini wajar diberi pengiktirafan oleh seorang nabi yang paling mulia di sisi Allah.


Itu belum lagi saya kisahkan lagi tentang pengorbanan seorang ibu yang dalam kesempitan...dalam kemiskinan....dalam penganiayaan. Terlalu banyak kisah yang terpendam yang kita tidak menyaksikannya dengan mata kepala sendiri. Hilang semua kepentingan diri, yang utama dalam kotak fikiran mereka ialah kesejahteraan anak-anaknya. Saya sedang mengikuti sebuah cerita bersiri di ASTRO 301 setiap petang 6 hingga 7. Tajuknya..Six Children. Berderai air mata saya melihat ketabahan seorang ibu tunggal di negara Korea membesarkan enam orang anak2nya di era 50 an. Serba serbinya susah. Diutamakan anaknya makan bubur nasi tetapi dia pula setiap hari makan kerak nasi yang berbaki. Bekerja siang dan malam mencari segenggam beras....walaupun dia susah dan tertekan tetapi tidak pernah sekalipun dia meninggi suara dengan anak-anak. Akhlaknya baik dan lemah lembut sekali. Terpukul saya dengan cerita ini. Alangkah indahnya kalau wanita itu Islam....memang dia berlakon tetapi lakonannya cukup merangsangkan semangat saya untuk menjadi seorang ibu yang baik. Cerita ini masih bersiaran....jalan ceritanya simple tetapi sarat dengan mesej.


Akhir sekali saya menyeru kepada diri saya dan kepada semua pembaca sekalian. Sekiranya masih ada ibu...jenguk2lah selalu. Kalau tidak selalu mendapat cuti, selalu2lah bertelefon bertanya khabar. Dulu masa kita tengah bercinta...setiap hari mesti telefon kekasih untuk mendengar suara. Tak dapat tengok kekasih...kekadang dapat tengok bumbung rumah pun cukuplah. Macam tu lah sepatutnya kita perlakukan kepada ibu dan ayah kita. Selagi masih ada hayat dia...berbaktilah. Yakinlah, memandang muka ibu dan ayah pun Allah kurniakan pahala. Punyalah ramai orang di luar sana yang tidak dapat peluang keemasan seperti ini, apabila ibu dan ayah telah kembali ke hadrat Ilahi. Sekiranya mereka telah meninggal dunia jangan lupa mendoakan yang terbaik untuk ibu dan ayah kita. Sedekahkan bacaan Al-Quran untuk mereka....bukan perlu masa yang banyak pun, kekadang dalam perjalanan ke tempat kerja pun banyak kali kita dapat baca al-fatihah untuk mereka. Jangan diberi alasan sibuk...kalau nak seribu daya....


Sabda Rasulullah: "Sesiapa yang bangun pagi dan melakukan perkara yang menyenangkan hati ibu bapanya akan terbuka dua pintu ke syurga. Begitu juga pada waktu petang. Tetapi barangsiapa yang melakukan perkara yang tidak diredhai ibu dan bapanya maka akan terbuka dua pintu neraka..."


Apabila Rasulullah ditanya oleh seorang sahabat yang bernama Jahimah tentang keperluannya untuk ikut serta dalam peperangan, Rasulullah bertanya pula kepadanya: "Adakah kamu mempunyai seorang ibu?" Jahimah menjawab: "Ya" lalu Rasulullah berkata:"Tinggallah bersamanya kerana sesungguhnya syurga terletak di bawah tapak kakinya...."


Namun begitu...terhenti persoalan ini kepada kedudukan seorang ibu yang tidak mendapat pengiktirafan dari Rasulullah. Ada ke? Ada...maunya tak ada. Kalau tiada masakan kita jumpa bayi baru lahir yang dibuang ke dalam tong sampah??? Kalau tiada masakan kita jumpa seorang pelajar yang rosak akhlak kerana ibunya seorang pelacur??? Kalau tiada masakan kita jumpa dengan seorang anak yang tinggal di rumah nenek kerana ibunya enggan memeliharanya. Macam-macam karenah seorang ibu yang saya pernah jumpa. InsyaAllah...nanti saya akan postkan satu entry untuk menghurai isu ini.

4 comments:

Dik asma` said...

Asyiq,

Bila kenangkan pengorbanan mak dari dulu sampai sekrg rasa sedih la pulak...rasa nak cepat balik umah...nak cium dahi dan pipi mak...

Hu hu. Nak tengok jugak la crita tu...

Tirana said...

Seorang ibu sentiasa berfikir tentang kebajikan anak2nya terlebih dahulu sebelum dia berfikir tentang dirinya sendiri...

chimera said...

selamat hari ibu....

haha.. sebab tu kita kena pastikan setiap hari adalah hari ibu, dgn itu setiap hari jugalah kita beri penghargaan pd ibu...

jgn sekali je dlm setahun.. sebenarnya, hari ibu yg kita sambut sekarang ni - adalah ciptaan Yahudi... ya. mungkin betul perkara baik... tapi kenapa kita tak buat ikut cara islam ya?.. jgn sekali dlm setahun... pastikan hari ibu adalah sepanjang masa....

ASYIQ said...

Dik asma`,

Haaa...cepat2 jumpa mak. Boleh la cium dia puas2. TQ sbb sudi singgah sini.

Kak Tirana,

Erm...memang betul tu kak. Pada saya, mungkin sebab anak dia suatu ketika dahulu adalah diri dia sendiri. Bila cukup masa sembilan bulan 10 hari barulah berpisah....thats why...


Chimera,

Mmg btul tu...kita sebagai org Islam mesti mengingati mak kita setiap hari.
Moga saya pun nnti akan dikenang sendiri oleh anak saya setiap hari....terutama ketika saya betul2 mengharapkan doa mereka di alam barzakh.

Pengikut ASYIQ