JellyPages.com

.:namaku...:.

AHLAN WA SAHLAN

Sebuah blog yang tiada apa....cuma cebisan kenangan sepanjang kehidupan saya.

Semua cerita...mungkin tiada apa utk orang lain...tetapi amat berharga utk saya.

Friday, May 8, 2009

Perkara kecil di mata kita...besar pada pandangan Allah.

Imam Jalaluddin al-Mahalli, seorang ahli fiqah Mazhab Syafie yang terkenal di Mesir, pernah berkata:



"Tidak ada seorang ulamak pun yang setelah meninggal dunia lalu dilihat dalam mimpi memberitahu bahawa Allah mengampuninya kerana ilmu yang dia miliki. Kalau ada pun mungkin sedikit sahaja. Tetapi kebanyakkan mereka berkata, `Allah mengampuniku keranaku membantu hajat seseorang.` Oleh sebab itu, aku berharap Allah mengampuniku dengan sebab hal ini."



Kita juga pernah belajar dari sebuah hadis masyhur riwayat al-Bukhari yang menceritakan bahawa Allah pernah mengampuni dosa seorang pelacur kerana dia memberi minum seekor anjing yang sedang dalam kehausan.



Membuang sampah yang berserakan di masjid juga nampak macam terlalu ringan tetapi sebenarnya besar di mata Allah. Imam al-Baihaqi meriwayatkan daripada Buraidah al-Aslami bahawa Rasulullah melihat sebuah kubur yang baru ditimbus. Lalu baginda bertanya; "kubur siapakah ini?" Abu Bakar menjawab, "Ini kubur Ummi Mihjan, seorang wanita yang sangat suka memungut sampah di dalam masjid." Nabi bersabda lagi, "Mengapa kalian tidak memberitahuku (tentang kematiannya)?" Abu Bakar menjawab, "Waktu itu tuan sedang tidur. Kami tidak mahu menganggu tuan!" Nabi bersabda, "Jangan lakukan seperti itu lagi. Sesungguhnya solatku bagi jenazah akan menjadi cahaya di dalam kuburnya" Baginda terus mengatur saf dengan para sahabat dan menunaikan solat jenazah ghaib bagi wanita tersebut.



Sebenarnya terlalu banyak perkara remeh di dalam hidup kita yang akan menjadi besar pada pandangan Allah. Kita masuk syurga bukan kerana amalan kita, atau bukan kerana ilmu kita tetapi kerana rahmat/kasih sayang Allah kepada kita. untuk mendapat rahmat Allah kita juga memberi rahmat kita terlebih dahulu kepada manusia dan alam.



Senyum dan bertegur sapa...selalu kita pandang sepi. Namun begitu amalan ini sekiranya kita amalkan kita akan mudah disenangi oleh orang lain. Menyenangkan hati orang lain juga merupakan satu amalan sedekah....itulah sebabnya kita menganggap senyum adalah sedekah. Namun begitu senyum juga boleh menjadi dosa sekiranya disalahgunakan...apa tidaknya jika senyum dengan tujuan mengejek orang lain....atau senyum kepada lelaki ajnabi yang bukan muhrim untuk menarik perhatiannya.



Mengutip sesuatu yang menyakitkan dijalanan juga dianggap terlalu remeh tetapi besar pada pandangan Allah.. Sebatang paku yang kita nampak berada dijalanan, sekiranya kita ambil dan buang di tempat yang selamat mungkin boleh menyelamatkan sebuah kenderaan dari kebocoran tayarnya. Kena pulak mereka sedang dalam musafir...banyak pahala memberi kemudahan kepada musafir.



Rasulullah saw pernah bersabda: " Janganlah kau meremehkan perbuatan baik (makruf) walau sekecil mana sekali pun, walau hanya tersenyum ketika berjumpa dengan saudaramu..."



Seorang sahabat nabi yang bernama Samurah bin Jundab pernah berkata: "Siapa yang ingin mengetahui kedudukannya di sisi Allah maka periksalah kedudukan Allah di sisinya".



Ertinya siapa yang sangat menghormati Allah, lalu bersegera melaksanakan semua perintahNya meskipun kecil, maka itu petanda bahawa dirinya sangat terhormat di sisi Allah. Sebaliknya sesiapa yang meremehkan hak-hak Allah dan tidak menghormatinya sama sekali , itu petanda bahawa dia sangat hina di sisi Allah.



Jangan sekali-kali kita meremehkan larangan Allah walaupun ianya nampak kecil. Dosa kecil yang kita lakukan terus menerus akan membawa kita ke neraka...na`uzubillah. Contohnya dalam tutur kata kita. Satu kalimat yang kita ucapkan boleh mengakibatkan kebinasaan yang besar. Bak kata pepatah Melayu.."terlajak perahu boleh diundur tetapi terlajak kata buruk padahnya"



Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah saw pernah bersabda:"Seringkali sepatah perkataan yang diucapkan seseorang, membuatkannya melayang-layang di neraka selama tujuh puluh tahun"



Menyayangi anak secara tidak sama rata juga merupakan satu kezaliman di dalam Islam.Anas bin Malik bercerita: " Suatu hari ketika seorang lelaki duduk bersama dengan Rasulullah, tiba-tiba anak lelakinya datang. Orang itu segera mengambil anak itu lalu menciumnya dan mendudukkannya di pangkuannya. Kemudian datang pula anak perempuannya. Orang itu mengambil anak perempuannya dan mendudukkannya di sisinya. Melihat hal itu Rasullah bersabda: " Kamu tidak adil kepada anakmu ini" Hadis ini diriwayatkan oleh Al-Baihaqi.



Oleh itu marilah kita amalkan perkara-perkara remeh di dalam hidup kita seharian...kerana perkara-perkara remeh ini terlalu besar pada pandangan dan nilaian Allah. Antaranya ialah:

Memberi dan menjawab salam

Bersedekah kepada manusia dan binatang

Menjaga kebersihan alam persekitaran

Senyum dan bertegur sapa

Memberi nasihat walaupun sepatah ayat

Menunaikan solat-solat sunat

Menunaikan solat tepat pada waktunya

Menjaga kekusyukkan dalam solat

Suka membantu orang walaupun sedikit

Menjaga hati dan perasaan orang lain

Memelihara tutur kata

Menghormati orang lain

Membacakan ayat al-Quran untuk mereka yang telah meninggal dunia

dan....banyak lagi!

Kerana sesungguhnya sunnah yang besar akan wujud dalam masyarakat kita apabila sunnah yang kecil dilaksanakan oleh setiap individu muslim....wallahua`lam.


4 comments:

Anonymous said...

Asyik, TQ Dik..

Selalunya akak suka baca N3 dalam blog ni..DAN terima kasih atas perkongsian ini...TQ again...Banyak yg akak dapat dari sini..

ASYIQ said...

K yan,

Apa yang baik kita ambil dan amalkan...sy pun dalam pencarian untuk membina diri bagi mendapat keredhaan Allah.

TQ juga kerana sudi berkongsi.

smurf said...

Salam Asyiq ...
bekongsi ilmu nie pun byk ganjaran ternilai yg kita dapat ..

ASYIQ said...

ASE1,

Dulu sblm ada blog sy membaca...faedahnya hanya utk sy seorang.

Bila sy ada blog, sy membaca dan sy menulis...alhamdulillah, ada orang lain yang boleh dapat manfaat bersama.

Pengikut ASYIQ