JellyPages.com

.:namaku...:.

AHLAN WA SAHLAN

Sebuah blog yang tiada apa....cuma cebisan kenangan sepanjang kehidupan saya.

Semua cerita...mungkin tiada apa utk orang lain...tetapi amat berharga utk saya.

Monday, May 25, 2009

Semuanya kerana mak....

Assalamualikum...saya letakkan bait2 indah ini untuk tatapan semua. Ianya dari mailing list saya. Daripada saya biarkan ianya berhabuk dalam inbox message...adalah lebih baik saya letakkan di sini, boleh juga ditatap oleh semua blogger yang datang bertandang ke sini. Agar tersentuh hati kalian untuk mengenang seorang insan yang bernama .....ibu. Kredit kepada kak Hashimah Azit(Alumni Kisas) yang telah menghantar email ini kepada saya...syukran jazilan.


Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)
Bila dahaga, yang susukan aku.... mak
Bila lapar, yang suapkan aku.... mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari.... mak
Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak
Bila nak bermanja, aku dekati.... mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak
Bila nakal, yang memarahi aku.... mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma.... mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak
Bila takut, yang tenangkan aku.... mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak
Aku selalu teringatkan .... mak
Bila sedih, aku mesti talipon.... mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.... . mak
Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku. ... mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... mak
Yang selalu berleter kat aku... mak
Yang selalu puji aku.... mak
Yang selalu nasihat aku.... mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari.... mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.... mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.... emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”
Selalu.. aku ingat pasanganku

Selalu.. mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku

Entah bila... aku nak talipon mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya. .......
Tapi kalau mak sudah tiada..... .....
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....

berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....

berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....

berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya...... .

berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00


Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA



Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar"


12 comments:

arryani said...

Ibu sntiasa ada dalam hati saya..

p/s nk bgtau, saya dah bayar tag..sila semak2. heheh

Mak Su said...

:)

ASYIQ said...

arryani,

I ye ke kak..cepatnya bayar tag.Ni yang buat saya makin sayaaaaaang ni...lain kali boleh kasik lagi yea...lawak2 jer...

Apapun thanks sbb sudi terima tag tu dr saya.


Mak su,

Mak su slalu cam ni...dah dua kali cam ni...speechless. He he.

OmbakBaik said...

kakak..
arini hari lahir saya..
tahun ni saya baru je dapat anak..jadik hari jadi saya tahun ni..buat saya rase sesangat la terharu sbb terpk kan keadaan mak saya mase melahirkan saya 25 tahun yang lepas...mesti same rase mcmmane saya melahirkan anak saya..susah payah perit..
entry akak tu ble dibace2..memang byk btol nye..
terima kaseih kepada semua ibu2 :D
saya juga sayang mak saya

ASE1 said...

tanpa ibu , siapa lah kita di dunia nie ...

Farid Rashidi said...

Salam,

Ya, saya juga ada tulis tentang ibu baru-baru ini..silalah baca :)

AiE bAhRi said...

Kasih sayang dan pengorbanan mak tiada tandingannya.

Tiada apa yang adapat membalas jasa mereka. Kita sebagai anak perlu mendoakan mereka dan memberi kebahagiaan sepertimana mereka telah mebahagiakan kita dari kecil lagi

ASYIQ said...

Ombakbaik,

Alhamdulillah...bila kita dah jadi ibu baru kita tahu bagaimana perasaan dan pengorbanan ibu kepada kita.

Bersyukur kan...kerana kita di kalangan mereka yang sedar...ini tandanya Allah telah melimpahkan rahmatNya kepada kita.

ASYIQ said...

Ombakbaik,

Lupa lak...Selamat Harijadi. Moga dipanjangkan umur dan diberkatiNya.

Senyum selalu....

ASYIQ said...

Betul tu kak...tak sabar cuti nak pi jumpa mak....

ASYIQ said...

Farid Rashidi,

Syukran kerana sudi singgah sini dan tinggalkan jejak pulak tu...nanti saya akan berkunjung balas yer...

ASYIQ said...

Dik aie,

Btul tu..sebaik-baik anak begitulah...waktu mereka hidup jangan lupa doakan kesejahteraan mereka, waktu mereka sudah tiada jangan lupa doa dan alunan ayat suci Al-Quran untuk mereka...itu hadiah paling berharga untuk mereka di sana.

Pengikut ASYIQ