JellyPages.com

.:namaku...:.

AHLAN WA SAHLAN

Sebuah blog yang tiada apa....cuma cebisan kenangan sepanjang kehidupan saya.

Semua cerita...mungkin tiada apa utk orang lain...tetapi amat berharga utk saya.

Thursday, May 21, 2009

Cuit sikit....

Rehat sebentar.............................................................................

Aduhai...lama betul tak update entry. Bukan tak ada bahan nak dipublishkan tapi...mood melayang entah ke mana. Pergi ke sekolah rasa santai sikit sebab student tengah exam...masuk kelas jaga exam. Angkut paper sendiri ke hulu ke hilir....belum juga selesai marking walau satu kelas.


Hajat di hati nak selesaikan juga marking paper beberapa kelas sebelum cuti dua minggu ni. Bukan apa...cuti ni dah macam-macam acara yang dicadangkan. Setiap hujung minggu ada sahaja majlis perkahwinan...bukan satu, ada yang berderet-deret dalam satu hari. Nanti bila teringat paper yang belum dimarking, rasa cuti pun tak enjoy.


Anak yang di tingkatan tiga masih ada kelas tambahan di musim cuti ni....berulang alik menghantar dia ke kelas tambahan la nampaknya. Anak yang dalam darjah enam pun sama...cikgu dia orang tak cuti nampaknya dalam cuti dua minggu ni. Orang tak tau tugas cikgu....cuti pun tak cuti. Tu belum campur lagi dalam cuti buat banyak benda....marking paper, update fail, taip minit mesyuarat, buat itu...buat ini...tak perlulah nak beritahu semua. Tengok kakak saya yang bekerja di pejabat...kalau dah cuti tak fikir langsung fasal kerja. Cuti sungguh-sungguh...bertuah badan. Isu ni dah lama diperkatakan...tetapi still orang kata kerja cikgu senang....


Dua hari lepas orang pejabat panggil saya ke pejabat. Katanya saya layak untuk mohon kenaikan pangkat dari DG44 ke DG48 berdasarkan keputusan PTK yang baru ni. Lepas tu panjang lebar pulak dia bersyarah. Pangkat DG 48 tu ialah yang hakiki...that`s mean saya kena jadi pentadbir. Saya ni langsung tak ada intention untuk itu. Dalam syarat lain pula dinyatakan...kalau nak memohon u kena la sanggup dihantar ke mana sahaja untuk mengisi mana-mana jawatan yang kosong...walau sehingga ke hujung dunia. Kalau dalam daerah mungkin boleh tarik nafas panjang. Kalau sekiranya u tak sanggup so kenalah tunggu sampai time based...kalau saya kena tunggu enam tahun lagi, iaitu DG 48 KUP.



Bayangkan kalau saya dihantar ke mana-mana ceruk di dalam negeri perak tercinta ni...kena drive pulak jauh-jauh. Suami bukannya dalam profesion perguruan...saya yang kena ikut dia, bukan dia yang ikut saya. Anak-anak pulak masih muda remaja...semuanya perlukan perhatian. Bila dah penat berulang alik, ditambah pulak kerja yang maik bertimbun.....mulalah banyak perkara yang terabai. Akhirnya jadi lebai malang...yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Sakit kepala juga memikirkannya...saya minta beberapa hari untuk buat solat istikharah.


Kalau ikut kawan-kawan yang seangkatan....hampir 90% dah buat keputusan. Majoriti tak mahu memohon...akan menunggu time based saja. Saya???? Setakat ini kata hati pun macam tu...tapi masih belum buat keputusan muktamad. Pengetua pulak bila jumpa saya, dia sarankan saya untuk minta guru cemerlang. Katanya dia akan sokong saya. Geli tekak saya dengar...bab dokumentasi memang out skit saya ni...nak jadi guru cemerlang, rasanya diri tak layak langsung. Nak isi borang pun rasanya tak pandai...hehe.


Apapun saya memang terlalu banyak bersyukur dengan apa yang ada pada saya. Kalau saya pandang ke bawah saya...masih ramai senior saya yang masih belum dapat ke DG 44. Saya antara yang bertuah sebab antara yang termuda menjawat DG44. Nak bersyukur kenalah pandang yang di bawah kita...janganlah pandang yang di atas. Kalau pandang yang di atas, rakan sekelas semasa di UM dulu yang kini dah jadi Pensyarah di salah sebuah universiti awam dah pun menjawat jawatan Ketua Jabatan dalam usia semuda saya. (Muda ke???) Kalau nak pandang boleh juga tapi kena pandang dengan mata hati....rezeki Allah bukan hanya pada jawatan...banyak lagi benda lain yang kita tak sedar. Pujuk hati...pujuk hati....


Ada seorang kawan saya yang berkahwin dengan seorang usahawan...hidupnya dilimpahi kemewahan. Petunjuk kemewahan senang je pada pandangan kita...ada kereta mewah, ada rumah besar, pakai baju mahal-mahal, sering melancong ke luar negara, banyak kali pergi buat umrah......macam-macam lagi. Namun begitu selalu pulak hatinya susah. Anaknya tak nak belajar, selalu sakit dan sering berulang alik ke hospital swasta. Sebulan beratus-ratus wang habis biayai kos perubatan...kekadang menjangkau ke angka ribuan ringgit. Berubat sana sini...masih tidak menunjukkan tanda-tanda positif untuk sembuh.


Syukur...syukur dengan apa yang saya ada. Kadang-kadang kereta pun tahu nak semput time bila....bila ada duit barulah dia buat hal. Anak-anak pulak....alhamdulillah dikurniakan yang mudah mendengar kata, yang mahu belajar, yang pandai mengambil hati, yang tiada masalah pembelajaran. Mereka semuanya sihat walafiat....walaupun kering-kering semuanya. Hutang pun tak banyak...semuanya yang mampu bayar. Rumah sendiri dah ada, boleh pulak membeli kebun untuk aset masa tua....apa nak lagi...bersyukurlah!!!


Bila usia dah melangkah ke era 40 an....(ada beberapa tahun lagi...hehe), kenalah buat pembaharuan dalam hidup. Kena tingkatkan ibadat, tingkatkan perhubungan dengan Allah, tingkatkan hubungan dengan manusia. Kena banyak tuntut ilmu...kena banyak beramal. Moga-moga hidup saya akan bertambah bermakna untuk saya sendiri, untuk keluarga, untuk anak murid saya, untuk kawan-kawan seangkatan....dan untuk semua rakan-rakan blogger sekalian. Moga kita sentiasa dilimpahi rahmat Allah....dan semoga kita sentiasa berada dalam taufik dan hidayah Allah hingga ke hujung nyawa. InsyaAllah.......


10 comments:

OmbakBaik said...

salam..
akak saya ni baru je jd cekgu setahun lebey..da rase bosan dgn keje2 pengkeranian kat skola..sy sokong akak ckp..keje cekgu bukan nye senang..g skola kul 7 balek tak menentu...pukul 6ptg pon ade balek...hemm walaapepon ..ble bace entry akak..yee bersyukurlah saya dengan ape yang saya lalui skarang ini :D

Fadhlah said...

mmg penat kerja cikgu zaman sekrang nie...tambah2 lagi kat selangor nie..semua nyer online..adus..mak bapak pulak semua dah pandai guna It.pandai jer diorang merepot bagai tentang cikgu nie..diorang ingat cikgu nie kerja macam zaman dulu kot...

chimera said...

Salam...

Rezeki kak... kalau dah ditentukan akan jadi milik kita. Tetap akan jadi milik kita.

Apa pun, rezeki bukan hanya duit seketul.. atau harta benda bertimbun - bukan juga pd persoalan makan je. apa juga yg membawa kepada kebaikan, itulah dinamakan rezeki. anak-anak yg baik dan dengar kata... hati yang tenang.

Duit tu... atau gaji, hanyalah hasil terakhir setelah kita lalui pelbagai proses. Salahnya, kita hanya nampak rezeki tu dari duit 'seketul'. Yg bukan duit kita tak anggap rezeki. Sebab tu ramai yg tension.

Apa pun... kerja sbagai cikgu ni, samalah funsinya sebagai ibu, tak akan habis sampai bila-bila... pun. Tak apa. rezeki jugak tu. Allah akan bagi balasan yang setimpal jugak nanti...

ASE1 said...

Sakam Asyiq ...

kerja cikgu nie mmg memerlukan kesabaran dan komitmen yg tinggi. Saya juga pernah ditawarkan sebagai GPK . puas berfikir baik dan buruknya . Akhirnya saya menolak tawaran tersebut . tapi masalah org lain2 kan ....

ASYIQ said...

OmbakBaik,

Memang betul tu. Akk dulu pun fikir jadi cikgu cuma duduk dalam kelas je, rupanya idak. Orang yang mengalami sahaja yang faham....

Apapun kita redha ajelah...buat setakat yg termampu. InsyaAllah akan dibayar sesuatu oleh Allah kelak...jangan sekali2 kita harap balasan dari manusia2 di dunia. Kalau dapat itupun rezki dr Allah juga.

ASYIQ said...

Fadhlah,

Di Perak pun sama...semua perkara dh kena online. Nak guna internet di sekolah asyik sangkut aje...online waktu pejabat pun line busy sbb satu negara pakai.

Sudahnya gunalah yang dirumah punya...maka berjagalah kita sampai larut malam guna hak peribadi untuk negara tercinta.

Tapi hal ni orang ramai tak tahu...dituduhnya cikgu pakai harta kerajaan untuk kegunaan peribadi.....sampai hati deme.

Itu belum lagi nak kira guna printer di rumah untuk print bahan sekolah. Nak tunggu harta sekolah selalunya kena beratur dan berebut.Bukan nak berkira tapi kalau nak ngutuk cikgu biarlah beralas...banyak yang baik dari buruknya. Ye dak???

ASYIQ said...
This comment has been removed by the author.
ASYIQ said...

Chimera,

Akak ingat sangat pesan kawan2 senior yang pastinya banyak pengalaman....nak bersyukur kena pandang yang dibawah kita. Nak cemerlang kita kena pandang orang yang di atas kita. Rasanya nasihat ni kita boleh guna pakai kan??

Memahami dan meneliti soal kehidupan menjadikan kita lebih matang.

ASYIQ said...

ASE1,

Kita wanita bekerja, kita ibu dan kita isteri....apabila kita menghadapi situasi untuk membuat keputusan semua perkara di atas kita akan adunkan untuk mencari decision yang paling tepat.

Kekadang dasar `keakuan` langsung tak diambil kira...membuat keputusan untuk membahagiakan orang disekeliling kita....itulah kita sebagai wanita!

Sama macam pergi shopping....beli barang untuk anak pertama, anak kedua, anak ketiga, untuk suami, untuk emak. Bila balik rumah rupanya barang untuk diri sendiri tak ada....itulah kita sebagai wanita!

oneluvsue said...

Qin, blog ngko boringlah... tulis panjang2 lagi. Akak maleh nak baca...

Pengikut ASYIQ