JellyPages.com

.:namaku...:.

AHLAN WA SAHLAN

Sebuah blog yang tiada apa....cuma cebisan kenangan sepanjang kehidupan saya.

Semua cerita...mungkin tiada apa utk orang lain...tetapi amat berharga utk saya.

Saturday, May 16, 2009

Selamat Hari Guru untuk semua...

Bukan Sebarang Jasa...

Salam semua....N3 ni saya copy dari rakan blogger chimera di http://i-chimera.blogspot.com/.. Terimakasih kerana mengingati saya di hari guru ni. Sajak Usman Awang adalah sajak yang paling akak suka...dan juga kepada semua rakan guru yang selalu singgah di blog saya....cikgu ezuddin, cikgu anis, cikgu zue UK, Jinggo, cLah, Melawis, Muslimah Solehah, ami mahzar dan lain2 (sorry jika tidak tersebut di sini.....ucapan saya..."berbanggalah menjadi seorang guru.....semua manusia memulakan langkahnya dengan panduan seorang guru..."
*******************
Entri ini saya tujukan khas untuk cikgu Wiween, Kak Lawa, Kak Asyiq, Ustaz Adam, Puteri Ezza... dan semua guru-guru yang membaca blog saya juga kepada semua guru di seluruh Malaysia....

Sepuntung Dian, Serangkai Intan...

Profesi ini...
Tetaplah terus menjadi inspirasi,
digemari dan diminati
meski di hadapan ternanti...
aneka cabaran yang menguji,
barangkali juga bertali-tali
menuntut ketulusan hati
agar segalanya nanti
berharga di sisi Ilahi
Semoga DIA akan membalasi... dengan ganjaran yang tinggi.

Profesi ini...
tetaplah terus disanjung dan dihargai
kerana kita mengerti
bahawa jasa, pengorbanan dan bakti
yang telah mereka taburi
banyaknya tiada terperi
bukan ringgit warisan budi
membentuk warisan generasi
agar segak berdiri... dihiasi sahsiah dan jati diri.

Profesi ini...
tetaplah terus disayangi, dicintai dan dikasihi
kerana kita sebenarnya mengakui
merekalah yang banyak memberi
sedangkan sedikit dibalasi
mereka juga sering dilibati
jika krisis moral generasi
semakin menjadi-jadi
sedangkan senario terkini
yang disebut globalisasi
banyak mencorak mempengaruhi
menyumbang nilai-nilai tidak murni
justeru kita juga harus fahami
dan bersama mengawasi
kerana tugas ini... tanggungjawab setiap diri.

Profesi ini...
Tetaplah terus dikagumi dan dihormati
kerana kita menyedari
hakikatnya mereka adalah nadi
di dalam tubuh pertiwi
menjana bangsa bermula dari umbi
kerana...
bukankan sebelum mencecahkan kaki ke tangga universiti
atau berpenat meraih rezeki
awalnya perlu dahulu mengenal A, B, C
atau alif, ba, ta, - huruf-huruf jawi
perlu pandai mengira, mencampur, darab, tolak dan bahagi
di samping tidak melupai
didikan berakhlak terpuji
membentuk peribadi berbudi pekerti
kerana...
walaupun tamadun melangit tinggi
andai akhlak menyapu bumi
sedikit pun tidak beerti

Pofesi ini...
tetaplah terus dibanggai dan disyukuri
hingga tersemai keinsafan di dalam hati
bahawa mereka yang berada di bidang ini
sungguh beruntung sekali
ilmu dan tunjuk ajar diberi
semoga menjadi jariah selepas mati
bukankah di sana nanti
segala-galanya tidak berguna lagi
selain iman dan amal bakti........

Sesungguhnya bukan sebarang jasa...
Seorang Insan bergelar GURU


dan bersempena hari guru ini... saya tuliskan juga sebuah sajak tulisan Allahyarhan Usman Awang yang sangat saya gemari... kepada semua guru yang pernah mendidik saya sehinggalah saya menjadi "manusia" seperti sekarang.... Hanya Allah akan membalas segala jasa baik kalian. juga kepada semua guru di Malaysia...

Guru Oh Guru (oleh Usman Awang)

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979


SELAMAT HARI GURU.. Untuk mu cikgu-cikgu insan yang mulia..... moga terus berbakti dengan tabah.

6 comments:

Brahimnyior said...

Betapa terharu dengan penghargaan yang diberi. Benar. Bersyukurlah kita menjadi guru.

Benar, menjadi guru tak mungkin jadi jutawan, tetapi ia sangat mulia.

Seorang guru lama (senior) pernah menasihati saya,"Jangan kerja cikgu, tapi berusahalah untuk menjadi cikgu."

Kini saya faham sepenuhnya, sebab menjadi guru perlu ada roh pendidik, tapi setakat kerja guru, hanya mengharapkan makan gaji tanpa memikirkan apa akan jadi pada anak murid.

Syukur..

ASE1 said...

salam asyiq ,
memberi nasihat tak pernah jemu ,
mengajar murid hingga berjaya ,
diri mu begitu mulia , wahai guru ..
Besarnya jasa mu tidak terhingga .
" SELAMAT HARI GURU "

~Insan Biasa~ said...

Selamat Hari guru....Terima Kasih kak Asyiq!

ASYIQ said...

Cikgu Brahimnyior,

"Kini saya faham sepenuhnya, sebab menjadi guru perlu ada roh pendidik, tapi setakat kerja guru, hanya mengharapkan makan gaji tanpa memikirkan apa akan jadi pada anak murid."

Saya amat setuju kata2 di atas...moga terus diberkati....

ASYIQ said...

ASE1,

Selamat hari guru juga utk k as....sabarlah dengan karenah anak didik kita kerana kita yakin semuanya tidak akan dipandang sepi oleh ALLAH walaupun sering dilupakan oleh MANUSIA.

ASYIQ said...

Insan Biasa,

Semoga terus diberkati...insyaAllah.

Yakinlah akan balasan ALLAH pada yang ikhlas...

Pengikut ASYIQ