Gemersik lagu Munajat berkumandang apabila aku mula membuka blog ini .....sengaja aku kuatkan supaya syahdunya menusuk ke dalam kalbu. Entah kenapa hati rasa begitu tersentuh dengan alunan lagu ini.....terbit airmata satu persatu...laju membasahi pipi.
Tuhan....
Kubisikkan kerinduan
Keinsafan pengharapan..
Tuhan....
Ku sembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan
Terasa benar hati saya kosong....benarkah aku rindu padaMu Allah? Benarkah aku sudah betul2 insaf di atas semua dosa dan kesilapan yang pernah aku lakukan??? Apa pula pengorbanan yang selama ini telah aku lakukan untukMu????Betulkah aku betul2 cinta kepadaMu???? Terasa diri terlalu kerdil untuk menjawab semua persoalan tadi. Rasa malu menebal di dalam jiwa......
"Jangan sekali-kali membiasakan diri dengan sifat suka bertekak dan terbabit dalam perbincangan yang tidak ada hujung pangkalnya tentang sesuatu masalah yang hanya bersifat mungkin. Hal ini akan membuat hati menjadi sempit dan nurani menjadi kotor. Janganlah anda memaksa orang lain menerima pendapatmu dengan cara keras. keluarkanlah ideamu dengan santun, tenang, tidak tergesa-gesa dan jauhi dari mengumpat dan mencela yang lain"
Terpukul rasanya membaca tazkirah yang aku baca dari buku "Be A Happiest Woman" karya Dr ``Aidh Abdullah Al-Qarni. Memang kena sungguh dengan diri aku...namun aku bersyukur kerana tatkala aku memerlukan makanan rohani, kebiasaannya buku yang aku baca memang sesungguhnya merawat apa yang sedang aku hadapi. Banyak perkara yang perlu diperbetulkan. Syukur Ya Allah....nikmat terbesar yang diberikan kepada hambaNya ialah rezeki untuk bertaubat dan berubah....aku sambung lagi bacaanku.
"Sikap suka membantah dan banyak mengkritik tidak mendatangkan sebarang kebaikan buat anda. Hal itu akan menjadikan ketenangan hatimu hilang dan menjadikan penampilan dan imejmu akan tercemar. Ucapkanlah kalimah yang sopan dan penuh cinta jika kamu ingin menarik hati dan jiwa orang lain."
"Perbuatan yang sentiasa mendatangkan kesedihan dan kegundahan adalah menganggap orang lain tidak ada, menekan mereka, mencela mereka dan meremehkan mereka. Hal2 tersebut dapat menghilangkan pahala, dapat mengumpulkan dosa untukmu dan menimbulkan perasaan tidak tenang."
"Sibukkanlah dirimu dengan membetulkan aibmu berbanding aib orang lain. Sesungguhnya Allah tidak menciptakan kita sempurna dan terpelihara dari dosa. Setiap kita pasti menanggung dosa dan aib sendiri. Berbahagialah mereka yang sibuk memperbaiki diri sendiri berbanding sibuk memerhatikan aib orang lain"
Jika anak kecil jatuh dari tempat yang tinggi,
siibu tidak sepatutnya membuang masa menangis dan berteriak.
Tetapi yang perlu dilakukan ialah membalut lukanya secepat mungkin.
Dan aku terus memetik jari jemariku di blog kesayanganku ini...dengan harapan orang di luar sana yang sama keadaannya dengan aku tatkala ini akan turut berkongsi rasa dan terubat jua.....itulah matlamat utama aku di sini. Berkongsi dan menerima....semata-mata keranaNya.
6 comments:
Salam..entri yang menarik terutama"Sibukkanlah dirimu dengan membetulkan aibmu berbanding aib orang lain. Sesungguhnya Allah tidak menciptakan kita sempurna dan terpelihara dari dosa. Setiap kita pasti menanggung dosa dan aib sendiri. Berbahagialah mereka yang sibuk memperbaiki diri sendiri berbanding sibuk memerhatikan aib orang lain"
salam asyiq ...
saya pun sedang berusaha menyibukkan diri membetulakan diri ..
entri yang menarik..teruskan menulis
Melawis,
Itulah antara kelemahan saya...memang kena batang idung sendiri.
ASE1,
Saya pun begitu...banyak benda yang perlu diperbetulkan.
Muslimahsolehah,
TQ...moga2 sy sentiasa dikurniakan ilham memandangkan ilmu yang hanya terlalu sedikit...
Post a Comment