JellyPages.com

.:namaku...:.

AHLAN WA SAHLAN

Sebuah blog yang tiada apa....cuma cebisan kenangan sepanjang kehidupan saya.

Semua cerita...mungkin tiada apa utk orang lain...tetapi amat berharga utk saya.

Monday, March 9, 2009

Salam Maulidur Rasul untuk semua....

12 Rabiul awal muncul lagi....tarikh keramat kelahiran baginda Rasulullah saw. Membawa sinar harapan untuk semua...rahmat untuk seluruh alam. Asyiq mengucapkan salam Maulidur Rasul kepada semua rakan2....semoga dengan mengingati hari kelahirannya hidup kita akan diredhai oleh Allah.

Rasulullah dilahirkan pada hari Isnin. Pada hari kelahiran Rasulullah tersebut, terdapat tujuh mukjizat.

1. Bonda Rasulullah tidak mengalami kesukaran dan kesusahan ketika mengandungkan baginda Rasulullah sebagaimana yang dialami oleh wanita biasa yang lain.

2. Bonda Rasulullah juga tidak mengalami kesakitan ketika melahirkan baginda sepertimana yang dialami oleh wanita biasa yang lain.

3. Setelah baginda dilahirkan dan dipisahkan dari ibunya, baginda sujud dan menyatakan "umatku, umatku"

4. Baginda lahir dalam keadaan sudah dikhatankan.

5. Ketika Rasulullah dilahirkan, syaitan dilarang naik ke langit untuk mendengar percakapan dan perbualan para malaikat.

6. Ketika Rasulullah dilahirkan muncul satu cahaya dari dirinya hingga naik ke langit yang disedari oleh semua para malaikat dan makhluk Allah yang dijadikan dari api iaitu syaitan laknatullah.

7. Halimatus Saadiah iaitu ibu susuan Rasulullah sebelum ia menjadi ibu susuan Rasulullah, salah satu susuannya tidak mengeluarkan susu tetapi apabila diletakkan di bibir Rasulullah, saat itu juga keluar air susu Halimah.

Selamat bercuti semua...selamat berselawat ke atas junjungan besar kita...selamat segala-galanya. Pastikan semua anak2 kita turut sama menghayati hari bersejarah ini.


1 comment:

Tirana said...

Selamat menyambut maulidur rasul...

Pengikut ASYIQ