JellyPages.com

.:namaku...:.

AHLAN WA SAHLAN

Sebuah blog yang tiada apa....cuma cebisan kenangan sepanjang kehidupan saya.

Semua cerita...mungkin tiada apa utk orang lain...tetapi amat berharga utk saya.

Friday, March 13, 2009

Kedamaian hati adalah kedamaian sejati




Pada suatu ketika, terdapat seorang raja di sebuah negeri yang mengadakan satu pertandingan melukis. Tema kepada pertandingan tersebut ialah `kedamaian`.
Semua pelukis handalan dalam negeri itu berlumba-lumba menyertai pertandingan tersebut kerana hadiahnya yang lumayan.

Setelah berjam-jam melukis, akhirnya pertandingan itu pun tamat. Semua pelukis handalan tadi mempersembahkan karya masing-masing yang akan diadili sendiri oleh raja mereka. Setelah memilih dan menilai, akhirnya si raja memilih dua buah lukisan yang amat menarik perhatiannya. Semua hadirin juga mengiyakan bahawa dua buah lukisan tersebut adalah yang terbaik. Cuma sekarang si raja perlu meneliti yang terbaik di antara keduanya.


Lukisan yang pertama menggambarkan sebuah telaga yang tenang. Permukaan telaga yang itu bagaikan cermin sempurna yang mematulkan kedamaian gunung-gunung yang tenang menjulang di sekelilingnya. Di atasnya terpampang langit biru dengan awan putih berarak-arak. Semua yang memandang lukisan ini akan berpendapat, inilah lukisan terbaik mengenai kedamaian.

Lukisan yang kedua pula menggambarkan pergunungan juga. Namun nampak kasar dan gundul. Di atasnya terlukis langit yang gelap dan merah menandakan akan turunnya hujan ribut dan nampak kilat menyambar-nyambar. Disisi gunung ada air terjun deras yang berbuih-buih, sama sekali tidak menampakkan ketenangan dan kedamaian. Tetapi, sang raja melihat sesuatu yang menarik, di balik air terjun itu tumbuh semak-semak kecil diatas batu batan. Didalam semak-semak itu seekor ibu burung pipit membuat sarangnya. Jadi, ditengah-tengah riuh rendahnya air terjun, seekor ibu pipit sedang mengerami telurnya dengan damai. Benar-benar damai.

Lukisan manakah yang memenangi pertandingan tersebut? Kalau anda berada di tempat sang raja (pengadil), agaknya lukisan mana yang sepatutnya menang? Jawapan anda sebenarnya menggambarkan tentang persepsi anda tentang kedamaian itu sendiri.

Sang Raja memilih lukisan yang kedua.


Tahukah anda mengapa? Kerana, jawab sang Raja, “Kedamaian bukan berarti anda harus berada di tempat yang tanpa keributan, kesulitan atau pekerjaan yang kalut dan sibuk. Kedamaian adalah hati yang tenang dan damai, meski anda berada di tengah-tengah kekalutan dan kesibukan yang luar biasa.”


Setujukah anda semua dengan pendapat sang raja tentang takrif kedamaian?


“Kedamaian hati adalah kedamaian sejati.”


4 comments:

Tirana said...

Setuju...Happiness lies within ourselves. Kedamaian bukan terletak pada material.

Unknown said...

macam cerita ' pakaian kebahgian '.......
kita adalah apa yg kita fikirkan...
kalau kita fikirkan itu kebahgian
itu kedamaian
bahgialah kita....

kerana kita adalah apa yg kita fkirkan...
fikirkan sebaiknya.

ASYIQ said...

Tirana,

Teringin nak sentiasa damai...kekadang dapat, kekadang tak dapat. Hu hu.

ASYIQ said...

Jinggo,

Teringin nak rasa damai macam burung tu....damai di tengah2 kekalutan!

Pengikut ASYIQ