JellyPages.com

.:namaku...:.

AHLAN WA SAHLAN

Sebuah blog yang tiada apa....cuma cebisan kenangan sepanjang kehidupan saya.

Semua cerita...mungkin tiada apa utk orang lain...tetapi amat berharga utk saya.

Sunday, March 22, 2009

Ingat Allah ke tidak???



Manusia selalu lupa nak berterima kasih??? Kalau berdoa, macam-macam kita minta. Tetapi andai kita dapat apa yang kita mohon, kekadang kita lupa untuk berterima kasih. Amat pelik di negara kita melihat orang melakukan sujud syukur sebaik sahaja menerima berita baik. Contoh yang paling sering dilihat...dapat keputusan peperiksaan 10A1...menjerit,melolong,melompat...kekadang lafaz alhamdulillah pun tak terkeluar. Walhal sebelum peperiksaan...sembahyang hajat, baca yaasin dan macam-macam lagi telah dibuat. Bila dah makbul...lupa pulak nak berterima kasih. Mungkin dah lama melompat dan menjerit barulah keluar perkataan...syukur. Sayalah tu..orang lain mungkin tak macam tu.

Rahmat apakah yang perlu kita syukuri????Ada makanan dalam peti sejuk, ada tempat untuk tidur,maka bersyukurlah kerana kita antara yang lebih beruntung dari 65% penduduk di dunia ini.

Jika kita mempunyai wang di bank, di dompetmu dan masih mempunyai wang baki maka bersyukurlah kerana kita berada di antara 8% yang memiliki kesejahteraan di dunia.

Jika kita tidak pernah mengalami ketakutan dalam perang, kesepian dalam penjara, kesengsaraan penyeksaan, kelaparan yang amat sangat maka bersyukurlah kerana kita lebih beruntung dari 7 ratus juta orang di dunia ini.

Jika kita menghadiri masjid dan majlis agama tanp ketakutan,penyerangan,penangkapan
atau kematian maka bersyukurlah kerana kita lebih beruntung dari 3 juta orang di dunia ini.

Marilah kita latih diri kita untuk mengucapkan syukur dengan apa yang kita ada. Walau hanya sedikit tetapi banyak sebenarnya jika dibandingkan dengan orang yang tiada.

Di dalam Surah Ar-Rahman, Allah mengulang-ulang perkataan berikut sebanyak 31 kali.

"Maka nikmat Tuhan yang manakah yang kamu dustakan?"

*****Dipetik dari Majalah Midi-1 Mac 2009-ms 107.*****


8 comments:

Keri AlHaj said...

Hmmmm betull.. ingat Allah masa susah je... masa senang... huh! nan adoooooo... manusia gitulah agaknya sifat dia (merujuk pd diri saya sendiri ni)....

Brahim Nyior said...

Alhamdulillah, syukur saya masih bernafas dan dapat membaca entry ni.

Anonymous said...

Alhamdulillah syukur kita ke hadrat Allah S.W.T.Sekiranya kita bersyukur insya Allah akan ditambahkan lagi rahmat oleh NYA.

ASYIQ said...

Chimera,

Hakikatnya memang manusia begitu....amat sukar untuk kita menafikannya kerana Allah sendiri dah maklum perkara ini. Kalau tidak takkan Allah nak ulang perkataan tersebut sampai 31 kali dalam surah yang sama.

Kita bersyukur kerana kita masih diberi peluang untuk sedar.

Tkasih kerana sudi ziarah ke sini...

Brahimnyior,

Itulah antara tujuan kita berada di sini...memberi dan menerima untuk tujuan peningkatan diri menghampiri Allah. Entry2 cikgu pun banyak menginsafkan saya.

Melawis,

....selagi mampu, kita berusaha. Itu sahaja peluang jihad yang kita ada.Bersyukur menjadi orang bersyukur.

semalu said...

salam...
betul kita mmg kurang bersyukur ingat Allah bila time susah je. entry n blog yg menarik harap bnyk lg yg dpt dikongsi bersama

Na Shari said...

Alhamdulillah..Allah sentiasa di hatiku...

ASYIQ said...

Semalu,

TQ kerana sudi singgah sini...tapi bila saya nk ke blog semalu tak dapat la pulak. Entah kenapa.? lain kali sy cuba lagi.

ASYIQ said...

Na...

Alhamdulillah, itulah yang selalu kita harapkan.

Pengikut ASYIQ