JellyPages.com

.:namaku...:.

AHLAN WA SAHLAN

Sebuah blog yang tiada apa....cuma cebisan kenangan sepanjang kehidupan saya.

Semua cerita...mungkin tiada apa utk orang lain...tetapi amat berharga utk saya.

Monday, November 30, 2009

Moga ibadah korban diterima Allah....




Assalamualaikum....

Hari raya aidiladha tahun ini disambut secara sederhana sahaja. Tahun lepas agak meriah kerana keluarga saya mengadakan ibadat korban. Sebenarnya kami mengadakan aktiviti korban secara beramai2 seisi keluarga selang setahun. Tahun ini adalah tahun berehat....dan keluarga kami masing2 meraikannya bersama dengan keluarga mertua sahaja. Tahun depan insyaAllah ibadat korban akan dilangsungkan mengikut giliran.

Ini kiranya laporan ibadat korban tahun lepas. Inilah lembu yang kami sekeluarga cagarkan untuk dikorbankan secara berkongsi beberapa orang adik beradik. Tujuh bahagian berkongsi beberapa orang. Tahun hadapan orang lain pula terlibat. Adik beradik saya kesemuanya ada lapan orang.


Keluarga kami agak besar....selalunya aktiviti ini tidak perlu melibatkan orang luar. Keluarga kami pun dah cukup....cukup kaki dan tangannya. Setelah disembelih daging ditimbang, dibungkus untuk diagihkan kepada orang2 yang berhak.


Biasanya apabila ibadah korban dilangsungkan maka adalah juadah makan-makan mengisi perut yang kosong......kanak2 berbaju putih di atas sebenarnya telah berpenat lelah menumbangkan lembu. Sebab tu lah beria-ia dia makan....letih sangat!!



Inilah yang meriahnya....yang lelaki kerjanya menumbangkan lembu, menyembelih dan melapah. Manakala kanak2 perempuan di bawah umur ni mampu jadi penonton.....kemudian ada part2 tertentu mereka akan menutup muka dan menjerit.....perempuan la katakan!!!



Yang dewasa pula sibuk menyediakan bahan2 untuk memasak......untuk makan tengahari. Penulis tiada dalam gambar sebab sibuk menangkap gambar...hihi.



Tenaga2 muda pula digunakan sepenuhnya untuk melapah daging sebelum ditimbang dan dibungkus. Saat2 inilah yang mengeratkan lagi hubungan adik beradik kami....



Yang berkopiah putih tu adalah ketua melapah....abang saya yang kedua. Dia dibantu oleh anak2 buah yang semuanya bertenaga muda belaka.....



Inilah abang saya....Nizam. Paling besar dalam keluarga, jadi wajarlah dia menjadi ketua penyembelih pada hari tersebut. Jangan sesiapa berani rapat.....



Budaya di kampung saya....apabila berkumpulnya ahli keluarga dan jiran2 maka majlis membaca Yaasin dan tahlil diadakan untuk disedekahkan kepada mereka yang telah tiada. Semoga ibadah kami diterima Allah. InsyaAllah tahun hadapan kami akan melaksanakannya sekali lagi......moga dimurahkan rezeki dan mendapat keberkatan Allah.


Perkara2 sunat ketika melaksanakan ibadat korban:


Pertama: Apabila masuk 10 Zulhijjah dan dia berazam untuk melaksanakan ibadat korban, dia disunatkan untuk tidak menghilangkan bulu atau memotong kuku. Oleh itu, dia hendaklah menjaga bulu dan kukunya dengan baik. Ini adalah berdasarkan hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Imam Muslim.


"Apabila kamu melihat anak bulan Zulhijjah dan salah seorang dari kamu ingin melakukan ibadat korban, maka hendaklah dia tidak menghilangkan bulu dan kukunya."


Kedua: Disunatkan kepada orang yang berkorban menyembelih binatang korbannya sendiri. Sekiranya dia tidak mampu melakukannya maka cukuplah sekadar dia menghadirkan diri menyaksikan penyembelihan yang dilakukan.


Ketiga: Sunat bagi pemerintah orang2 Islam atau pemimpin mereka untuk berkorban menggunakan harta Baitulmal bagi pihak orang2 Islam.


Yang paling penting, ikhlaskan hati dalam melaksanakan ibadat korban.....dilakukan semata2 kerana rasa kasih dan cinta kepada Allah tanpa berbilang2 mengira pahala yang akan Allah kurniakan. Semoga ibadah korban kita diterima Allah.


17 comments:

Tirana said...

Family kak tirana baru tahun ni mula buat korban adik beradik di kampung. Sebelum ni masing-masing buat korban sendiri di tempat tinggal masing-masing. Adik beradik ada 7 orang so cukuplah seekor lembu..InsyaAllah korban adik beradik ini akan dijadikan sebagai anual agenda.

Abd Razak said...

Salam...:)

Meriahnya kak...

Harapnya semakin banyak kita menerima (nikmat) dan semakin banyak kita memberi (berkorban) kita akan tetap bersyukur kerana atas segalanya Allah mahukan yang terbaik untuk kita. Semoga kita menjadi hamba yang lebih bersyukur.

Arianni said...

Salam,

Satu keluarga yg besar nampaknya..saling bantu membantu.. sepakat membawa berkat..
Semoga ibadah korban kita diterima dan sbg bukti tauhid kpdNya..

Unknown said...

salam kak.alhamdulillah tahun ini sy juga dapat lebih banyak pendedahan tentang ibadah korban~

Melatidaisy said...

salam aidil adha kak asyiq :)

seronok sy tgk family akak, btapa eratnye ukhwah adik-bradik..sy pon family besar jgk..9 bradik..tp masih kecik2 lg..doakan ukhwah kitorg sek-sok da besar nanti semantap ukhwah adik beradik akak ea..:)semoga akak skeluarga terus dirahmati Allah :)

ASYIQ said...

Tirana ---> Kami pun baru bermula hanya beberapa thn kebelakangan ni sj...rupanya inilah budaya org Kelantan. Patut la setiap hari raya korban sambutannya meriah di sana....sbb keluarga berkumpul dan melaksanakan korban mengikut giliran.

Yang baik kita jadikan budaya. Bkn senang nk mengumpul semua adik beradik dalam satu masa.

ASYIQ said...

Abd Razak ---> Semoga ibadah korban ini dapat dihayati falsafahnya dgn baik....bukan sekadar berpenat lelah, makan dan berseronok shj.Semoga aktiviti ini menjadikan kita hambaNya yg bersyukur.

ASYIQ said...

Arianni ---> Memang besar keluarga kami....cucu shj hampir 40 orang. Skrg dah di peringkat cicit dah....baru ada tiga orang.


Berkumpul ramai2 mmg menyeronokkan.

ASYIQ said...

Iqbal ---> Suatu ketika nnti Iqbal akan menjadi ketua keluarga yg akan mengendalikan ibadah korban....insyaAllah.

ASYIQ said...

melatidaisy ---> Kita kena usahakan satu aktiviti tahunan yg dpt mengumpulkan adik beradik kita kembali....selain sambutan Syawal.


Aktiviti inilah yg akan menghubungkan keakraban kita sekeluarga....

Jasnia said...

Raya haji tahun ni keluarga Na buat kenduri juga... Adik bertunang :)

Anyway, thanks for sharing info mengenai perkara sunat dalam ibadat korban...Kebetulan, Na berdebat jugak dengan abang mengenai isu potong kuku dan bercukur t :)

Dearie Pearls said...

Salam Sis..
Seronok boleh berkumpul beramai-ramai apatah lagi dengan adik beradik yang lain.
Bukannya selalu jumpa..

Mesti meriah jek..

qamarguyz said...

salam ziarah..
menarik bl0g nie..selain brk0ngsi pngalaman, jG brk0ngsi ilmu..truskan dakwah di alam maya, mncipta mahu mnuju mampu.
'berk0rban bukan trk0rban..'

ASYIQ said...

Na ---> Seronok bila keluarga berkumpul...apa event sekali pun. Hargai masa bersama kerana kita akan terasa kehilangan bila salah seorang dr ahli keluarga kita telah tiada....

ASYIQ said...

LOL ---> Meriah sangat...semua dpt berkumpul tanpa kecuali. Yang paling best time malam2....berebut bantal, selimut dan tilam...haha. Siapa lambat, nasib la....dapat tilam nipis2.....ada yg booking sofa aje.

ASYIQ said...

Azrai ---> Terima kasih sudi singgah sini...blog yg tiada apanya, hanya luahan hati, diari hidup dan sedikit info utk dikongsi bersama.

Silalah datang lagi....k.

Dearie Pearls said...

Salam Kak yang menyayangiku..
Hehe..

"Buat Baik Dibalas Baik.
Buat Jahat Jangan Sekali."

Thanks for sharing this Kak.
Semoga LOL akan menjadi lebih baik seperti Kak yang baik ini. Happy know you, Kak.

*Kekadang kita heran kenapa ramai yang baik dengan kita. Mungkin kita tak menyedari bahawa itu adalah balasan kepada kebaikan yang pernah kita lakukan.

Yang Menyayangi Kak,
-LOL-

Pengikut ASYIQ