JellyPages.com

.:namaku...:.

AHLAN WA SAHLAN

Sebuah blog yang tiada apa....cuma cebisan kenangan sepanjang kehidupan saya.

Semua cerita...mungkin tiada apa utk orang lain...tetapi amat berharga utk saya.

Tuesday, November 24, 2009

Apa lagi nak buat masa cuti ni?


Assalamualaikum...

Cuti sekolah datang lagi. Biarlah cuti sekolah kali ini menghidangkan berita2 yang enak didengar....jangan ada pula anak yang hilang dari rumah, ada pula yang meninggal di tali air, ada pula yang jatuh longkang dan macam-macam lagi. Rancanglah percutian anak dengan berkesan.


Seperti biasa percutian saya agak terhad. Aktiviti di bulan Disember amat suntuk. Aktiviti menanda kertas SPM akan bermula dari 9hb Disember sehingga 9hb Januari. Anak2 pun sudah sedia maklum dan memahami....maknanya itu adalah tempoh ibu akan berkurung...bersama timbunan kertas2 SPM yang entah dari negeri mana. Bermakna mereka juga akan berkurung.....kasihan!! Nak makan angin (nak guna istilah melancong rasa macam tak padan....)....mesti diatur sebelum tarikh di atas!


Suami saya pula dah seawal bulan September dahulu memberikan lampu hijau untuk saya dan anak2 menghabiskan cuti2 kami di rumah kami di Kuala Kangsar. Namun begitu wajah anak2 kurang ceria dengan berita itu. Nak tahu apa sebabnya.....?


1. Tak ada talian streamyx.

Ini sebab yang paling utama. Nampak sangat pengaruh internet amat besar dalam hidup kami. Sebenarnya ibu dia pun sedih juga....terpaksa meninggalkan dunia blognya. Nanti bersawang pulak blog dia tidak diupdate.....dan sarat pula rindunya dia kepada rakan2 mayanya.

So, jalan yang paling mudah untuk mengatasinya adalah dengan melanggan broadband...portable, mudah untuk diangkut ke sana ke sini. Hanya untuk beberapa minggu??? Amat tidak praktikal.

***Namun begitu jadual untuk berstreamyx di rumah saya adalah terhad. Hanya satu jam untuk seorang anak. Itu pun dengan pemantauan ibu.


2. Tak ada ASTRO.
Mungkin ini alasan Fahem sorang aje....


3. Tak ada kawan.
Yang ini tak berapa terkesan sangat.....duduk di rumah sekarang pun dah memang tak ada kawan. Kawan anak2 saya adalah adik beradiknya sendiri.....so, tak ada masalah sangat.

Apa lagi yea....keperluan yang lain semua ada. Mesin basuh ada, peti ais ada, dapur ada, tv ada, katil ada, almari ada...............kami aje yang tak ada di situ. Kasihan rumah kami tu.....


Namun begitu saya ada juga menyediakan agenda wajib dilaksanakan oleh anak2 saya sepanjang cuti.....maknanya tarikh akhir 31 Disember semua tugasan ini wajib dipenuhi...dan hadiah juga disediakan!!!! Mari kita tengok.


Kak Long: Wajib hafal Surah Yaasin, Surah Al-Mulk, Surah AlQiyamah, Surah Al Insaaan, Surah Sajdah. Sebenarnya dua tiga surah memang dia dah hafal tetapi perlu digilap kembali hafazannya. Waktu yang paling sesuai menghafal ialah selepas waktu subuh dan selepas isyak. Ibunya juga yang akan tasmi` bacaannya. Di samping itu, pastikan apa yang dihafal difahami maksudnya. Kak Long juga saya wajibkan dia membaca beberapa buku agama yang asas tentang tauhid dan feqah. Yang ini mesti dibimbing penuh oleh ibunya.



Kak Ngah: Wajib hafal Surah Yaasin dan Surah Al Mulk. Masa dia di sekolah rendah dahulu saya wajibkan dia hafal ayat2 lazim....sekarang dia sudah mahu melangkah ke sekolah menengah....maka bermulalah hafazannya di peringkat menengah rendah dahulu. Sukatan ini saya yang tetapkan...bukan ditetapkan oleh mana2 pihak. Buku agama yang wajib dibaca dengan bimbingan saya ialah "Mengapa Saya Memeluk Islam"



Fahem: Sekarang dia sedang meningkatkan kefahamannya tentang bacaan2 dalam solat. Membetulkan bacaan dan menghayati maknanya sekali. Mengajarnya tentang solat yang betul, cara melaungkan azan yang betul dan sebagainya. Masa untuk dia ialah setiap kali selepas maghrib seusai dia membaca Al-Quran. Ayat2 hafazan untuk dia saya tetapkan pada ayat2 lazim yang mudah...biarlah sedikit asalkan dia dapat membaca dengan baik dan bertajwid, memahami maksud dan menghayatinya. Jadual Fahem perlu diselenggarakan....kerana dia terlalu banyak aktiviti yang mahu dilakukan. Terlalu banyak. Pukul 5 hingga 6.30 adalah waktu dia beraktiviti lasak di luar rumah.....sekarang dia sedang giat berlatih dengat kasut roda dan skateboardnya.


Kesemua tugasan di atas perlu diselesaikan sebelum 31 Disember. Sekurang2nya dua jam sehari perlu dihabiskan untuk menghafal. Pilihlah mana2 waktu yang sesuai asal tidak melanggar peraturan. Anak2 yang dapat melengkapkan tugasan yang diberi dengan cemerlang.....akan mendapat imbuhan yang sesuai.


Asyiq: Ingat zaman dulu2....kalau cuti aktiviti banyak dihabiskan menolong emak dan ayah di kebun.....menanam jagung,terung dan cili. Ini adalah aktiviti emak dan ayah di waktu petang kerana waktu paginya mereka di sawah atau di kebun getah. Bila jual hasil kebun dapatlah duit poket. Tapi duit poket itu biasanya kami simpan....sekurang2nya emak dan ayah tak perlu mengeluarkan duit lain untuk membeli sepasang kasut sekolah untuk sessi persekolahan yang baru.


Anda? Bagaimana dengan aktiviti cuti anda??? Boleh kita berkongsi untuk kebaikan bersama.


21 comments:

LotsOfLove-Pearls said...

Salam Kak..
Rindu Kak..

Waaah..
Semua anak2 punya tugasan tersendiri.
Seronok juga eh coz hujung tahun mesti dapat hadiah punya.

Masa cuti LOL akan bermula 19 Dec sehingga new year.
LOL akan balik Sabah. Sepanjang kat kg LOL akan banyak menghabiskan masa di rumah bersama nenek. Memandikan dia, memberi dia makan dan apa2 saja berkaitan dengan nenek.

Pada 24hb akan ada BBQ.
25hb celebrate Christmas.

Dan beberapa aktiviti cuti bersama keluarga-adik2 &cousin.

Sekian laporan cuti :)

ASYIQ said...

LOL ---> Oh...bestnyer dpt balik Sabah. Dapat beraya dan meraikannya dengan seluruh keluarga LoL.

Harapnya nenek LOL akan bertambah sihat dan ceria.

Happy Christmas LOL. Jgn lupa slps itu LOL akan kembali semula ke semenanjung...sambung bertugas.

sI tEDI said...

he he he.. Alhamdulillah. masing-masing punya tanggungjawab an amanah yang perlu di lakukan..

fahem : mintalah ibu bawa piring ASTRO ke kuala kangsar. he he he..

msa saya kecil-kecil dulu.. selalu emakayah kirimkan kami a dik beradik ke kampung. ekekekeke.. masa tu duduk Negeri Sembilan. Kampungnya di tempat saya duduk sekarang inilah.

duduk dengan sepupu sepapat.sepupu sepapat tu semua dah amcam pangkat emak.. atuk nenek dah x de.

Tirana said...

Kak Tirana pun cuti ni tak ke mana-mana (tak melancung..hehehe). Cuma raya hari nanti balik kampung, buat korban dan family gath raya kedua. Nak makan angin pun tengah musim hujan sekarang ni..banjir sana sini..Jalan dekat2 sini (KL) aje la agaknya..bawa anak-anak pergi muzium ke, pergi zoo ke.

izakhairi said...

Salam Asyiq,
Alhamdulillah anak2 semuanya ada tugasan masing2 sepanjang cuti ni...
nak kena belajar banyak lagi camna nak jadi ibu mithali...

ummumishkah said...

Best dapat cuti panjang kan? Ada urusan pun tak per as long as anak2 depan mata.. :)
Happy holiday! Meanrik program utk anak2 tu.. moga dapat capai target!

hans said...

bagus akak yer
menerapkan nilai2 agama dkt anak2
moga2 anak2 akak soleh dan solehah

iqbalsyarie said...

wah...segan dan malunya dengan anak-anak akak...huhu...

jujurnya dalam hati sy cuma ada surah-surah lazim dan beberapa kerat ayat2 Quran yg sy ingat utk dimasukkan dalam solat atau debat.tu aje...surah Al-mulk pun tak habis lagi sy hafal.huuhuhuhu...malunya!!!

huhuhuhu...

ASYIQ said...

sI tEDI ---> Fahem pun ada minta jg utk balik kampung Opahnya tp akak yg tak berapa harap...

Bdk lelaki aktifnya semacam....Opahnya pulak dah tua dan memerlukan banyak masa utk berehat dan beribadat. So, kalau balik kg mesti bersama akak untuk memastikan Opahnya dapat meneruskan aktivitinya tanpa gangguan cucunya sorang nih...

Bila orang tanya dia "Kenapa kamu tak balik kg duduk ngan Opah cuti ni???"

Dia jawab "Permohonan tidak diluluskan"

Tapi kalau akak balik kg pun, lama juga, puas juga dia menjadi "The Little Asyiq" seperti suatu masa dahulu....

Cuma pengalamannya dah banyak berbeza.

ASYIQ said...

Tirana ---> Thn nie family sy tak buat korban kerana tahun lps kami dh buat kenduri dan korban.

May be thn dpn pulak.

Anak2 ada minta nk ke KL, ke rumah bapa2 saudara dia org berjumpa sepupu sepapat. Biasanya sy akan spend jg masa utk itu walaupun suami tak ikut. Hanya utk bertepuk bertampar, berguling2 dgn sepupu2 dia org....ajak berjalan semuanya tak berminat.

Kampung akak ok ke....tak banjir??? Dengar cerita Daerah Kerian teruk dilanda bah!

ASYIQ said...

Izakhairi ---> Ibu mithali?? Macam langit dengan bumi!!

Harapnya cuti cikgu juga dpt dimanfaatkan dengan sempurna. Kalau anak2 masih kecil mungkin tak terasa keberatannya tapi kalau anak dh menginjak dewasa...kita kena aturkan jadual yg berfaedah utk mereka, kalau tidak masa mereka dihabiskan dengan sia-sia.

Terima kasih sudi ke sini.

ASYIQ said...

UM ---> Akak memang suka anak2 duk depan mata.

Thats why permohonan mereka utk berada di kampung semasa ketiadaan akak selalunya gagal....nak balik mesti ada akak sekali. Lg pun program mengaji mereka kena diteruskan!

ASYIQ said...

Hans ---> Itu yg sekadar mampu dilakukan.

Sesetengah ibubapa mereka hantar anak2 di pusat hafazan yg banyak beraktiviti sepjg cuti.....cuma akak buat sendiri secara sambilan. Jimat kos sikit...hihi.

ASYIQ said...

Iqbal ---> Skrg dh banyak pusat tahfiz diadakan sepanjang cuti sekolah. Ada ibubapa yg hantar anak2 mereka ke sana sepjg cuti.

Akak berhasrat utk menghantar anak2 ke pusat2 tahfiz sebegitu ttp kecenderungan mereka tidak ke situ. So, sbg gantian mereka berjanji utk menghafaz surah2 yg dipilih oleh ibunya. Kiranya ni sbg satu "give and take" dlm MOU kami.

Mungkin Fahem akan kami usahakan untuk ke Pusat Tahfiz slps Thn 6. Belum muktamad....keputusannya berdasarkan solat istikharah.
Moga Allah permudahkan.

arryani said...

Cuti pun...cam tak cuti.

Assignment banyak wooo..

tiap2 org ada topik msg2...

Kalo kt JB, sek rendah dh kena apal surah2 tu,(kat sekolah agama )..

Epi cuti2 my fren...

arryani said...

TO LOL...

akak dh terima laporan cuti itu..

Terima kasih..

Rojer..aagagaga

LotsOfLove-Pearls said...

Dear Kak,
Thanks for the wish Kak.
Ya, LOL seolah berdebar lak nak balik. Rasa mcm nak bertemu dengan kekasih hati walhal dengan family.

LOL tak inform sesiapa lagi kepulangan LOL ni. Nak buat surprise. Memang mcm tu setiap kali LOL nak balik. Tub.. Tub.. dah masuk rumah dah.. Memang seronok kena 'sumpah seranah' oleh adik2 and kazen + auntie and Uncle.

I miss Grandma..

Sure LOL akan balik semenanjung Kak.

Then again, thanks much.
Love ya, Kak.

LotsOfLove-Pearls said...

Kepada Kak Arryani,
Roger..
Kahkah..

*Sampai ke JOHOR laporanku.
Ngeeee

ASYIQ said...

aaryani---> Saya pun ada dengar sekolah agama di johor mmg mantops. Bertuah dpt duduk sana...haha.

Cam mana ngan cuti kak yan....sure blum tercapai hasrat nak masuk hutan....haha.

Daki gunung laa...

Saya dah jenuh masuk hutan masa kecik2...dah tua2 ni malas la.

Rasa macam nak gi makan angin kat Kota London la...lalalalala.

ASYIQ said...

LOL ---> Bestnyer...kalau dh lama tak balik, sesekali balik mmg terasa macam tu.....rasa nak rak bestnyer.

Enjoy your time...

Riangkan hati.

Lepaskan rindu..

Nanti balik Semenanjung jgn homesick pulak sudah la..

Jenuh akak kena pujuk...hihi.

Ummu Ammar said...

Salam kenal2..

Menarik aktiviti utk anak2 yg Asyiq susun spjg cuti sek...nanti bleh la saya buat kt anak2 saya ble diorg dah besar sikit..

Aktviti mantopkan bacaan Al Quran mmg aktiviti utama kami juga..moga Allah permudahkan anak2 mbaca dan mghafal.Insya Allah.

Pengikut ASYIQ