JellyPages.com

.:namaku...:.

AHLAN WA SAHLAN

Sebuah blog yang tiada apa....cuma cebisan kenangan sepanjang kehidupan saya.

Semua cerita...mungkin tiada apa utk orang lain...tetapi amat berharga utk saya.

Monday, November 23, 2009

Ada apa pada agama?


***Sebuah cerita yang sudah agak lama dalam simpanan
sehingga tak pasti dari mana sumber asalnya.
Selalu saya ceritakan kisah ini...terutama kepada
anak murid dan kanak2 yang berada di sekeliling saya.


Seorang syeikh arab berangkat ke Amerika Syarikat untuk menjadi ahli panel satu ciri ceramah mengenai agama, teknologi dan alam semesta. Suatu hari, syeikh bersama seorang sahabatnya menaiki teksi untuk ke program tersebut. Disebabkan masa bermulanya program tersebut masih panjang, sahabat syeikh tadi meminta pemandu teksi menghantarnya ke sebuah pusat jualan komputer. Tinggallah syeikh tadi bersama dengan pemandu teksi di dalam teksi tersebut.


"Encik percaya kepada agama?" tanya syeikh kepada pemandu teksi yang berambut perang dan bermata biru.


Walaupun agak terperanjat dengan soalan syeikh yang secara tiba2 itu...pemandu itu tetap menjawab dengan tenang..."Saya tak percaya. Saya tak perlukan agama. Setiap pagi saya keluar rumah memandu teksi mencari wang. Wang saya gunakan untuk membeli keperluan keluarga. Saya lakukan perkara yang sama saban hari...buat apa dengan agama....saya tak memerlukannya dan saya hidup sempurna tanpa agama"


"Encik tahu dengan agama-agama yang ada di dunia ini?" tanya syeikh itu lagi.


"Taulah sikit2, tapi saya tak pedulikannya sangat. Lagi pun saya tengok orang yang beragama sama sahaja hidupnya dengan orang tak beragama....hidup berperang, bergaduh, pelacuran, pengganas..........." jawab pemandu itu panjang lebar.


"Encik tahu tentang komputer?" tanya syeikh itu pula seolah2 mengalih topik perbualan.


Pemandu itu tersengih. "Mestilah tahu. Ciptaan terhebat. Semua orang mesti tahu. Kalau tidak, mereka pasti akan ketinggalan zaman!"


"Kalau encik betul2 tahu, siapa yang mencipta komputer...manusia atau ianya tercipta dengan sendirinya?"


"Tentulah manusia yang cipta. Takkan komputer tercipta dengan sendirinya...?"


"Kalau macam itu, mana yang lebih kompleks.....manusia atau komputer?"


Kali ini pemandu itu tak dapat menahan ketawa. Dia ketawa terbahak2. Baginya soalan syeikh itu terlalu bodoh. " Tentulah manusia lebih kompleks."


"Okay....jika komputer dicipta oleh manusia, maka manusia yang lebih kompleks ini dicipta oleh satu kuasa yang lebih hebat bukan?"


Si pemandu teksi tadi terdiam......sambil mengangguk perlahan dia berkata, "Ya".


"Dalam agama kami, Tuhan adalah pencipta yang agung. Kami wajib percaya kepada keagungan Tuhan kami. Perkara yang kecil hingga kepada perkara yang sebesar2nya....semuanya dicipta oleh Tuhan kami. Apa yang ada tidak boleh berlaku dengan sendirinya."


"Cuba bayangkan jika encik tidak pernah diberitahu tentang komputer sebelum ini. Tiba2 encik disuruh menggunakan komputer.....apakah encik tahu menggunakannya?" soal syeikh.


"Tak tahu, saya tak tahu mengenainya....macam mana saya mahu menggunakannya???"



"Bagaimana kalau saya berikan sebuah buku panduan penggunaan komputer...sudah pasti encik tahu menggunakannya...bukan begitu??"


"Tentulah.." jawan pemandu teksi dengan penuh yakin.


"Dalam agama kami, kami ada sebuah kitab sebagai panduan. Kitab inilah yang mengatur kehidupan kami. Tanpa kitab, manusia bertindak mengikut kehendak masing2. Kitab itu mengawal hati dan akal kami supaya jangan berperang, jangan membunuh, hidup berkasih sayang dan memelihara alam sekitar" terang syeikh panjang lebar.


"Sekarang, selepas pencipta komputer mencetak buku panduan tersebut, apa yang perlu dilakukannya? Dia perlu melatih jurutera bagaimana untuk menyampaikan pengetahuan tentang mesin itu kepada pengguna kan? Pengetahuan ini perlu disampaikan sehingga semua orang tahu dan faham bagaimana menggunakan komputer tersebut."


"Begitu jugalah dengan agama kami. Tuhan menurunkan rasul dan nabi untuk mengajar dan menyampaikan amanat sebagaimana yang Tuhan kami mahu. Semuanya mesti jelas supaya manusia hidup sempurna seperti yang Tuhan kami mahu."


Si pemandu teksi itu terus mendiamkan diri. Khusyuk dia mendengar kata2 syeikh berkenaan kerana sebelum ini belum pernah ada orang yang menerangkannya sebegitu.


Pemandu itu bertanya tentang kenapa ada manusia yang hidup berperang sedangkan mereka adalah orang yang beragama?


Syeikh itu menerangkan bahawa itu semuanya bukan kesalahan agama, tetapi kesalahan penganut itu sendiri. Samalah dengan penggunaan komputer itu juga.....kalau pengguna menggunakannya dengan cara yang salah pasti ianya akan rosak. Jadi bukan komputer yang salah direka, tetapi penggunalah yang salah kerana tidak tahu cara menggunakannya.



Ataupun apabila kita melihat sebuah kereta mewah berjenama terkenal terlibat dalam kemalangan jalanraya......adakah kerana salah kereta itu direka atau salah pemandu yang mengendalikan pemanduan kereta tersebut..?????


"Tetapi cuba bayangkan, kalau orang yang langsung tidak ada agama....pasti kehidupannya langsung lebih teruk. Kalau semua orang tidak ada agama, kita akan jadi seperti haiwan, hidup tanpa haluan. Apa jadi kalau semua orang tidak mengendahkan peraturan yang dibuat ketika berada di jalanraya???"


Pemandu teksi itu menganggukkan kepalanya. Pada minit2 terakhir perbualan mereka, pemandu itu tiba2 berkata "Saya ingin sekali memeluk agama encik, apa yang perlu saya lakukan?"


Syeikh itu menjawab "Katakanlah, aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah"


4 comments:

Unknown said...

salam kak.Saya pernah dengar juga kisah ini.mmg terasa la kak...dalam entry sy pun saya banyak cerita pasal kita umat islam ni sebenarnya yg jatuhkan nilai islam di mata org kafir.Bukan semua org kafir sekarang ni akan masuk neraka.Siapa tahu mereka nak masuk islam sblm mati.Tapi disebabkan perangai saya yg buruk,org bukan islam di sekeliling sy tak terkesan pun.Bahkan terasa makin benci pada islam mungkin..mulai sekarang saya kena kembali kpd islam.Ada 5 jalan utk kembali kpd islam.kalau ada kesempatan,sy juga akan berkongsi dgn pembaca blog sy tentang 5 jalan pengembalian kpd islam sebenar.InsyaAllah

hans said...

rasa macam pernah dengar
alhamdulillah terbuka hati dia nak masuk Islam

Abd Razak said...

Salam kak...:)

Dakwah yang sangat berkesan, contoh yg diutarakan sgt mudah utk difahami...

Islam itu indah

myQza said...

tak pernah dengar lagi pasal cerita ni.

mungkin ada.. tapi versi lain..

begitu tepat hujah-hujahnya sehinggakan orang yang tiada agama pun tertarik sama :)

Pengikut ASYIQ