JellyPages.com

.:namaku...:.

AHLAN WA SAHLAN

Sebuah blog yang tiada apa....cuma cebisan kenangan sepanjang kehidupan saya.

Semua cerita...mungkin tiada apa utk orang lain...tetapi amat berharga utk saya.

Monday, November 2, 2009

Akulah "Budak Kampung" itu...! (Bahagian 1)

Cuti hujung minggu yang lepas saya dan keluarga balik ke kampung....menziarahi emak. Kiranya saya adalah anak emak yang merantau yang sering balik ke kampung. Dalam sebulan biasanya dua kali kami akan balik berjumpa emak....mungkin disebabkan jarak yang tidak begitu jauh. Teluk Intan ke Kuala Kangsar hanya mengambil masa lebih kurang satu setengah jam....itu pun melalui jalan lama. Kalau melalui lebuhraya lagilah cepat sampai ke kampung. Sementara orang tua masih ada....


Hari Ahad.....seawal pukul tiga petang suami saya sudah mengarahkan kami untuk bersiap pulang ke Teluk Intan. Biasanya kami akan balik selepas maghrib. Kata suami dia bercadang untuk membeli buku di kedai MPH Jaya Jusco, Ipoh. Kalau singgah di sini biasanya bukan sejam dia bertapa di situ...kadang2 memakan masa berjam-jam. Inilah di antara tempat persinggahannya yang paling digemari.....sebenarnya kami sekeluarga memang suka ke sini. Masing2 akan tersenyum lebar jika dapat buku yang diidamkan.


Ini adalah buku pilihan anak bongsu saya...Fahem. Disebabkan ianya buku yang agak terkenal maka saya pun tidak berkira untuk membelikannya walaupun ianya sebuah komik. Seingat saya, saya pernah baca buku ni....kalau tak silap di Perpustakaan Sekolah suatu masa dahulu. Tetapi dah lupa isi kandungannya. Harganya RM14.90. Murah sangat....

Dalam buku ini siap saya tuliskan nama empunya buku ini.....Abdullah Fahem. Tersenyum lebar Fahem bila melihat namanya tertera di situ....


Sekembali dari sekolah petang tadi, seusai menonton siri akhir "Sumpah Bunian" saya membelek2 buku ini. Dari satu mukasurat ke satu mukasurat. Hati saya girang...berbunga riang. Tak lekang senyum lebar terukir di bibir. Nostalgia lama muncul kembali dalam lipatan memori.....terasa saya pula yang menjadi Mat....Budak Kampung itu!!!!


Saya juga adalah "budak kampung" yang digambarkan oleh Dato' Lat. Berasal dari sebuah perkampungan di daerah Kuala Kangsar yang mana ibubapa saya dahulu adalah penoreh getah dan pesawah padi.
Gambar ini betul2 mencuit memori saya. Emak dan arwah ayah saya dahulu kalau menoreh getah mereka akan membawa balik susu getah yang telah ditoreh. Tujuannya untuk membuat getah keping. Inilah proses membuat getah keping. Susu getah yang dikumpulkan akan dituang ke dalam takungan. Nak menuang susu getah mestilah ditapis dahulu supaya kulit2 kayu, habuk atau daun2 tidak termasuk sekali.


Emak dan arwah ayah akan menuang "cuka getah" atau "ubat getah" ke dalam susu getah yang ditakung tadi....(botol yang kelihatan dalam gambar adalah botol "cuka getah" tersebut) Kemudian kami akan mengacaunya perlahan2 kerana susu getah itu akan sebati dan mula membeku. Lihatlah bagaimana Mat melakukannya......begitulah saya melakukannya suatu ketika dahulu!! Kemudian susu getah yang telah sebati itu akan dibiarkan membeku lebih kurang lima belas minit.


Inilah proses yang paling menggembirakan.....memijak susu getah yang telah beku tadi. Proses ini perlu dilakukan dengan segera supaya getah akan leper dengan segera ketika ianya masih lembut. Kalau lambat...kerja meleperkan getah ini mungkin menjadi sukar.


Biasanya saya tidak keseorangan memijak-mijak getah keping ini. Abang saya yang bernama "Nizam" (tua lima tahun dari saya) dan "Amir" (tua empat tahun dari saya) akan turut sama melibatkan diri. Sambil memijak-mijak getah kami akan ketawa...menyanyi....dan kadang2 akan berjenaka. Sungguh indahnya memori itu..... Biasanya dalam sehari kami akan menghasilkan empat atau lima keping getah dengan anggaran kebun yang diusahakan oleh orang tua kami seluas tujuh ekar kesemuanya. Biasanya rutin ini dilakukan setiap hari.....lebih kurang pukul 11 hingga 12 tengahari. Sewaktu hari cuti kami akan berkhidmat sepenuhnya membantu emak dan arwah ayah.....hari sekolah kami tidak dapat menolong mereka.


Kemudian getah keping yang sudah separuh leper tadi akan dimasukkan ke dalam mesin getah. Mesin getah terbahagi kepada dua. Satu jenis licin dan satu lagi jenis berbunga atau bercorak. Untuk memulas mesin getah ini memerlukan tenaga yang kuat. Biasanya abang saya Nizam dan Amir lah yang menolong...saya ni biasanya jadi pengacau sahaja!!! Setelah dua tiga kali dimasukkan ke dalam mesin getah yang licin, akhirnya ianya akan dimasukkan ke dalam mesin berbunga. Setelah itu getah keping tadi akan dijemur. Tiga empat hari dijemur barulah getah keping tadi dijual di kedai cina yang terdapat di pekan berhampiran. Arwah ayah membawanya dengan sebuah basikal tua.Saya tak pasti berapa harganya sekilo...yang pastinya sangat murah....kurang dari RM1.00 sekilo. Itulah wang yang diperolehi untuk menyara anak ayah seramai lapan orang.


Basikal tua???? Saya pernah menyebut tentangnya dalam entry saya yang lalu yang bertajuk "Ruang Rindu Untuk Ayah" suatu ketika dahulu. Basikal tua adalah satu2nya pengangkutan yang biasanya digunakan di kampung kami. Rata2 orang kampung memiliki basikal tua.


Saya dulu pun belajar naik basikal dengan basikal tua. Mula2 naik mengayuh basikal hanya di celah palang.....apabila sudah dapat mengayuh dalam bentuk bulatan....barulah berani naik dan duduk di atas tempat duduk. Itu pun setelah beberapa kali jatuh.....berdarah lutut, luka sana, luka sini....barulah dapat membawa basikal tua dengan baik.

Gambar ini betul2 menggamit memori saya bersama arwah ayah...... mata saya digenangi airmata jernih. Tiba2 ingatan dan rindu pada arwah ayah memuncak sungguh......inilah gambaran saya ketika kecil dahulu. Kalau arwah ayah hendak pergi ke mana2.....abang saya Nizam akan duduk di atas palang seperti dalam gambar....manakala saya dan abang Amir akan duduk di belakang, dalam bakul. Sama seperti yang dilukis oleh Dato' Lat. Jadi....sayalah budak kampung itu...!


Bakul tersebut memang tidak pernah ditanggalkan dari basikal tua ayah. Itulah tempat mengisi barang2 apabila membeli di pekan kecil berhampiran. Itulah juga tempat saya duduk kalau mengikut arwah ayah mandi di Sungai Ngor.....satu2nya sungai air gunung yang terdapat berhampiran dengan rumah....lebih kurang satu kilometer sahaja. Kadang2 saya berdiri di dalam bakul tersebut...berpaut pada bakul yang setinggi saya.....!!

"Aku adalah anak bongsu ayah yang paling rapat dengan ayah. Semasa aku kecil, ayah hanya ada sebuah basikal tua yang berbakul besar di belakangnya. Bakul besar ini digunakan untuk mengisi hasil kebun ayah...pisang, ubi, jagung,terung dan serba serbi yang ayah tanam untuk menyara kehidupan kami sekeluarga. Di dalam bakul inilah aku selalu duduk menumpang naik basikal bersama ayah....disebabkan bakul ini besar, kalau aku berdiri pun hanya nampak kepala dan mata sahaja....dan kedua-dua belah tangan aku memegang tepi bakul takut sekiranya bergoyang. Kalau ayah ada banyak hasil kebun yang akan di bawa balik aku akan tumpang naik di atas palang di hadapan basikal tua itu...."
(petikan dari entry "Ruang Rindu untuk Ayah" bertarikh 2 Jun 2009. Sila klik pautan di atas untuk membaca entry tersebut)


Ini adalah di antara nostalgia saya yang saya petik dari buku Dato' Lat. Masih ada lagi beberapa keping gambar yang menggambarkan saya sebagai Budak Kampung dalam buku ini.....tunggulah entry saya yang akan datang. Akan menyusul.


Luahan asyiq: "Betapa indahnya memoriku suatu masa dahulu.....terasa ingin diulang kesemuanya"

32 comments:

myQza said...

saya harap cikgu asyiq berbaju ketika meloncat2 memijak getah.. he h ehe...

okey! ulasan seterusnya...

mungkin datuk lat betul2 mendalami dan merasai kehidupan sebagai seorang budak kampung di kuala kangsar. sebab itulah cara hidup datuk lat dan cikgu banyak persamaan.

arwah datuk dulu pun penoreh getah tapi x berapa ingat sangat sbb kecil lagi. yg ingta getah keping dan basikal tua yg masih ada tapi tak boleh nak di gunakan lagi.

ayah saya sekarang pun menoreh getah. selepas pencen askar. semua kerja dia nak buat. dia mmg x tahu menoreh. tapi belajar.

sebelum ini ayah saya guna sistem baru menoreh getah. pakai gas. sy pun kurang arif. yg saya tahu bila pasang alat tu tak perlu hari2 menoreh. seminggu 2 kali pun ok. sbb susu getah akan mengalir keluar tanpa henti.

jadi mangkuk getah pun agak besar dr biasa. buat getah segerap je.

tapi selalunya juga orang akan curi berbakul2.


he he he

al amin said...

sautu catatan yang membuat diriku juga mengimbau kembali zaman kanak-kanak dahulu.

catatan yang boleh angkat ibu jari
tahniah dari sumaimu.

menanti dengan penuh debaran sambungannya. Segalanya dalam kenangan.

sekian wasalam.

ASYIQ said...

tEDI ---> Malu nk bercerita ttg itu tEDI. Sememangnya akak biasanya "berseluar campak" aje.

faham ke istilah "seluar campak"....maksudnya memakai seluar pendek tanpa baju...hihi. Maklumlah, masa tu mana kenal erti malu lagi.

Kira ayah tEDI penoreh getah moden nih...tp kebanyakkan penoreh menggunakan kaedah tu skrg. Nak mudah.

Satu lg bahana kpd penoreh2 getah skrg ialah "pencuri getah skrap". Senang je kerja dia org....tak perlu menoreh tapi pergi kutip jer....

Kasihan pd mangsa2....penat2 bekerja hasilnya dicuri orang.

ASYIQ said...

al amin ---> Ingat lg...kita selalu berbual ttg zmn kecik2 kita.

main galah panjang
main telegraf (getah bulat)
main polis senteri
main tuju tin
main poghok (tempurung kelapa)
main dango-dango
main tarik upih pinang
main hantar curi di bulan puasa
mesin getah keping
kena jaga padi di jemuran (jaga ayam)
tumbuk padi guna lesung kaki
pusing kipas padi
main kat bendang
tangkap ikan keli dlm petak sawah
mandi kat tali air bendang
mandi sungai
da....
dan....
banyak lagi.

Apalah malangnya anak2 kita tidak merasai semua nikmat hidup ini.
Sungguh nostalgia.
Sungguh manis bila dikenang.
Membuatkan kita tersenyum sendirian.

Ummu Mishkah said...

Ceria nyer zaman kanak-kanak kak asyiq dan melalui pengalaman yang tidak dialami oleh sesetengah orang!

NoRuLLiSzA eL FaRiSi said...

haha.. betul2 kata kak tedi.. harap kak asyiq pakai baju time loncat pijak getah tu.. ngeeee :D

wah3.. best kan suasana ada pokok getah.. rasa hidup zaman dulu2 je.. hati yg keras pun, rasanya leh jadi lembut dgn suasana zaman dulu.. skrg?? apa nak jadi.. apa nak jadi.. hidup skrg tak ingat mati.. (nyanyi :D)

hmm.. best3.. dulu sy hanya bau je getah.. mesin wat getah keping pun, hanya tgk je.. sbb nenek (jiran) yg ada pokok.. bau dia?? alamak.. xingat dah bau camne.. tp, mmg kena tutup idung la lalu.. hehe.. kenangan jalan p sek ngaji di kebun getah.. best nyer..

mg dtempatkan allahyarhamu (ayahanda kak asyiq) dikalangan org2 yg beriman.. ameen ya Rabb

Tirana said...

tak sangka ada juga insan lain yang minat baca komik budak kampung..hehehe.. Kak tirana dulu pun suka baca komik ni..maklum la kan..kita ni orang kampung.. Kecik2 dulu minat baca komik. Sekarang pun minat lagi tapi kena prioritizekan bahan bacaan. Sesekali kak tirana baca juga komik..lepas gian..hehehe

* adeqya8284 * said...

Cu,
aktiviti pijak2 getah tu buat kat kebun ke kat kawasan rumah?hehe...Ya sdg bayangkan....Pakcik Nizam + Pakcik Amir + Cu....mesti aktiviti tu meriah...hehehe

ASYIQ said...

UM ---> Sungguh ceria...tak mcm budak skrg yg masanya byk dihabiskan di pusat2 tuition sepanjang ptg dan mlm. Skrg lain....dulu lain.

Dulu kerja sek pn tak byk...kalau ada semuanya dh disiapkan di sekolah. Nak duduk dlm rumah pun tak ada bestnya sbb tak ada tv dan games pelbagai mcm skrg. Lg pun dulu keadaannya agak selamat.....berbanding sekarang.

Pengalaman inilah yg ingin dititipkan kembali utk dikongsi dgn mereka yg tidak merasainya.

ASYIQ said...

LiS ---> Pakai seluar walau kekadang tak pakai baju...haha. Kelakar kan?


Rumah akak dulu dlm kebun getah ayah yg seluas empat ekar. Jadi pokok getah dan hasilan drpdnya adalah sesuatu yg paling dekat dgn diri akak....semuanya msh nampak di ruang mata!!!

Skrg kebun getah tu dh bertukar menjadi kebun buah2an...durian,rambutan dan pelbagai lagi.

Mesin getah pun dah tak ada, dibeli oleh pembeli besi2 buruk. Alangkah ruginya kenangan itu terjual di situ....

Kalaulah dulu ada kamera yg boleh merakam semua kenangan....

...alangkah indahnya.

Moga allahyarham berada dlm lindungan Allah....amiiin.

ASYIQ said...

Tirana ---> Memang kenangan lama tidak dapat dibeli oleh apa jua....sungguh berharga. Itulah sebabnya sy menitipkannyadi sini utk tatapan anak2 sy dan generasi akn dtg.

Komik Budak Kampung dpt memberi pengalaman yg amat berbeza jg utk anak2 sy...tak perlu bercerita pjg. Mereka membaca dan merasainya sendiri.

Slps ini perlu lg mencari siri2 yg lain....

ASYIQ said...

Adeqya ---> Wah...subuhnya berada di sini...hihi.

Dulu, rumah mak ndak Yati tu adalah tempat aktiviti tu berlangsung. Di situ ada pokok jambu air dan pokok koko. Mungkin pak cu Halim dan mak yang masih ingat tempat tu.

Membayangkannya membuatkan Cu tersenyum sorang2....sungguh indah memori itu!!!!

Abd Razak said...

Salam kak...:)

Walaupun saya bukan orang kampong mcm akak tapi cerita ini membawa pengertian yg amat mendalam buat diri saya tentang kehidupan.

Dpt dirasai kebahagiaan, keseronokan dan kepayahan di kampong...

Saya pun tidak ketinggalan memiliki buku tersebut beberapa tahun yg lepas

atie said...

Salam Kak Asiq,

Kalau akak aku budak kampung zaman saya pulak tiga dara pingitan..... beli gila2.. pasti slot tu yg saya baca dulu... ada la sikit2 kenangan dalam cerita tu... tapi yg pasti... saya anak ayah yg bongsu gak... selalu ikut ayah gi kedai kopi... ayah dah tak de nie... tak de tempat mengadu la kak... rindu kat ayah....

Na Shari said...

Akak,

Na jadi jealous dengan akak coz na tak pernah ada pengalaman sebegitu...Sambil baca ni pun, tiba-tiba Na pun nangis jugak....Sebab Na boleh bayangkan secara terperinci setiap apa yang akak tulis dalam entri ni...

Mak Su said...

masa saya kecik2, ala-ala wajib plaks baca komik tu, in BM, in BI, semua ada. abang2 dan kakak2 saya suka beli :)

not a waste, good buy

ASYIQ said...

Abdul Razak ---> Kehidupan di kampung dan bandar jauh bezanya ttp tetap ada kenangan tersendiri.

Akak membesar dlm suasana tersebut. W`pun tidak semua digambarkan oleh Dato Lat ttp setidak2nya sebahagian darinya terungkai juga.

....indah sungguh.

ASYIQ said...

atie ---> Sememangnya karya2 dia mengungkap rindu yg sekian lama terpendam...

Kalaulah boleh diulang semua kenangan bersama ayah...alangkah bagusnya.

Titipkan doa semoga mereka berdua bahagia di sana....amiiin.

ASYIQ said...

Na ---> jelous yea...hihi.

Pada akak kenangan sebegitu sukar dicari....terlalu mahal tersimpan kemas dlm lipatan memori.

Semuanya menjadikan rindu utk arwah ayah semakin memuncak....aduhai.

ASYIQ said...

Mak Su ---> Saya dulu2 tak terfikir nk membelinya w'pun pernah baca. ttp bila umur dh bertambah ni terasa sgt rindunya pd zaman kanak2 dulu....

Dah janji dgn Fahem utk cari episod2 lain yg relevan.

Memang berbaloi!!!

Arianni said...

Salam,
Saya bukan dr kampung tp bila baca N3 ni blh merasakan suasananya.. sungguh bahagia dan ceria sekali.. rasanya kehidupan budak kampung lebih seronok dr budak bandar kan..

Dearie Pearls said...

Salam Kak,
N3 kali ini menggamit kenangan ke masa lalu.
Banyak kisah suka duka..

Kalau dulu2, LOL dan adik2 juga nenek mencari rezeki dengan mengumpul biji kelapa dan dijual.

Bila diimbau kembali, sungguh tabahnya kami ketika itu.

*Sambil membaca, sambil LOL membayangkan kisah2 Kak..

*Menanti kisah seterusnya..

ASYIQ said...

Arianni ---> kehidupan di kg penuh adventure. Byk perkara yg kita akan tahu berdasarkan pengalaman sendiri...itu yg menjadikannya indah.

Alam kanak2 menjadikan kehidupan kita bertambah ceria.

Orang bandar mgkn ada pengalamannya yg tersendiri.....

ASYIQ said...

Dearie LOL ---> W'pun begitu hidup di kg dulu2 mmg susah. Kanak2 shj yg menterjemahkannya dlm bahasa yg tersendiri.

Bagi org dewasa, kesusahan utk terus hidup menjadikan zaman lampau sebagai kenangan pahit utk dikenang.

Bagi kanak2 spt akak....mana tahu erti susah. Semuanya membahagiakan!!!

Dulu2 nk dpt duit pn mmg susah....skrg penoreh getah antara org2 yang "berduit" krn harganya yg mahal di pasaran. Namun begitu kos hidup jg semakin meningkat....tak mcm dulu.

Rileks dulu sehari dua....baru mskkan entry baru...hihi.

Anonymous said...

Best woooo memori tu semua...

saya tak penah merasa..

asik duk bandar je dari kecik..

kalo nk main pun, dalam parit la...aaagagagaga

pepun, nmpk sgt asyik mmg ingat semua benda2 tu..

ASYIQ said...

aaryani ---> Ingat semua...

masih terbayang2 keseronokan itu.

Masih byk lg

Sesekali kak yan ceritalah kisah org bandar plak.

mainnya cam na...

ok.

zai said...

Salam Asyiq...

Seronok tengok lat lukis gambaran kat kampung masa dulu2...zai pun dulu berasal dari kampung juga dan pernah turun kesawah padi tolong nenek dan juga menumbuk padi menggunakan cara lama..dan pernah juga menangkap ikan kat sawah dan parit..bestnye kenangan itu semua...sekarang cuma kesiankan kat anak2 sbb tak dapat merasa lagi pengalaman sebegitu kerana kampung2 semua telah dibangunkan dan tak banyak tanah yang tinggal.

Unknown said...

wah...bestnyew pengalaman akak.saya ni anak peneroka kelapa sawit.jadi keadaan tak banyak sgt berbeza.Cuma kami ke ladang kelapa sawit dgn motosikal bukannya dgn basikal tua.Pengsan nanti sbb jauh dan jalan buruk.hehehe...

sy pun budak kampung...

Dearie Pearls said...

Salam Kak,
First of all, thanks coz banyak support adik ya.
adik sangat hargai.

*******

Ya Kak..
Waktu budak2 dulu tak delah terfikir cmner susahya hidup kerana main redah jer. Tapi sekarang ni bila bayangkan betapa 'sakit'nya dulu mencari rezeki, terasa ku bangga kerana telah berjaya melaluinya..

Happy Day Kak.

ASYIQ said...

Zai ---> Anak2 kita hanya dapat menggambarkan shj...spt apa yang saya catatkan di sini.

Kg sy pun mengalami pembangunan juga....bendang dh tak ada. Pokok getah still ada tp stail menoreh pun dh berubah. dah moden.

ASYIQ said...

Iqbal ---> Skrg akak duduk di Teluk Intan....suasananya pokok sawit jg di mana2.

Pernah jg tinggal lama di rumah saudara yg menetap di felda Keratong time cuti sekolah....dapat jg rasai kehidupan Iqbal...

Seronok ikut pak cik kutip buah sawit tapi penat dan takut harimau!!!

ASYIQ said...

LOL ---> Moga LOL terus tabah.
Akak hanya memberi sokongan...yg merasai dan menempuhnya adalah LOL sendiri. Kena tabah k.

Memang...bila dikenangkan kesusahan tak mahu lagi diulang cerita2 lama.

Pengikut ASYIQ