JellyPages.com

.:namaku...:.

AHLAN WA SAHLAN

Sebuah blog yang tiada apa....cuma cebisan kenangan sepanjang kehidupan saya.

Semua cerita...mungkin tiada apa utk orang lain...tetapi amat berharga utk saya.

Saturday, November 7, 2009

Bila berpandang-pandangan....


Assalamualaikum....
Mari kita share sama2 tengok klip video ni sekejap. Teringat masa saya di UM sekitar tahun 1991 hingga tahun 1995. Ini adalah antara nasyid2 yang berjaya memikat hati kami pelajar yang mendokong usaha dakwah di kampus masa itu. Kami adalah antara leader2 usrah yang tersebar di seluruh kampus....di merata ceruk asrama siswi. Nasyid ini adalah salah sebuah nasyid yang menyuntik semangat dan motivasi untuk kami terus mendidik hati.



...pandangan mata selalu menipu
...pandangan akal selalu tersalah
...pandangan nafsu selalu melulu
...pandangan hati itu yang hakiki
...kalau hati itu bersih.


Lagu asalnya dinyanyikan oleh Kumpulan Nasyid Wanita Al-Arqam (mungkin Khaulah ni adalah bekas penyanyinya.....tak pasti pula saya) Kemudian ianya dilagukan pula oleh Kumpulan Hijjaz tetapi saya kurang berkenan dengan susunan muziknya yang baru...tak terasa kenangan lama.


Bukan siapa penyanyi asal lagu ini yang ingin saya
hebahkan.....yang ingin saya share di sini ialah pengertian Pandangan Mata, Pandangan Akal, Pandangan Nafsu dan Pandangan Hati........apa bezanya???


Ok....lihat pada gambar yang tertera ni.... (sorry imej agak kabur/imej dibesarkan)



Pandangan mata: Duit ringgit ada yang bewarna biru, hijau,merah,ungu dsbnya.

Pandangan akal: 4 keping RM50.00 nilainya ialah RM200.00

Pandangan nafsu : Duit ini kalau aku gunakan untuk beli topup handphone dapat la aku berbual dengan awek selama berjam-jam.....belikan hadiah untuknya.....mesti dia lebih sayang pada aku....

Pandangan hati: Duit gaji ni 1 bahagian untuk tanggung keluarga, 1 bahagian untuk bayar hutang, 1 bahagian untuk bantu emak ayah di kampung, 1 bahagian untuk sedekah dan 1 bahagian untuk simpanan.



Ok....sekarang bayangkan anda di hadapan sebingkai cermin.

Pandangan mata : Kita nampak mata yang bulat....rambut yang ikal...yang dimiliki sepenuhnya oleh kita. Kita takkan mungkin nampak orang lain.

Pandangan akal: Usia aku sekarang dah nak masuk 40 tahun...hutang masih banyak, kena usaha kuat untuk kesejahteraan semua keluargaku.

Pandangan nafsu: "Wah...walaupun dah hampir 40, perut dah boroi tapi masih orait lagi. Ramai anak gadis yang masih meminati aku!!!"

Pandangan hati: "Rambutku sudah beruban...tanda aku sudah menghampiri mati, kulit sudah berkedut tanda badan yang dimamah usia, mata pun sudah kabur....makan pula bubur nasi ....itu tanda saat matiku hampir tiba."


asyiq:Renung-renungkan!!!


22 comments:

Brahim Nyior said...

Rasanya pandangan hati tu nampak lebih ikhlas.

Yang lain tu, bertunjangkan nafsu gayanya.


Hari ini, apa yang kita boleh buat dengan RM50, jika dibanding 10-15 tahun lalu?

Biarpun pendapatan kita mungkin nampaknya besar, hakikatnya kos hidup makin naik.

Pendapatan benar (istilah ekonomi) pengguna semakin turun kerana kadar inflasi tak dapat dibendung.

Azila said...

nice.
contoh y simple tp mudah difahami dan dekat dengan manusia sbg hamba.

zai said...

Salam Asyiq..

Zai sendiri semenjak masuk usia 30an dah mula terasa seakan semakin dekat dengan lubang kubur..perasaan muda tu dah semakin hilang apabila melihat anak2 semakin membesar dan menjadi remaja..dan merekalah yang menyedarkan zai bahawa masa utk bersiap sedia kearah usaha menambahkan iman dan amal telah sampai..

Mudah2an akan terus istiqamah utk beramal ibadat dan tidak tergila2kan dunia sehingga melupakan akhirat..biarlah kekal hidup bersederhana begini kerana bimbang takut benar kekayaan akan membutakan mata dan hati..

myQza said...

lagu ini di ajar ustazah masa saya darjah 5... lama dah...

yup! tapi manusia sekarang lebih suka menilai dari pandangan mata :)

Tirana said...

Dalam apa jua perkara, pandanglah dengan pandangan hati yang dikawal oleh keimanan kepada Allah.

ASYIQ said...

Brahim Nyior ---> Pandangan hati dtgnya dr sifat insaniyyah atau kemanusiaan tetapi ianya terlalu terdedah dgn pengaruh nafsu.

Kos hidup semakin meningkat. Sepuluh tahun lg tak tahu mcm mana.

ASYIQ said...

Azila ---> Suka masuk ke dalam diri dan berkata2.....hihi.

Selalu nk pastikan pandangan hati yg dipilih tapi kalau jiwa tgh "kelaparan" pandangan nafsulah yg menguasai.

ASYIQ said...

Zai ---> Melihat anak2 semakin dewasa, ini bermakna kita semakin tua. Kematian sudah semakin dekat.

Ptg semalam anak menangis krn seekor kucing jalanan yg dijumpainya mati mungkin krn mkn racun.

Saya tak dpt bayangkan kalau kucing kesygan dia di rumah pula mati!!

Juga lagi tak dpt bygkan kalau saya pula yg meninggal dunia.

Apapun sy ajar dia untuk belajar menerima hakikat ttg kematian....semua org pasti mati!

ASYIQ said...

Darjah 5?? Jauhnya beza umur kita.

Dapat bayangkan tEDI berdiri menyanyikan lagu nih...mesti comel!! haha.

ASYIQ said...

Tirana ---> Itulah harapan kita. Mendidik diri untuk melihat sesuatu dgn pandangan hati.

Guru said...

assalammualaikum

membalas ziarah...

pandangan hati hanya kita yang tahu dan tak dapat kita tipu diri sendiri..

ASYIQ said...

Salam kak ---> Terima kasih sudi menjadi rakan maya saya.

Salam silaturrahim...hihi.

Abd Razak said...

Salam kak...

Utamakanlah pandangan Allah daripada pandangan manusia...

Sememangnya dalam hidup ni, kita akan melalui waktu-waktu yang sukar untuk membuat keputusan. Ketika ini terasa seperti segala-galanya teruji. Apa yang termampu, serahkan semuanya pada yang maha Mengetahui. Tuhan lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.

dir&fara said...

jom jengah cerita sensasi.. bukan niat nak aibkan.. cume sebagai ingatan.. http://dirfara09.blogspot.com/2009/11/chime-vs-piolo-jose-pascual.html

Unknown said...

wah..best2.pandangan mata,akal,nafsu dan hati.Agak-agaknya sy selalu guna pandangan apa ek?mungkin akal akal dan nafsu kot..huhu.
Hati tak bersih~

eh kak,lelaki 40 tahun+perut boroi masih hot lagi ke??ade lagi ke org yg nak kat lelaki cmtu???

Anonymous said...

Tak penah dengar lagu tu..

Tapi...

Pada pandangan saya..

blog ni mmg blog yg best!!!....agagaga

ASYIQ said...

Abdul Razak ---> Betul...utamakan pandangan Allah. Tapi selalunya manusia suka menilai dari pandangan mata kasar.

ASYIQ said...

dir&fara ---> Terima kasih sudi singgah sini dan meninggalkan komen.

ASYIQ said...

Iqbal ---> Pandangan nafsu...semuanya ok. Akak pun kureng berkenan lelaki boroi....hihi.

Umur 40....kalau tak baik jg slps melepasi umur itu alamatnya kekal sampai ke mati kecuali dgn izin Allah. Kalau dh Allah izinkan utk dia menerima hidayah....bila2 masa pun akan berubah jg.

ASYIQ said...

aaryani ---> Pada pandangan saya....er.....pada hemat saya....er....segalanya mungkin!!

Eh...apasal melalut je nih?

* adeqya8284 * said...

Rasa2 mcm pernah dgr lagu ni...
dulu2 famous kan cu lagu ni...
betul..pandangan hati lebih suci dan ikhlas...tp org sekarang lebih pentingkan luaran...cantik diluar lebih menyejukkan hati diaorg...
masing2 punya pendapat peribadi...=)
thanks atas peringatan cu...

Dearie Pearls said...

Salam Kak..
Terasa insaf pulak bila sampai bab tengok diri kat cermin tue..

Pengikut ASYIQ