JellyPages.com

.:namaku...:.

AHLAN WA SAHLAN

Sebuah blog yang tiada apa....cuma cebisan kenangan sepanjang kehidupan saya.

Semua cerita...mungkin tiada apa utk orang lain...tetapi amat berharga utk saya.

Saturday, November 7, 2009

7hb November muncul lagi...!

Assalamualaikum w.b.t.

Petang tadi amat bersemangat untuk menukar layout blog saya....pilih punya pilih dari pelbagai laman web...akhirnya kembali kepada templete lama jer...tukar warna je.

Pasal apa??? Saya kesuntukan masa. Kalau saya pilih bunga tulip tu...alamatnya saya kena mengadap laptop ni berjam2 utk mengemaskininya......sedangkan kertas Form 4 masih byk yang belum habis diperiksa. Bila ingat rumah tak siap sure hati pun tak tenang. So, tanggulah dulu....


....

...

..

.

November datang lagi. 3hb November hari tu dah sambut ulangtahun kak ngah yang kedua belas. 7hb pula nak sambut ulangtahun kak long yang ke lima belas dan juga menyambut ulangtahun perkahwinan saya yang ke enam belas. Biasanya saya menyambut ala kadar sahaja....bertukar2 hadiah, makan2 dan memanjatkan doa semoga terus diberkati.

16 tahun menjadi seorang isteri dan 15 tahun menjadi seorang ibu bukanlah satu tempoh masa yang singkat. Ada manis, ada masam semuanya diharungi demi meneruskan kehidupan. Bohong sungguhlah kalau saya katakan semuanya bagus belaka. Kalau tak ada ujian hidup maka hidup kita takkan ada serinya.

Sempena ulangtahun perkahwinan saya yang keenambelas ni....saya mahu memanjatkan doa dan harapan agar kehidupan kami sekeluarga makin diberkati Allah. Semoga Allah kurniakan rahmat dan kasih sayang yang berkekalan antara kami suami isteri.

(Saya ni amat pemalu orangnya.....gambar2 yang terlalu privasi tidak sekali2 saya siarkan secara zahir di blog ini.....pemalu sungguh....hihi.)

Nak buat wish boleh tak?
(Moga suami akan baca entry ini.....)

Sempena sambutan ulangtahun perkahwinan saya yang keenambelas....saya menaruh harapan untuk.....


Pertama: Menjadi isteri yang semakin baik....solehah...budiman....memahami....caring.... Juga mengharapkan seorang suami yang sebegitu.....


Kedua: Saya ingin bertambah baik dari sudut kepakaran memasak....(ke situ pulak perginya)

Mak saya pesan dulu....kalau sayang suami kena pandai jaga makan minumnya. Betul ke??? Kepakaran memasak saya rasanya dah semakin maju....dah pandai masak ikan siakap tiga rasa, sayur kailan belacan, udang goreng tepung, tomyam campur, kerabu mangga, pizza, chicken chop.....haha.

Dan yang paling penting suami saya kata saya dah pandai masak sambal goreng macam arwah mak dia dulu.....dah 'masyuuuuukk' rasa dia. Nak beri dia berselera makan ...pastikan sambal goreng ni sentiasa ada. Sekali masak tahan dua tiga hari...haha.

(Suami saya memang cerewet bab masakan.....citarasanya amat pelik. Bertahun2 baru saya faham....)

Tapi suami saya kena faham....kalau pun saya suka memasak tetapi kadang2 masa sebagai seorang suri yang bekerja tak sama macam seorang surirumah sepenuh masa.....so, ringan2kanlah tulang untuk membantu....


Ketiga: Terimalah saya seadanya.......

Yang akhir sekali tu tak boleh panjang2....sentimental aje bunyinya.

Saat jam menunjukkan pukul 1:17 pagi dengan ini saya merasmikan hari Ulangtahun Perkahwinan kami yang keenambelas.......dalam keadaan semua seisi rumah telah senyap sunyi melayan mimpi.

Buat kak long...Selamat Menyambut Ulangtahun yang ke lima belas. Semoga panjang umur, moga bertambah diberkati, moga berjaya di dunia dan di akhirat....amiiiin.

Sambutannya esok....masing2 sedang menyimpan 'surprise' yang akan hanya diketahui pada pukul 3.00 petang esok.

...


..

.


asyiq: tak tahu pasal apa tak mengantuk pula malam ini.....layan hati dan jiwa!!!



22 comments:

NoRuLLiSzA eL FaRiSi said...

layan hati n jiwa.. pewittt :D
selamat ulangtahun buat semua ahli keluarga kak asyiq..

kak asyiq.. mhon doa dr kak asyiq buat abah sy.. agar dberi kesihatan berpanjang.. tq kak asyiq

Brahim Nyior said...

Moga dimakbulkan, insya-Allah.

Asyiq, tempoh berumah tangga 16 tahun satu nikmat dan kejayaan. Kekalkan ia.

Ada pasangan tak sampai dua tahun dah berantakan, akhirnya masing-masing tak sehaluan.

Hari ini begitu banyak pasangan bercerai dek sebab yang tak sepatutnya.

Moga-moga anda dan suami kekal ke akhir hayat.

al amin said...

Alhamdulillah!...

rasanya baru lagi kita berkahwin ,
7/11/83, masih jelas terbayang saat-saat tersebut, tup-tup dah 16 tahun, walaubagaimanapun abang mengucapakan selamat menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke 16 semoga detik-detik waktu yang bakal kita harunggi bersama penuh keberkatan dari Allah S.W.T.

Abang bukanlah seorang sumai yang sempurna, walaubagaimanapun insyaalah sama-samalah kita perbaiki diri.

assalamualaikum
buat isteri yang amat ku sayanggi.

Tirana said...

Happy Anniversary..semoga Allah sentiasa memberkati rumahtangga AsyiQ dan suami.

p/s letih bila nak tukar layout, lebih2 lagi kalau banyak widget kat sidebar..nak masukkan semula satu-satu..aduhai..takes time.

OmbakBaik said...

happy anniversary kak asyiq ...
semoga berbahagia bersama suami dan anak2 tersayang hingga ke akhir hayat...
mesti sepanjang hari ni kak asyiq sentiasa tersenyum kan :D

ASYIQ said...

LiS ---> Entah kenapa meraikan ulangtahun di masa umur sebegini makin rasa syahdu...jiwa2 sikit.

Ayah sakit?? Kena tabah, kena kuat, kena sabar....be strong k.

Weekend ni kalau Lis ada masa online YM pukul 5 ke atas k. Lamanya tak sembang....byk benda dah akak tak tahu.

ASYIQ said...
This comment has been removed by the author.
ASYIQ said...

Cikgu Izzudin ---> Betul tu...16 thn bukan satu tempoh yg singkat.

Yang mana pahit...telan2kan, yang mana manis kenang2kan selalu.....itu petua yg diberi oleh org2 lama.

Syukur...atas apa jua rintangan, Allah berikan yang terbaik.

TQ krn mendoakan!!

ASYIQ said...

al amin ---> Syukur atas kurniakan rahmat Allah dalam perkahwinan kita.

Moga Allah terus merahmatinya.

Terima kasih krn menjadi seorang suami yg terbaik dan sentiasa berusaha menjadi yang terbaik. Apapun sbg manusia kita akur pd kelemahan manusia.

Moga terus berkekalan hingga akhir hayat.

pst...1993 k...bukan 1983. Silap taip ke..???? hihi.

ASYIQ said...

Tirana ---> TQ akak. Moga terus dilimpahi doa dr kawan2.

Sygkan widget kat sidebar lah yg menjadikan sy tak jadi memilih tulip itu...mungkin lain kali, jika masa mengizinkan.

ASYIQ said...

OmbakBaik---> Terima kasih dik krn sudi mendoakan.

Terasa diri dah tua...hihi.

Senyum sepanjang hari....dah seminggu dah asyik senyum sorang2....haha.

Abd Razak said...

Salam kak...:)

Moga Allah berkati rumahtangga akak & suami

Azila said...

salam kak asyiq y dirindui

selamat ulangtahun.

ada respon dr suami lg kt sini

dah lama eh akak kawin...moga kekal

AiE bAhRi said...

Salam Kak,
Congrate! 16 year!satu pencapaian yg lama. Selamat ulangtahun perkahwinan buat akak. Doa yg terbaik sentiasa mengiringi akak.

Selamat ulangtahun juga buat Kak Long.Moga jadi anak yang solehah dan berjaya dunia dan akhirat..

ASYIQ said...

Razak ---> Terima kasih byk2. Berkat doa dr semua....semoga terus diberkati.

ASYIQ said...

Azila ---> Wah...dah kembali berblog adik akak nih.

Bagus la tu..

Hati dah terubat???

Kesian blog tu dh bersawang.

Terima kasih krn mendoakan.

Moga terus diberkati.

Azila said...

kak,baru hari ni kembali menulis. dah dua tiga entry masuk..huhu

ASYIQ said...

Aie ---> 16 tahun...lama kan? Rasa dh makin tua nih..haha.

TQ sudi mendoakan.

Doakan kebahagiaan kami sekeluarga.

TQ juga dr kak long. Doakan yg terbaik utk dia di dunia dan akhirat.

ASYIQ said...

Azila ---> Ouch...ye ke?

Patut la akak baru sedar ada entry baru...dan termiss rupanya. Semangat baru tu. Bagus...bagus...

Kalau kita jatuh 2 kali sila bangun 3 kali....semangat ni yg kita mahu.

* adeqya8284 * said...

Salam Cu,
Happy Aniversary...
Semoga Terus diberkati...dan dilimpahi dengan rahmat dan kasih sayang dariNya...lucu lak...pcik amir salah taip tahun...1983 / 1993 jauh beza tu...10 thn..hehe...

ASYIQ said...

adeqya ---> Thn 83 cu msh di darjah enam. Silap taip...hihi.

Tengok pd tempoh masanya...terasa sgt dah tua.

Dearie Pearls said...

Salam Kak..

Selamat untuk semuanya..

*dik boleh masak utk di makan sendiri sahaja.
hehe..

Pengikut ASYIQ