Assalamualaikum....
Isteri: "Tadi dapat SMS dari kawan saya...dia beritahu dia nak berangkat ke Mekah Rabu ni...."
Suami: "Alhamdulillah....muda lagi dah dapat ke sana. Dia sebaya ke?"
Isteri: "Tua setahun......dia mendaftar dgn Tabung Haji tahun 2004. Katanya masa tu belum cukup duit pun. Dlm tempoh 4 tahun dia cukupkan duit dia....then tahun ni dia buat rayuan.."
Suami: "Kita pun kena buat cam tu....cukup empat tahun mendaftar nanti kita bolehlah buat rayuan...." nadanya penuh pengharapan.
Isteri: "Rasa teringin sangat nak ke sana.....membuak-buak rasanya rindu ni...." ada nada kesayuan di situ.
Senyap...
Masing-masing melayan perasaan sendiri. Seribu rasa berkocak di dada.
Allah sahaja yang Maha Memahami.
Seorang ustaz memberi syarahan tentang adab-adab semasa di Tanah Suci...melalui saluran Astro Oasis. Gambar jemaah haji sedang bertawaf sekeliling Kaabah mencuri tumpuan.
Suami: "Abang ada satu soalan.....tolong fikirkan jawapannya..."
Isteri : "Jangan yang susah-susah...tak larat nak fikir"
Suami: "Kalau seorang bukan Islam berkata.....saya sembah patung kamu kata salah, yang kamu sembah kotak empat segi tu (Kaabah) tak salah ke?"
"Fikirkan jawapan yang sesuai untuk "dia"....bukan untuk abang!!!"
Isteri: "Kalau kita jawab...kami bukan sembah Kaabah...kami sembah Allah!"
Suami: "Itu jawapan untuk orang Islam...orang bukan Islam dia tak mahu terima jawapan tu..."
Isteri: " ..........................................................." hilang kata-kata.
Suami: Senyum......(senyumannya amatlah menghiris hati...haha)
Isteri: "Saya akan kata....kalau kotak empat segi tu diubah atau dimusnahkan....kami tetap akan sembah ke arah yang sama....sebab yang kami sembah adalah Allah, bukan Kaabah. Kaabah hanyalah satu tanda/mercu untuk umat Islam menghadap kepadanya sewaktu beribadat. Semua mesti menghadap ke arah yang sama walaupun Kaabah dah tiada....."
"Awak pula tetap akan menyembah patung itu walaupun ianya diubah ke arah yang berbeza-beza. Utara...selatan...timur...barat.....Itu bezanya antara kamu dan saya. Itu bezanya antara apa yang kamu sembah dengan apa yang kami sembah......"
Suami: Senyum lagi.....angguk-anggukkan kepala.
Isteri: "Bagus idea abang ni....nanti saya nak postkan satu entry untuk ni. Nak minta semua rakan2 blogger tolong berikan jawapan. Mungkin ada jawapan lain yang lebih logik"
Ok...tolong fikirkan yea. Mesti anda semua ada jawapan yang lebih baik dan lebih logik dari jawapan di atas tu.
Saje nak beri "homework" kat kawan-kawan. Bukan selalu kan...kan...kan..!?
21 comments:
salam....ukhwah,
entri yang sangat menarik ni..
saya nak jawab macam cikgu asyiq jawab. eh! Macam si siteri jawab.. ekekekkee..
alah.. ini bukan pekse.. boleh tiru jawapan sbb nampak logik!!
bab yg patung org bukan islam sembah itu.. jawapan dia mmg ada pernah baca.. kat mana pun patung tu berada dia akan tetap sembah tak kira dari bahagian timur atau berat..
tapi bila cita bab Kaabah.. nak tiru jawapan..
Terima kasih.. :)
anak laut ---> Mana jawapan ni???
Macam lari tajuk jer...hihi.
Gurau aje.
si tEDI ---> asalnya akak tak nak letak jawapan akak kat situ.....sbb akak fikir mesti ada yg nak copy.
Rupanyer ko org pertama yg copy tEDI. haha.
Tak pe...tak pe...kan kita kawan. Akak izinkan ko copy dgn rasminya!
Salam Asyiq..
Rasa2nya dah tepat jawapan tu..kalau pendapat zai la kan..kaabah tu kan arah kiblat kita..jadi walau tanpa kaabah sekalipun kita ttp mengadap yg esa setiap waktu dan tetap mengadap ke arah kiblat ataupun kearah matahari jatuh..kaabah juga adalah sebagai simbol tempat berkumpulnya umat islam seluruh dunia..jadi Allah jadikan ia sebagai satu tempat tumpuan umat islam seluruh dunia..kalau sembah patung pula dah sah2 la asyik boleh berubah ke pelbagai arah..
hmm...kalau jawapan ni dah melalut2..mintak mahapla ye ustazah..maklumla ustazah rock yg bagi kupasan ni hehehe.
...'bagimu agamamu dan bagiku agamaku'..surah al-kafirun.
itu kan berbalik kepada persoalan aqidah.Jika kita umat islam,kita percaya dan yakin dgn Allah.Kita tak tahu Allah berada di mana.
Berbeza dgn mereka.mereka tahu tuhan mereka berada di mana.
jadi org islam,takut nak buat dosa sbb Allah nampak.
Patung pulak,kalau disimpan kat dlm bilik,buat jahat luar bilik mesti patung tu tak nampak.
sy memilih utk mengatakan setiap agama itu berbeza caya penghayatannya.
Surah al an'am,Allah larang kita drps menghina tuhan mereka.Jadi sy akan berdiri dgn..'bagimu agamamu,dan bagiku agamaku'
maaf kalau out of topik.tgh study.nak exam ni kak.doakan sy ye....thanks~
Assalamualaikum...
Betul jawapan akak tu...
Dulu masa saya kursus perbandingan agama, soalan itulah yg selalu orang bukan Islam tanya, dan penceramah menjawabnya sebagai akak jawab...
Terima kasih kak, menyegarkan kembali ingatan saya kepada soalan tu
salam kak..pasal arah kiblat ni, saya ada pernah terbaca org pertikaikan kenapa kat rumah org tu, arah ke utara, yg rumah tu, arah selatan.....dan ustaz yg menjawbnyer lbh kurang cmni"arah kiblat adalh petunjuk arah kpada kita utk menunaikan solat/berdoa....",erk ni je yg ingt...
he eh he...so, jwnp siti sama ngn akaklah...ha ha ha
Zai ---> Hihi...bila pulak zai jadi ustazah rock....
Tak apa, ustazah rock pun mantops...!
Iqbal---> Silalah dik...selamat berjuang di medan peperiksaan.
Razak ---> Alhamdulillah...kiranya Razak bolehlah buat entry ttg majlis tu...berkongsi ilmu.
Siti ---> Sebenarnya kita mengadap hanya ke barat....tempat matahari terbenam krn di situ kiblat kita. Utara ke selatan ke...itu hanya pandangan mata kasar, hakikatnya hanya ke barat shj.....arah kiblat yg sama.
Salam Cu,
puas Ya cari chat box Cu...naper tak de ye...Cu, hope K.Ngah dapt keputusan yang terbaik esok ya...moga kejayaan itu milik K.Ngah..i.Allah...=)
:D menarik
assalammualaikum
dah betullah jawapan asyiq tu...
boleh jadi pendakwah bebas dah ni...
salam cikgu.. :D
ada jwpn.. tp, xlarat nk tulis.. nnt dtg blik sini.. hehe
tgh curik masa.. tgh tulis thesis ni :)
Adeqya---> Dh delete shoutbox tu...tp tinggalkanlah jejak kat ruang ni. Boleh tulis panjang2.
Hari ni Cu ambil cuti Rehat Khas...nak layan kak ngah. Hari ni jg kak ngah ada hari anugerah.
Moga2 dia dpt yg terbaik pd langkah dia yg pertama ni....byk m
byk lg cabaran di hadapan dia.
Yang mampu sbg ibu, berdoa,beri harapan dan memberi keperluan. TQ sbb adeqya sudi mendoakan kak ngah.
Ombakbaik ---> ^--^
Ape khabo oghang kuale??
aklcitizen--->
Sebenarnya...
Sebenarnya...
Nak cerita pun rasa malu...
Suami sy dh penah tanye soalan yg sama beberapa ketika dahulu.....ahaks.
Cuma dia yg tak perasan.
Saya ingat jwpn yg dia beri...
Suatu ketika dahulu...
Yg pada masa tu sy pun tak tau nak jawab...
^--^
Terbongkar rahsia!!!!haha.
LiS---> Akak tunggu jwpn Lis....tak kisah la lambat pun.
Selamat berjuang dik...
Utamakan yg utama.
Dahulukan yang perlu didahulukan.
Take care!!
^--^
Semoga kakngah dapat result cemerlang!! eh! x tau nak komen kat mana!! ha ha ha
info yang menarik...~
Post a Comment