JellyPages.com

.:namaku...:.

AHLAN WA SAHLAN

Sebuah blog yang tiada apa....cuma cebisan kenangan sepanjang kehidupan saya.

Semua cerita...mungkin tiada apa utk orang lain...tetapi amat berharga utk saya.

Showing posts with label Suka-suka. Show all posts
Showing posts with label Suka-suka. Show all posts

Tuesday, November 17, 2009

Sama ke cara kita?

Assalamualaikum....



Semasa menikmati minum teh petang tadi berlakulah perbualan sepasang suami isteri yang jarang diceritakan di sini sebelumnya.....


Isteri: "Tadi dapat SMS dari kawan saya...dia beritahu dia nak berangkat ke Mekah Rabu ni...."


Suami: "Alhamdulillah....muda lagi dah dapat ke sana. Dia sebaya ke?"


Isteri: "Tua setahun......dia mendaftar dgn Tabung Haji tahun 2004. Katanya masa tu belum cukup duit pun. Dlm tempoh 4 tahun dia cukupkan duit dia....then tahun ni dia buat rayuan.."


Suami: "Kita pun kena buat cam tu....cukup empat tahun mendaftar nanti kita bolehlah buat rayuan...." nadanya penuh pengharapan.


Isteri: "Rasa teringin sangat nak ke sana.....membuak-buak rasanya rindu ni...." ada nada kesayuan di situ.


Senyap...


Masing-masing melayan perasaan sendiri. Seribu rasa berkocak di dada.
Allah sahaja yang Maha Memahami.


Seorang ustaz memberi syarahan tentang adab-adab semasa di Tanah Suci...melalui saluran Astro Oasis. Gambar jemaah haji sedang bertawaf sekeliling Kaabah mencuri tumpuan.


Suami: "Abang ada satu soalan.....tolong fikirkan jawapannya..."


Isteri : "Jangan yang susah-susah...tak larat nak fikir"


Suami: "Kalau seorang bukan Islam berkata.....saya sembah patung kamu kata salah, yang kamu sembah kotak empat segi tu (Kaabah) tak salah ke?"

"Fikirkan jawapan yang sesuai untuk "dia"....bukan untuk abang!!!"


Isteri: "Kalau kita jawab...kami bukan sembah Kaabah...kami sembah Allah!"


Suami: "Itu jawapan untuk orang Islam...orang bukan Islam dia tak mahu terima jawapan tu..."


Isteri: " ..........................................................." hilang kata-kata.



Suami: Senyum......(senyumannya amatlah menghiris hati...haha)



Isteri: "Saya akan kata....kalau kotak empat segi tu diubah atau dimusnahkan....kami tetap akan sembah ke arah yang sama....sebab yang kami sembah adalah Allah, bukan Kaabah. Kaabah hanyalah satu tanda/mercu untuk umat Islam menghadap kepadanya sewaktu beribadat. Semua mesti menghadap ke arah yang sama walaupun Kaabah dah tiada....."

"Awak pula tetap akan menyembah patung itu walaupun ianya diubah ke arah yang berbeza-beza. Utara...selatan...timur...barat.....Itu bezanya antara kamu dan saya. Itu bezanya antara apa yang kamu sembah dengan apa yang kami sembah......"


Suami: Senyum lagi.....angguk-anggukkan kepala.


Isteri: "Bagus idea abang ni....nanti saya nak postkan satu entry untuk ni. Nak minta semua rakan2 blogger tolong berikan jawapan. Mungkin ada jawapan lain yang lebih logik"


Ok...tolong fikirkan yea. Mesti anda semua ada jawapan yang lebih baik dan lebih logik dari jawapan di atas tu.

Saje nak beri "homework" kat kawan-kawan. Bukan selalu kan...kan...kan..!?



Friday, November 6, 2009

Berikan saya masa...!!!

Salam semua kawan2....

Blog saya dalam proses membaik pulih....

Jangan terkejut.

Rasa tak suka pun ada.

Rasa suka pun ada.

Mungkin akan berubah lagi...

Sedang dalam istikharah!!!!

Berikan saya masa...!!!

Thursday, August 20, 2009

Pandangan Mata

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan untuk semua rakan2 blogger....semoga kita menjalani ibadah puasa dengan penuh "imaanan" dan "ihtisabaan"....salam rindu untuk semua....moga nanti kita akan bersama lagi, InsyaAllah.


Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Pandangan hati itu yang hakiki
kalau hati itu bersih

Pandangan hati itu yang hakiki
Kalau hati itu bersih

Hati tempat jatuhnya pandangan Allah
jasad lahir tumpuan manusia

Hati tempat jatuhnya pandangan Allah
jasad lahir tumpuan manusia

Utamakanlah pandangan Allah
daripada pandangan manusia


Utamakanlah pandangan Allah
daripada pandangan manusia


Hati kalau terlalu bersih
pandangannya akan menembusi hijab
Hati jika sudah bersih
Firasatnya tepat kehendak Allah

Tapi hati bila dikotori
Bisikannya bukan lagi kebenaran

Tapi hati bila dikotori
Bisikannya bukan lagi kebenaran

...

...

...

...

^__^


Thursday, July 16, 2009

Warna-warna alam


Renungan bersama..... .....
Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi
mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak ?



Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.



Warna alam seterusnya berubah ke warna
hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?




Kemudian warna alam akan berubah kepada warna
oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.
Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal
Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ini jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur...waktu ini dimakruhkan kita tidur) Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.




Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna
merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.



Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.
Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur d elta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.


Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya .

"Sesungguhnya apa yang jadikan ALLAH di atas muka bumi ini bukanlah sesuatu yang sia-sia........subhanallah"


Pengikut ASYIQ