Panggilan dari Wanita Misteri...Jumaat 29 Mac 2013.
Assalamualikum kawan2 blogger semua.....selamat kembali semula bekerja kepada semua rakan guru yang dikasihi sekalian. Inilah dunia kita. Teruskan perjuangan kalian.....(esp utk sy sendiri). Sekembali dari cuti sekolah seminggu ni saya ada satu cerita yang wajar sy kongsikan dengan kwn2 semua......
Mula2 sy rasa tak mahu berkongsi cerita ni dgn kwn2 semua....tapi pagi ni berubah hati. Seeloknya sy kongsikan...sekurang2nya kwn2 dapat doakan "wanita misteri" itu spy dipermudahkan oleh Allah atas segala urusannya.
Hari Jumaat yg lps...sy menerima panggilan telefon dari seorang wanita yang sy tidak kenali. Panggilan pertama dan kedua sy tidak jawab kerana nombor tersebut tiada dlm senarai kenalan sy. Panggilan ketiga...sy jwb..dan terdengar di hujung talian suara seorang wanita.
Peliknya...apabila sy tanya dia siapa...dia tak mahu menjawab. Cuma katanya...dia dpt nombor sy dari salah seorang rakan dia yang juga merupakan sahabat saya. Dia juga enggan memberi maklumat ttg siapa sahabat sy tersebut.
Cuma rayunya.....dia perlu berckp dgn saya (sungguh suspen..Allah shj yg tahu...mcm dlm drama Melayu. Berdebar2 hati sy mahu mendgr cerita dia yg seterusnya. Dlm hati sy mula rasa curiga....manalah tahu..kut2 tetiba dia mengaku sbg isteri kpd suami sy....hahahaha. Sampai ke situ hati sy berkata2)
Rupa2nya....dia mencurahkan semua masalah yang dia hadapi. Sangat kritikal...masalah rumahtangga,masalah hubungan dia dgn suaminya,masaalah anak2 yang agak liar dan tidak mendengar kata, masaalah hubungan kekeluargaan dgn kedua ibu dan bapa. Ringkasnya....sy terkedu. Peringkat awalnya sy hanya menjadi seorang pendengar. Sy juga terpaksa melayan tangis dan sendunya....ternyata wanita misteri ini sudah terlalu lama memendam rasa.
Apa yang boleh sy nasihatkan? Saya bukan seorang kaunselor...jauh sekali sbg seorang kaunselor rumahtangga. Sy cuma mampu menenangkan dia....dan seterusnya memberi satu jalan keluar yang terlalu umum......
'Puan kembalilah semula ke jalan Allah. Semua masaalah dan kekeruhan hidup yg kita alami mungkin disebabkan oleh jauhnya kita dengan Allah. Muhasabah kembali. Bertaubatlah dari segala salah dan silap.
Berusahalah merapatkan diri dengan Allah....bkn hanya memelihara solat 5 waktu tetapi sudah sampai satu peringkat utk menambah amalan solat spt solat taubat,solat hajat,solat sunat dhuha,solat qabliyyah dan ba'diyyah dll. Lebih hebat kalau puan mampu istiqamah dalam menunaikan solat tahajud. Kalau dapat...sekali seumur hidup,atau setahun sekali,atau sebulan sekali,atau seminggu sekali,atau lbh mantap jika mampu melakukan berkali2 dalam seminggu.....dan lbh cemerlang jika mampu menunaikannya setiap hari walaupun hanya dgn dua rakaat solat.
Utk membersihkan hati..dan utk mendapat kelapangan hati yang luar biasa....puan perlu banyak membaca Al-Quran. Peringkat awal memang kita rasa sangat sukar...namun dengan jihad dan kesungguhan kita akan terasa mudahnya. Sebaiknya...bacalah AlQuran sehelai sehari, atau dua helai sehari,atau tiga helai sehari.....lagi bagus kalau kita amalkan sejuz sehari.
Hati kita juga perlu dilimpahi oleh ilmu. Berusahalah untuk hadir dlm majlis ilmu. Cubalah luangkan masa belajar. Dengan ledakan ICT...menuntut ilmu bukan lagi menjadi keberatan kpd kita. Kita juga dihidangkan dengan pelbagai sumber dari internet utk belajar dan terus belajar. Ilmu penting untuk kita mempertingkatkan lagi ilmu kita. Bak kata Saidina Abu Bakar....ilmu tanpa amal itu sia2,tetapi beramal tanpa ilmu itu gila. Carilah ilmu...dan beramallah.
Jika semua ini kita usahakan sebaik mungkin....kita akan dpt rasa satu kekuatan luarbiasa yg muncul dlm diri kita. Bangun mlm utk qiamullail bukan lagi menjadi satu masaalah, membaca satu juz AlQuran setiap hari juga menjadi begitu mudah dan ringan. Apabila di dalam hati kita hanya Allah yg utama.....semua masaalah kita akan menjadi kecil....dan menjadi semakin kecil. Jiwa kita akan menjadi kuat dan kental. Satu demi satu masaalah kita akan selesai...ada shj jalan penyelesaian dan bantuan yg didatangkan oleh Allah kepada kita. Selangkah kita mencari jalan kepada Allah.....beribu2 langkah Allah datang membantu kita"
Akhirnya....wanita misteri itu reda dan tenang. Hilang tangis dan sendunya. Kalau tak silap saya....hampir sejam lebih kami di talian telefon. Sy on speaker...utk mengelakkan telinga kepanasan...:)
Sebagai seorang wanita....sy salute dgn wanita gigih ini. Walaupun sy tidak mengenali dia....even nama pun sy tak tahu...ttpi sy yakin dia seorang wanita cekal. Ujian yang dia hadapi sgt sukar utk kita tanggung. Sememangnya Allah mentaklifkan sesuatu kepada orang yang mampu. Sempat juga sy bisikkan kepada dia...."Allah menguji puan kerana Allah ingin mengangkat martabat puan...martabat yg paling mulia di sisiNya. Redha dan pasrahlah...yakinlah dengan kasih sayang Allah. Apa yang Allah uji...pasti ada hikmah utk kita...cuma sbg manusia kita lambat utk memahaminya dan cepat pula melatah"
Di dalam doa....sy sertakan nama 'wanita misteri' ini dipermudahkan urusan utk wanita misteri ini. Walaupun sy tidak mengenalinya...ttpi sy yakin Allah lebih tahu siapa dia. Moga Allah memakbulkannya.
Akhir perbualan kami....dia meminta izin utk menefon lagi sy....dan mohon sy untuk menjadi pendengar yg setia. Sy save no telefon dia sebagai "Wanita Misteri"
Rakan2....
Tolonglah doa utk dia. Moga Allah permudahkan segala urusan dia di dunia dan akhirat.
**Salam kasih sayang...
Asyiq
Terima kasih, mak anjang kholijah
20 hours ago
No comments:
Post a Comment