Ayah....satu nama yang sudah lama bersemadi di alam barzakh. Tahun 1989 ayah pergi menemui Ilahi. Masa tu aku sedang menunggu keputusan SPM...dan sedang bercuti pula di Pahang, di rumah kakakku yang sulung. Kekadang rindu ini terlalu sarat...tak tahu bagaimana untuk aku mulakan. Yang pasti ingatan terhadap ayah tetap seperti dulu....dan dari dulu lagi setiap kali aku membaca Al-Quran tak lupa untuk aku panjatkan doa dan harapan agar pahalanya akan sampai untuk ayah....
Aku adalah anak bongsu ayah yang paling rapat dengan a
yah. Semasa aku kecil, ayah hanya ada sebuah basikal tua yang berbakul besar di belakangnya. Bakul besar ini digunakan untuk mengisi hasil kebun ayah...pisang, ubi, jagung,terung dan serba serbi yang ayah tanam untuk menyara kehidupan kami sekeluarga. Di dalam bakul inilah aku selalu duduk menumpang naik basikal bersama ayah....disebabkan bakul ini besar, kalau aku berdiri pun hanya nampak kepala dan mata sahaja....dan kedua-dua belah tangan aku memegang tepi bakul takut sekiranya bergoyang. Kalau ayah ada banyak hasil kebun yang akan di bawa balik aku akan tumpang naik di atas palang di hadapan basikal tua itu....
Di tepi kebun ayah ada sebatang sungai yang jernih airnya....di situlah aku sering di bawa mandi bersama oleh ayah. Tangan ayah yang besar dan kuat masih terasa menggosok muka aku dan seluruh tubuh aku dengan sabun...masih terasa. Ayah seorang yang bertubuh sasa dan berkulit putih bersih. Seingat aku....dari kecil lagi telah aku lihat rambut ayah yang putih kesemuanya....rambutnya putih, lurus dan pendek kemas bersikat. Mak aku kata, arwah opah dulu (emak ayah) pun rambutnya beruban dari muda...sehingga orang memanggilnya "opah uban".
Apabila ada kenduri arwah di kampung...ayah antara yang akan mengetuai bacaan tahlil. Bacaan al-Quran ayah memang sedap...bersendikan hukum tajwid yang mantap. Aku pula akan duduk di atas riba ayah yang besar......kekadang sampai terlelap kerana menunggu orang habis membaca tahlil. Selepas itu ayah akan menyuap aku makan....pulut kuning ke, bubur kacang ke....suapan ayah juga besar2, kembung pipi aku untuk mengunyahnya. Semua kawan-kawan ayah akan pegang kepala aku dan berkata..."anak ayah sorang ni...." Aku akan tersengih bangga.....ooooohhhh....betapa aku rindu sungguh suasana itu ayah.....
Arwah ayah memang suka mengaji Quran......malam kami adik beradik akan duduk mengelilingi ayah...mengaji Quran. Ayah memang selalu memakai sebentuk cincin tembaga di jari manis kanannya. Apabila ada kesilapan bacaan, tangan ayah akan bergerak2 dan cincinnya juga akan berbunyi.....dah menjadi satu petanda bahawa kami akan berhenti mengaji dan membetulkan semula bacaan. Mesti ada panjang pendek yang kami tak akur...atau tempat dengung yang kami langgar. Ayah memang prihatin dengan hukum tajwid. Alahai...kenangan itu tak mungkin aku lupa....
Arwah ayah memang suka masakan emak yang ala-ala kampung. Gulai yang paling ayah suka ialah gulai lemak terung. Gulai yang paling ayah tak suka ialah gulai masam ikan....padanya gulai itu bukan lauk padanya. Ayah memang suka makan gulai yang berlemak....sebab itulah agaknya ayah dapat sakit jantung. Namun begitu ayah seorang yang aktif bekerja. Dia meninggal di usia 63 tahun. Jarak umur ayah dan emak juga terlalu jauh. Umur emak pada ketika itu baru menjangkau 45 tahun. Hampir 20 tahun beza umur mereka....ertinya ayah kahwin lambat atau emak yang kahwin awal dengan ayah. Dua2nya betul...
Apabila aku di tingkatan tiga lagi ayah dah dapat stroke...tetapi masih boleh berjalan walaupun anggota badan sebelah kirinya agak lembik. Selama itulah ayah hanya duduk di rumah sahaja...menghabiskan sisa-sisa umurnya dengan ibadat, zikir dan membaca al-Quran. Ingat lagi...seawal pukul 4.30 pagi ayah dah bangun. Dia tidak akan memasang lampu elektrik tetapi dia lebih suka memasang lampu tidurnya yang berminyak tanah...mungkin dia tidak mahu menggerak seluruh isi rumah dengan terangnya cahaya lampu kalimantang. Terdengar2 di telinga saya, ayah akan menunaikan solat, kemudian membaca al-quran sehingga menjelangnya waktu subuh....dan mulutnya akan riuh membangunkan seluruh isi rumah apabila azan subuh berkumandang....itulah ayah....rindu sungguh akan suasana itu.
Walaupun dulu tidak ada peluang untuk merakam gambar kenangan bersama ayah...tetapi tubuh dan jasad ayah sentiasa bersemadi di kotak fikiran aku. Tak mungkin aku lupa...seorang insan yang telah susah payah membesarkan aku...mendidik aku sehingga aku menjadi insan seperti sekarang....terima kasih ayah. Jasamu tetap aku kenang. Semoga ruh ayah akan bahagia di sana.....al-fatihah.
Sekadar luahan hati seorang insan kecil untuk memenuhi ruang rindu untuk ayah.....
14 comments:
Kita serupa..
Ayah akak pulak dah 13 thn lalu... Masa tu, dia smpt ke opis akak dan minta rehat kat sofa di pejabat akak...
Sedihnye bila ingat balik...
sama-sama kita doakan mereka eh...
cukup merasai rindu kak asyiq ni,
kita hampir serupa... tie juga anak bongsu yang paling rapat dgn ayah, kehilangan yang benar2 'melumpuhkan' hidup tetapi alhamdulillah Allah gantikan dengan seorang suami dan teman hidup yang terhebat buat tie..
al-Fatihah untuk mereka!
Kak,
entri akak mebuatkan mata saya berkaca,
Teringat arwah ayah yang baru meninggalkan kami 5 bulan yang lepas.Semuanya bagai mimpi apabila ayah meninggalkan kami tanpa ada kesakitan yang teruk dihadapi.
Masih terasa baru sahaja semalam ayah mengucup pipi.
Al-fatihah untuk ayah,
K yan...
Banyak sgt kenangan yg tidak luput dr ingatan ketika bersama dia...
Moga dia bahagia di sana...
Rindu ni sebenarnya terlalu sarat sehingga kekadang tidak terucap...walau bagaimanapun corak hidup akak sekrg...akak tetap merindui dia sbg kasih abadi akak selaku seorg anak. Tak mgkin dpt galang gantinya.
AiE,
Mmg janji dah begitu...yang pergi tak terucap...yang tinggal menghitung kenangan.
Sebagai anak yang baik...jgn lupa hak kita sbg anak bila kedua org tua kita dah tiada. Itulah lambang ingatan kita pd mereka.
sesekali rindu menyapa... sesekali kenangan menegur... hati sayu...
Al Fatihah buat arwah ayah kak asyiq... dia sedang brbahagia di 'sana'... insyaAllah... dan utk memastikan dia benar2 bahagia, kitalah pula yg menentukannya sekarang... bukankan salah satu perkara yg menyelamatkan kita di alam sana, ialah doa anak soleh/solehah... doakan lah dia sentiasa... Al fatihah untu mereka2 yg kita sayang yang telah pergi...
Chime,
Kehilangan masih terasa walau telah hampir 20 tahun ayah meninggalkan akak.....terlalu cepat masa berputar.
Doa, sedekahkn ayat2 suci utknya antara yang mampu akak laksanakan ...insyaAllah sampai ke akhir hayat.
Al Fatihah untuk arwah ayah akak...
Honestly, Na masih belum bersedia untuk mengalami kehilangan ni...
Na,
Yang belum menghadapi mmg selayaknya kita kata mcm tu tapi kalau sudah melaluinya...kita akan memaksa diri untuk menghadapinya.
Memang perit dengan kehilangan tetapi kena pasrah...kenyataan yg mesti dilalui.
Coretan rindu yg menusuk kalbu..
Walaupun abah saya masih ada nun di Malaysia sana.. saya di perantauan ni sentiasa rindukan abah saya... jika lah diri ini ada sayap.. terasa ingin sekali terbang memeluk & mengucup tangannya.. Moga dirinya sentiasa sihat sementara saya masih di sini...
AlFatihah buat ayah akak.. moga rohnya tenang & dicucuri rahmat..
Terima kasih dida,
Hargailah siapa yg masih ada spy hati kita puas w`pun jarak memisahkan kita...
Jarak antara benua dh x jd masalah...kecanggihan teknologi merapatkan ikatan...
rindu pada ayah... baru je buat tahlil jumaat lepas... ambil kesempatan berkumpul semasa cuti dan kebetulan 100 hari ayah pergi... 5 jun juga adalah hari lahir arwah....
masih terasa begitu kehilangannya... rindu yg x mungkin terubat... jika dapat dipeluk cium dalam mimpi pun, x mungkin sama...
Arazma,
Sori late reply. Weekend balik kg, hehe.
Alhamdulillah buat yg terbaik utk ayah w`pun dia dh tiada bersama.
Post a Comment