JellyPages.com

.:namaku...:.

AHLAN WA SAHLAN

Sebuah blog yang tiada apa....cuma cebisan kenangan sepanjang kehidupan saya.

Semua cerita...mungkin tiada apa utk orang lain...tetapi amat berharga utk saya.

Monday, June 1, 2009

TANDA2 KEMATIAN MENURUT ULAMA`

Saya sebenarnya dah lama terbaca buku kecil arwah ayah ni....kisah bagaimana Imam Ghazali Rahimahullah meninggal dunia. Buku kecil yang sudah lusuh...dalam tulisan jawi lama. Arwah ayah memang suka membaca..walaupun dia bukan seorang ustaz, jauh lagi seorang ulama` tetapi buku2 atau kitab2 lama dia banyak juga. Arwah ayah saya meninggal dunia pada tahun 1989...masa tu saya tengah tunggu result spm. Menurut cerita emak, sekembali dia menunaikan solat jumaat....dia terus masuk ke dalam bilik untuk baring dan berehat. Antara ucapkata dia yang terakhir pada mak..."aku nak minta maaf banyak2...aku rasa aku nak pergi jauh hari ni...entah petang ni ke..malam ni ke...tak taulah, suruh si ashikin dan fuad balik cepat sikit...dah lama tak jumpa." Saya pada masa tu di Pahang, bercuti di rumah kakak saya yang sulung. "Ashikin" yang dimaksudkan itu ialah saya dan "Fuad" yang dimaksudkan itu ialah abang sulung yang sudah berkahwin dan menetap di Sungai Siput. Tak tahulah kenapa dua nama ini sahaja yang disebutnya walhal anak arwah ayah ada lapan orang.


Rupanya..memang benar itu ucapkata arwah ayah yang terakhir. Dia masuk dan baring ke dalam bilik ....apabila hampir nazak dia ada memanggil emak. Emaklah yang mengadap dia menghembuskan nafas terakhir di petang Jumaat yang mulia itu. Arwah ayah saya adalah penghidap sakit jantung...dan kematiannya juga berkait rapat dengan penyakitnya itu. Ramai orang tertanya2 amalan arwah ayah semasa hidup...seingat saya arwah ayah memang suka bangun malam beribadat, suka baca Quran (semua lapan orang anak dia khatam dengan arwah ayah), suka berzikir .... Dia akan bangun sebelum subuh...solat sunat dan mengaji al-Quran sebelum masuknya solat fardhu subuh. Amalan yang kami tak nampak tu tak tahulah...satu lagi yang selalu arwah ayah pesan pada saya sewaktu kecil ialah baca selalu ayat seribu dinar (At Talak ayat 2-3). Yang lain, saya sendiri pun dah ingat2 lupa... Al-Fatihah untuk arwah ayah...semoga berbahagia di sana.


Berbalik kepada buku kecil lama, lusuh,kuning bertulisan jawi milik arwah ayah. Diceritakan bahawa Imam Ghazali rahimahullah boleh mengetahui bila masa dia akan menghadapi sakratulmaut. Dia sudah mandi wajib, sudah mengambil wudhuk dan baring di atas kain kafannya sendiri. Cuma apabila tiba untuk mengkafankan di bahagian tubuh dan kepala dia memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hanbal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankannya di bahagian muka....masyaAllah, hebatnya hamba Allah ni...kita pun kenal siapa Imam Ghazali...seorang ahli sufi yang hebat!! Hebatnya mereka sehingga boleh mengetahui bila saat kematian sendiri.


Sebenarnya memang Allah ada memberikan tanda2 kepada hambaNya yang beragama Islam tentang hampirnya waktu kematiannya. Namun begitu tanda-tanda ini hanya berlaku kepada orang Islam sahaja...manakala bagi orang kafir dan orang musyrik...nyawa mereka akan terus direntap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka terhadap Allah.


Tanda2 Kematian terbahagi kepada beberapa bahagian:

1. Tanda 100 hari sebelum mati.

Ianya hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakiNya sahaja. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan merasa tanda ini cuma antara sedar atau tidak sahaja. Lazimnya akan berlaku selepas waktu asar, di mana seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut hingga hujung kaki akan merasai getaran seakan2 menggigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih...didapati ada bahagian otot yang seakan bergetar. Itulah bandingannya. Jika orang yang diizinkan Allah untuk menyedarinya...maka dia akan tersentak dan terus mempersiapkan dirinya untuk menghadapi saat kematiannya. Beruntunglah mereka2 tersebut......


2. Tanda 40 hari sebelum mati.

Lazimnya juga akan berlaku selepas asar, di mana bahagian pusat kita akan terasa berdenyut2. Pada waktu ini daun yang tertulis nama orang tersebut di pohon di arasy akan gugur dan malaikat maut akan mengutipnya. Malaikat maut akan membuat persediaan ke atas individu tersebut. Antaranya dia akan mengikuti kita sepanjang masa. Pernah terjadi juga dia akan memperlihatkan wajahnya kepada kita sepintas lalu...dalam keadaan kita separuh sedar...wallahua`lam.


3. Tanda 7 hari sebelum mati.

Tanda ini hanya akan diberikan kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan. Contohnya apabila sudah lama seseorang sakit dan tidak berselera untuk makan...tetapi dalam tempoh tujuh hari saat akhirnya dia seakan pulih kembali, berselera untuk makan dan menggembirakan ahli keluarganya tetapi kemudiannya di situlah hari2 terakhirnya. Cerita sebegini sudah biasa kita dengar.


4. Tanda 3 hari sebelum mati.

Pada ketika ini akan terasa denyut di bahagian tengah dahi iaitu antara dahi kanan dan dahi kiri...atau tempat sujud kita. Apabila tanda ini kita rasa para ulama` menyarankan kita berpuasa supaya perut kita kosong dan tidak banyak najis untuk memudahkan urusan orang yang memandikan kita kelak. Ketika ini juga mata hitam kita tidak lagi bersinar dan bagi orang yang sedang sakit, hidungnya akan kelihatan jatuh perlahan-lahan...ini dapat dikesan dari melihatnya dari pandangan sisi. Begitu juga dengan telinga yang seakan jatuh dan layu...dimana di bahagian hujung akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kaki yang terlunjur akan jatuh ke depan dan sukar untuk ditegakkan.


5. Tanda 1 hari sebelum mati.

Tanda ini juga akan berlaku selepas asar terakhir. Kita akan merasakan satu denyutan kuat di kawasan ubun-ubun. Ini tandanya kita tidak sempat lagi untuk bertembung dengan waktu asar keesokkan harinya.


6. Tanda terakhir...

Kita akan merasa sejuk di bahagian pusat dan terus turun ke arah pinggang dan seterusnya akan naik ke halkum. Ketika ini teruskan membaca kalimah syahadah dan berdiam diri sementara menunggu kedatangan malaikat maut mencabut nyawa...


Akhirnya....sama2lah kita memohon doa kepada Allah supaya dikurniakan husnul khotimah....dan dimatikan dalam keadaan kita sempat bertaubat kepada Allah, meminta maaf dengan semua manusia, membayar hutang piutang, telah menunaikan haji dan menunaikan sesuatu yang hak di sisi Allah. Kurniakanlah saat kematian yang paling indah ntuk bertemu dengan Allah rabbul jalil.....amiiiin.



14 comments:

Ummu Mishkah said...

teringat saat2 terakhir kematian arwah ayah... petang lepas asar ada tanda akhir tu.. kul 1 pagi berikutnya ayah kembali...

Na Shari said...

Alhamdulillah...Malam tadi sebelum tidur, suami Na bercerita perihal tanda2 kematian ni jugak...Sama dengan entri yang akak tulis ni. What a co-incident?

Abang memang macam tu...apa2 je yang dia dah baca atau dengar dari ustaz, mesti dia akan sampaikan pada Na juga...

Yang pasal tanda2 kematian ni Abang baca dari buku yang dia jumpa di surau R&R jejantas sungai buluh semalam...Kitorang singgah solat kat situ lepas balik dari kenduri di rawang...

Terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu ye Kak Ashikin...

Dida... said...

Salam Kak Asyiq..

Ni mesej kedua saya.. saya tak tau kenapa tetiba mesej yg baru tadi saya taip tetiba hilang.. mungkin line internet problem dkt sini.

takpelah.. sbenarnya saya dah baca tentang tanda2 kematian ni dalam email yg kawan saya bagi. Entah kenapa, setiap kali menyentuh tentang kematian.. saya rasa sebak & tanpa disedari airmata saya turut mengalir..

Terasa diri ini masih lagi banyak kekurangan.. moga saat kita kembali kepada sisiNya berada dalam keampunan dan redhaNya..

AlFatihah buat ayahanda akak.. Moga rohnya tenang di alam sana...

smurf said...

AL FATIHAH buat arwah ayah
Asyiq ... diri ini masih byk kekurangannya ..

Mak Su said...

mmg bnr, ada bbrp hamba Allah yg tahu umur mereka semakin pendek dan dah buat persediaan. cuma exact minutes jer yg depa tak tahu.

ASYIQ said...

Ummumishkah,

Terkenang arwah ayah...kita berdua dah melalui detik kehilangan ayah. Tetapi ingatan kepadanya tetap ada setiap hari...Moga roh mereka dicucuri rahmat ilahi...

ASYIQ said...

Na,

Kebetulan2 yg kekadang mengejutkan kita kan???

Pg tadi lps solat subuh k long beritahu akak yg dia bermimpi dapat akak melahirkan seorang anak perempuan yg comel....

Akak terdiam seketika sb akak pun mimpi perkara yg sama....tp tak terucap pd dia je. Tetap mengharapkan ianya jadi realiti!!!! Harapan kita pun sama kan Na.

ASYIQ said...

Dida,

Eloklah apa2 yg Dida dapat berbentuk ilmu bermanfaat bolehlah kita kongsi bersama....

Lawak ganas tu dapat lagi ke??? Hehe.

ASYIQ said...

ASE1,

Terima kasih kak Rosmah.Mengingati mati adalah sebaik2 tazkirah.

Arwah ayah sentiasa di hati...

ASYIQ said...

Mak su,

Memang kita mengharapkan kita adalah sebahagian dari mereka yang boleh tahu bila kita akan mati....

Bersedia untuk bertemuNya...

Keri AlHaj said...

Pertamanya... sama-sama kita sedekahkah alFatihah untuk arwah ayah Akak... InsyaAllah, dia aman di sana bersama kekasih2 Allah yang lain...

Beruntung sesiapa yg menyedari kewujudan tanda2 kematian sebelum kematian mereka... mudah-mudahan akan segera bersedia... tapi tak tahulah kalau dah ada tanda gitu pun masih buat hal2 tak senonoh...

lebih beruntung lagi sesiapa yang memang sentiasa bersedia dgn segala amalan untuk menghadapi mati tak kira lah mereka sedar pd kewujudan tanda-tanda kematian tu atau tak...

oleh itu, bersiap sedialah kita sentiasa... **cakap je pandai ni, tapi sendiri tak mau buat pun... abis camno... hmmmmmmm**

Anonymous said...

Pernah terbaca, tapi tak ingatkat mana..



Apa pun, TQ asyik, saya dapat recall balik perkara2 ni..


Terima kasih kerana sering ingat-mengingati

ASYIQ said...

Chime,

Syukur chime...sbb kita mampu utk bercakap benda yang baik...nak buat pulak nisbahnya mesti 60:40 kan???

Sesetengah org nak cakap benda baik pun tak sudi...apatah lagi nak buat benda baik.

Mahu mendengar benda baik, mahu membaca benda baik, mahu buat benda baik merupakan salah satu drpd petanda hati kita lembut dan mudah jatuh hidayah Allah...insyaAllah.

ASYIQ said...

aaryani,

Saya mmg dh lama cari artikel ni utk dipublishkan...saya pun mmg pernah baca tp bila nak cerita yg detail kena juga merujuk kpd buku2 yang muktabar....fakta sebegini tidakboleh dihentam aje...

Sekurang2nya bila sy dh x ada, blog sy boleh juga jadi harta pusaka utk anak2...huhu.

Pengikut ASYIQ