JellyPages.com

.:namaku...:.

AHLAN WA SAHLAN

Sebuah blog yang tiada apa....cuma cebisan kenangan sepanjang kehidupan saya.

Semua cerita...mungkin tiada apa utk orang lain...tetapi amat berharga utk saya.

Tuesday, June 23, 2009

Tanamlah dengan cara yang betul...



Sepasang suami isteri membeli sepasu pokok bunga ros yang bewarna merah. Mereka berdua bercadang untuk menanam bunga ros tersebut di halaman rumah yang selama ini nampak kosong dan hambar. Setiap hari suami isteri tersebut memberikan perhatian yang sewajarnya kepada bunga ros tersebut. Disiram air setiap hari dan mereka menabur baja di sekeliling pokok tersebut dengan baja yang baik dan berkualiti agar bunga tersebut hidup subur. Pokok ros itu berjaya hidup dengan cantik sekali dan mengeluarkan bunga yang harum.


Setelah usaha yang pertama berjaya, suami isteri itu membuat keputusan untuk menanam bunga orkid pula sebagai penyeri hias laman. Benih orkid juga dipilih dari kalangan yang berkualiti dan mahal harganya. Namun begitu....suami isteri tadi memberi penjagaan yang sama seperti pengalaman mereka membesarkan bunga ros. Mereka menanam bunga orkid dengan campuran yang sama seperti bunga ros dan menyiram setiap hari seperti mereka menjaga si bunga ros. Mereka juga menggunakan baja yang sama untuk membesarkan si bunga orkid. Namun begitu si bunga orkid tidak mampu bertahan lama.....akhirnya terkulai layu walaupun penjagaan yang sama seperti si manja si bunga ros. Suami isteri tadi merasa pelik dan hairan......


Setelah usaha kedua gagal, mereka tetap tidak berputus asa. Mereka kemudian memilih untuk menanam si bunga kaktus pula. Baka kaktus yang terbaik dipilih, tanah tanih yang sama untuk menanam si bunga ros dan orkid tadi juga digunakan untuk menjadi medium bagi menanam kaktus mereka pada kali ini. Begitu juga penggunaan baja yang sama dan cara penjagaan yang sama dengan si bunga ros. Setiap hari mereka menyiram si bunga kaktus seperti mereka menanam si bunga ros. Apa yang terjadi....si bunga kaktus juga mati. Bertambah bingung suami isteri tersebut.


Jiran sebelah rumah mereka yang selama ini memerhati gelagat pasangan suami isteri tadi telah menghadiahkan sebuah buku tentang cara2 untuk menanam bunga orkid dan kaktus kepada sepasang suami isteri tadi. Barulah suami isteri tadi tahu bahawa untuk menanam dan membesarkan tiga jenis tumbuhan berbeza memerlukan kaedah yang berbeza. Si bunga ros dan orkid sesuai untuk menerima air yang banyak namun tidak begitu kepada si bunga kaktus. Air yang banyak menyebabkannya mati. Begitu juga medium yang digunakan untuk menanam ros, orkid dan kaktus juga berbeza.....tidak boleh menggunakan medium yang sama untuk pokok yang berbeza.


Cerita di atas memberi makna yang mendalam kepada seseorang manusia. Sebagai seorang ibu bapa, adalah menjadi satu kesilapan jika cara kita mendidik anak dengan pendekatan yang sama....kerana anak2 kita mempunyai pelbagai karektor dan tingkahlaku yang berbeza. Mungkin anak yang sulung jenis yang boleh menerima pendekatan yang tegas, tetapi mungkin berbeza dengan anak kedua yang lebih cenderung kepada cara pujukan dan pujian. Kita tidak boleh menggunakan pendekatan yang sama untuk dua orang anak kita....bimbang jika akan "patah" atau "layu" kehidupannya. Kebolehan mereka juga berbeza.....mungkin anak sulung lebih kepada bidang sains dan matematik sedangkan anak kedua lebih cenderung kepada bidang seni dan sastera. Kita tidak boleh memaksa mereka menjadi apa yang kita hendak.....cuma kita boleh lihat potensi yang ada pada mereka dan mengembangkan potensinya mengikut kebolehan yang mereka ada.


Begitu juga bagi seseorang guru....mereka sepatutnya menerima anak murid mereka seadanya. Sistem pendidikan kita yang menjurus kepada peperiksaan telah memaksa anak murid sekarang untuk mencapai tahap tertentu dalam semua matapelajaran yang mereka ambil. Demi mematuhi saranan kerajaan ratio sebanyak 60:40 ditetapkan...maknanya 60% pelajar mesti berada di aliran sains manakala 40% sahaja yang mengambil aliran kemanusiaan. Hakikatnya pelajar kita yang kononnya cemerlang dalam PMR dengan mendapat 8A,7A,6A (dengan gred/markah lulus sebenar PMR di paras buku lali!) dimasukkan ke kelas aliran sains. Apa yang berlaku??? Amat sedih sekali, kadang-kadang markah Matematik Tambahan pun dapat 10% sahaja. Kita cuba memaksa mereka belajar apa yang mereka tidak mampu lakukan.....sedangkan anak murid ada yang berpotensi menjadi seorang pelukis handalan atau seorang peguam berwibawa atau Doktor Falsafah di bidang Sejarah yang tersohor di dalam negara suatu hari nanti.


Saya pernah terbaca di dalam sebuah blog rakan maya saya......tentang betapa kecewanya dia dilayan denga cara yang tidak sepatutnya oleh doktor "kerajaan" apabila dia mengadu sakit migrain. Ada ke patut doktor tu menggunakan bahasa yang lebih kurangnya begini...." Awak bukannya seorang pemimpin negara yang tersohor yang sakit migrain memikirkan masalah negara..." Dengan rasa kecewanya rakan saya tadi kemudiannya pergi pula ke klinik swasta yang biasanya dilayan dengan baik.....(kalau layan tak baik sudah pasti pelanggan cabut lari kan???) Jadi doktor swasta pun mungkin (tidak semua yea)melayan atas dasar nak cari makan...bukan kerana menjaga hati dan perasaan pelanggannya. Mana pendekatan psikologi mereka sewaktu merawat pesakit???


Pada saya doktor tadi mungkin tak minat nak jadi doktor tetapi disebabkan oleh kehendak ibu bapa maka mereka terpaksa belajar ilmu perubatan. ...inilah kesannya jika mereka dipaksa untuk menjadi seseorang tetapi mereka sendiri pun tak berminat.


Saya pun dalam dilema.....hajat di hati ingin melihat kak long menjadi seorang doktor setelah melihat kemampuan dia untuk memperolehi markah yang agak cemerlang di dalam setiap kali peperiksaan. Namun begitu saya saya belum betul2 pasti dia berminat atau tidak dengan kerjaya tersebut. Namun begitu hati kecil saya selalu berbisik.....dia mungkin layak menjadi seorang researcher seperti ayahnya kerana minatnya yang mendalam di dalam bidang bio genetik. Apa2pun saya pasrah....moga Allah memberi laluan yang mudah untuk dia. Yang penting...saya tidak mahu dihukum sebagai pesalah dalam perkara ini disebabkan saya memaksa dia untuk menjadi "seseorang" yang saya idamkan walaupun dia tidak berminat.

Asyiq: Sekadar nukilan peribadi untuk difikirkan bersama.

18 comments:

AiE bAhRi said...

Salam kak,
Setiap acuan lain bentuk dan karektornya. Bukan semua perkara kita boleh gunakan pendekatan yang sama.

Saya suka entri ini. Banyak input yang boleh dipelajari.Boleh dilihat zaman sekarang ibu bapa begitu ghairah untuk menentukan kerjaya anak2 sedangkan tahap kemampuan dan minat anak2 tidak diselidiki terlebih dahulu.Akhirnya kejayaan yang diharapkan hanyalah sekadar untuk memenuhi impian ibu bapa dan sekaligus akan memberi impak negatif kepada ank sendiri.

Kita contohi Rasulullah. Baginda menggunakan pendekatan yang sangat berhemah untuk memerangi musuh2 baginda sehingga ada di kalangan musuh baginda yang sanggup memeluk Islam atas sikap pendekatan yang baik Rasulullah.

NoRuLLiSzA eL FaRiSi said...

biarkan dia memilih haluan dia sendiri...kita hanya memberi buah fikiran ttg kehidupan ini...

insAllah, moga dpermudahkan bg nya, dalam pd masa yg sama, menyempurnakan impian akak :D klu xdia, maybe anak2 akk yg lain...insAllah...

perancangan Allah buat kita adalah yg terbaik...Allah ma'ak :D

Farid Rashidi said...

Salam,

Benar dalam setiap hal kita perlu melihat pelbagai sudut. Terkadang ada yang menggunakan otak kanan, dan ada otak kiri..dan ada yang mempunyai kemahiran, kuat hafalan dan sbgainya.

Paksaan terkadang mengundang ketidak ikhlasan. Ini memberikan impak kemudian hari. Ajarlah supaya keikhlasan itu sentiasa ada.

arryani said...

Tak baiknye dokter kat 'gamen' tu!! Amvoiiii. Nak kena cepuk tul dokter tu..

Apapun, bg mereka perluang dan kita kena monitor apa pilihan dorang..Tu mungkin mmbantu mereka meningkatkan keyakinan kot? Entahlah, tapi, saya paraktikkan mcm tu jek..

arazma @ ami m said...

berbincanglah secara hati ke hati ngan kak long.... ape pun keputusan yg dibuat nanti..moga Allah permudahkan.

err kak long belajo kat ne sekarang??

Khyrul Hycal Attawawi said...

kak,amik je kak..

saya xde masalah..^_^

chimera said...

hmmmm... kalau kita bancuh tepung dgm resepi2 umtuk membuat lempeng, hasilnya sama sekali tak akan menghasil kah kuih bahulu.

Minat, kecenderungan juga boleh dipupuk.. mcm saya - saya minat penulisan, tapi saya mula memupuk minat saya dlm bidang grafic bila tertarik tgk kawan saya boleh hsilkan macm... akhirnya - grafic jugak jadi minat saya setelah saya melatih dan memupuk supaya dia berkembang - setidak-tidaknya saya dah punya dua kemahiran.

Anak-anak pun boleh macam tu, biarkan dia utamakan mana yg dia minat dulu.. kemudian apa yg kita suka pulak, bolehlah kita suruh jadikan minat sampingan.

kemudian bolehlah jadi mcm pokok cactus... yg boleh tumbuh subur kat gurun, boleh umbuh subur jugak kat kawasan tinggi.. boleh jugak ditanam buat hiasan pasu...

ummumishkah said...

Inilah falsafah adil... bukan meletakkan sesuatu sama rata tapi kena pada tempatnya...

ASYIQ said...

Aie Bahri ---> Ibubapa yg terlalu ghairah sbb mereka kebykkannya sudah berilmu. Masa akak kecik dulu..yg mak tahu ialah suruh belajar je...yg lain ikut kemampuan dan pilihan masing2.


LiSzA ---> Harapan akak mcm tu la...harap2 dia dapat memenuhi impian. Walau apapun, solat istikharah menjadi panduan....akak pasti Allah akan batu yang terbaik.


Farid Rashidi ---> Minat akan terpupuk apabila ada kecintaan, kalau dah ada rasa cinta akan melahirkan keikhlasan dan kesanggupan untuk berkorban....walau apa pun mungkin dia belum minat kerana belum kenal......nak beri dia kenal dulu!



aaryani ---> Sbenarnya saya pun penah kena....thn 2006 sy disahkan ada tiroid. Dlm tempoh sakit kita biasanya memerlukan kata nasihat,dorongan dan motivasi dari seorang doktor....tetapi perkara tu sy tak dapat la. Habis check sambung makan ubat....sepatah kata pun susah nak keluar dari bibir mereka....mujur dah setahun under treatment sy kembali normal tanpa pembedahan...alhamdulillah.
Skrg sy beri dorongan pd dia utk dapat result yg terbaik....disamping tu motivasikan dia ikut pilihan yg kita nak. Kalau dia mampu dan dia boleh terima....mungkinlah impian saya akan menjadi kenyataan. Doakan.....

ASYIQ said...

Arazma ---> Kak long dpt duduk asrama tapi dia tak ndak. Skrg dia kt smk convent t intan....rupa mcm ala sek sbp juga sbb bdk cina dan india yang taraf "cream" sek kt sini. Exam mid year baru ni dia dpt no 3 dlm ting...itu pun syukur sbb nk compete dgn bdk2 cina dn india bkn senang....bijak no deme, tak tahu mak bapak dia org beri mkn apa. Setakat ini pelajaran dia tidak mengecewakan sy....kuat semangat dan kuat usaha. 2009 dia br nk pmr.Doakan dia ye k ma.



Khyrul Hycal ---> TQ TQ...ni yg menyebabkan akak jadi lebih bersemangat. Kalau hycal boleh atirah sure boleh yek....akak akan dorong dia utk dapat yg terbaik...insyaAllah.



Chimera ---> Idea yang bernas Chimne. Minat boleh dipupuk kan??? Dan idea yang menyatakan kemampuan kaktus utk survive di tanah tinggi dan cuaca biasa...menambahkan lagi semangat akak utk terus memupuk dia meminati bidang yang akak minat. Moga2 impian akan menjadi kenyataan.



Ummumishkah ---> Betul tu. Akak sokong....

ASE1 said...

Asyiq ..
saya setuju dgn chime . minat boleh dipupuk kemudian .
Saya menjadi seorg pendidik kerana permintaan ibu tersayang , walaupun dlm hati berminat dlm bidang lain ..tapi lama kelamaan keseronokan menjadi seorg pendidik dtg dgn sendirinya .

ASE1 said...
This comment has been removed by the author.
ainShahajar said...

ain ade dua org adik.. sikap dua2 tu memamng berbeza sgt...

kadang2 pening juga nak bercakap dan meyuruh.. atau nasihat.. sebab dah berbeza...lagi satu dua2 ade satu sikap yg sama.. terlalu sensitif

masih lg menyiasat bidang mana yg sesuai dgn dorag..

Dida... said...

Saya rasa.. biarlah anak akak menentukan hala tuju hidup dia asalkan perkara yg diminati tu adalah sesuatu yg baik dan boleh menjamin masa depan...

Apa yg kak Asyiq boleh buat ialah memberi sokongan yg padu & memantau segala aktivitinya... Ibu bapa yg memahami kehendak anak2 pasti akan menyuntik semangat yg tinggi dan peluang utk berjaya itu akan lebih cerah...

Wallahu'alam

Mak Su said...

iya lah, betul tu. setiap individu berbeza... huhuhu, fenin fenin, anak ramai.

Siti @ nurie said...

bila baca artikel ni, siti pun risau...adakah siti nanti akan membezakan mia dgn kawn2nyer yg lain kalau ditakdirkan mia ini dipilih oleh Allah utk mempunyai IQ yang rndah.....mesti siti akan menekan dia utk lbh usaha lg yg mana akhirnya dia akan mberontak...

ASYIQ said...

ASE1 ---> Saya dulu pn sama...asalnya nak jd pensyarah bahasa arab la konon. Ada peluang utk pergi melanjutkn pelajaran ke bumi Jordan sbb result spm dan SKK KISAS dapat jaiyyid jiddan. Tapi masa tu ayah baru meninggal....dan family minta sambung belajar di UM shj. Pas tu minta trus jd cikgu....ok jg smpai skrg. Betul la juga....minat boleh dipupuk.



ain ---> Kalau dh perangai tak sama sure nak layan pn kena guna kaedah yg berbeza. Bagus jg sifat sensitif...sbb hati mudah lembut utk terima kebaikan.



Dida ---> Setakat ini dia pn belum tentu nak jadi apa....tapi nk msk aliran sains. Saya minta dia buat yg terbaik dlm spm...lps tu nak jadi apa pn boleh...Yg penting skrg buat yg terbaik.



Mak su ---> Saya pun fenin2 juga...baru tiga orang. Perangai yang nombor dua dan nombor tiga juga berbeza...pendekatan juga mesti berbeza. Kalau lagi ramai...lagi fenin ye mak su.



Siti ---> Selalunya anak perempuan mudah dibentuk. Kalau dia lemah dlm akademik pun mesti ada kelebihan dia yang lain yang boleh dikembangkan potensinya. Setiap anak ada pembawaan masing2.

ticnube said...

btoll....sgt setuju dgn kenyataan itu..setiap anak kemampuan berbeza.. so pendekatan yang di gunakan juga hariu berbeza

Pengikut ASYIQ