JellyPages.com

.:namaku...:.

AHLAN WA SAHLAN

Sebuah blog yang tiada apa....cuma cebisan kenangan sepanjang kehidupan saya.

Semua cerita...mungkin tiada apa utk orang lain...tetapi amat berharga utk saya.

Tuesday, June 16, 2009

Jadilah seperti bunga matahari....

Bunga matahari...merupakan bunga yang amat saya sukai. Warnanya yang kuning dan cerah menambat hati saya....kuning adalah warna kecemerlangan. Bentuknya yang menyerupai matahari juga menambat hati saya. Saya fikir warna dan bentuknya memiliki unsur2 motivasi dalaman yang sentiasa diperlukan oleh insan biasa seperti saya.
Namun begitu bunga matahari bukan hanya dalam warna kuning...ianya juga ada dalam warna merah.
Walau sehebat mana pun bunga matahari merah...saya tetap suka bunga matahari yang berwarna kuning.....

Bunga memang dibekalkan dengan tenaga. Mengikut kajian perubatan aroma terapi, bunga adalah satu2nya tumbuhan yang paling banyak menyimpan tenaga yang mana tenaga ini boleh digunakan untuk memintas atau menyerap unsur2 tidak baik yang berada dan berlingkar di sekeliling manusia. Maka itulah sebabnya kita digalakkan untuk mandi bunga....tetapi bukan yang bertujuan untuk mendapat jodoh. Yang itu diharamkan dalam Islam kerana menjadi salah satu dari amalan khurafat yang terdapat dalam kehidupan kita.....


Aroma yang dihasilkan oleh bunga terbukti boleh mengubah mood seseorang. Seseorang yang sedang marah, apabila terhidu bau wangi akan mudah kendur kemarahannya. Ini membuktikan bahawa bunga mempunyai tenaga tertentu yang diperlukan untuk menstabilkan perasaan manusia.


Kelopak bunga matahari mengandungi klorogenik, karotena dan lutein. Bijinya mengandungi 5 - 7% air, 14-25% protein, 20 - 60% minyak dan 18 - 27% karbohidrat. Dengan kandungan yang sebegini ianya memang mengandungi unsur2 perubatan. Keseluruhan pokok bunga matahari boleh dijadikan ubat. Daun pokok bunga matahari jika direbus telah terbukti dapat melagakan penyakit malaria dan sakit perut. Minyaknya dijadikan minyak masak dan marjerin. Cakeranya boleh dibuat lauk dan sayur (...saya tak pernah pula mencubanya...!) Bijinya boleh dibuat kuaci.



Kalau di musim perayaan...terutamanya sewaktu kita menyambut Hari raya Aidilfitri....maka bijinya sering dicampurkan ke dalam kek dan biskut. Memang rangup....sedap sekali.



Kalau kita berkesempatan ke kedai aksesori....banyak hiasan yang melibatkan bunga matahari. Macam2 ada....
Hiasan piring yang berbentuk bunga matahari......


Bekas lilin berbentuk bunga matahari....cantik kan?
Sikat dan cermin muka berbentuk bunga matahari....

Kerusi kanak2 bercorak bunga matahari....

Tudung bersulam yang bermotifkan si bunga matahari.......

Dan....yang paling bestnya bunga matahari juga menjadi simbol penting di tadika dan nursery....untuk menceriakan suasana. Kalau sukan tahunan mana2 tadika atau nursery pasti akan ada maskot yang direkacipta bermotifkan si bunga matahari.......kanak2 comel akan bertambah serinya bila memakai maskot tersebut.


Subhanallah......betapa hebatnya penciptaan si bunga matahari ni. Mesti banyak lagi kegunaan dan kebaikan si bunga kuning ini. Jadi entry ini hanya ditulis oleh Asyiq dengan satu tujuan........hargailah alam sekeliling. Allah tidak menjadikan sesuatu dengan sia-sia......ini antara bukti bahawa Allah amat menghargai manusia dengan membekalkan penciptaan terindah untuk kita semua....alhamdulillah.

Jadilah seperti bunga matahari.....apa sahaja yang ada padanya menjadi manfaat untuk orang lain.


Semua gambar dalam entry ini hanya sekadar gambar hiasan sahaja.....

13 comments:

arryani said...

Teringat iklan, kat TV, "ibu pun macam matahari..." ngeee

Apa-pun saya percaya ramai yg mahukan dirinya bermanfaat untuk org lain dan anda adalah salah seorang darinya...TQ for sharin..

- jinggo - said...

...
ibu pun macam matahari....

sekali lagi N3 yg amat2 menarik.saya selalu rujuk ke blog ini sebelum nak ke kelas.....
pastinya besok cerita ini....

he.....

Fadhlah said...

insyallah

AiE bAhRi said...

Kak,
memang banyak kan kegunaan bunga matahari..

jadilah matahari yang sering membakar diri..

ASYIQ said...

aaryani ---> Mmg saya ingin jadi seperti matahari...tetapi kekadang jadi seperti matahari yang sedang gerhana la pulak...hihi. siapalah saya kan????


Jinggo ---> Alahai...sekadar cerita repekan saje N3 ni....bukan hebat sangat pun. Beritahu pelatih tu...jadi matahari ok tapi jgn jadi macam lilin....tak sanggup saya!!


Fadhlah ---> Anda adalah matahari kepada semua anak muridmu...ye kan?. Terkenang gambar gigi2 anak murid fadhlah...mungkin budak2 tu dh cantik tumbuh gigi baru...hihi.


Aie ---> Sekadar berkongsi cerita santai saja hari ni. Wah...dah tukar gambar. Siapalah teruna berbaju melayu kuning ni??? Akak kan suka warna kuning. Macam bunga matahari...hihi. Aura positif...

Paan Lee said...

Salam kak,

tak sangka dgn satu bahan, akak dpt keluarkan byk point2 yg bagus, n sesetengah org maybe terlepas pandang! :D well done! yeah, boleh jugak jadi bunga matahari bagi manfaat pd org lain, tapi biarlah org lain yg menilai, bukan diri sendiri! :D

Tirana said...

Kak Tirana suka makan biji bunga matahari..hehehe

chimera said...

suka jugak bunga matahari.. dari jauh lagi dah nampak... besar, tinggi... gagah...

arazma @ ami m said...

suka minum air bunga matahari...

ummumishkah said...

baru tahu ada matahari merah...
tetapi memang patut jadi seperti bunga matahari...

p/s akak.. nanti ambik gambo bersembunyi di balik bunga matahari lah pulak.. :)

~Cinta Cukulet~ said...

nak ceria macam bunga matahari huhu

Bicycle Wallpaper said...

Assalamu alaikum...

ASYIQ said...

Paan ---> Haha...sekadar berilusi...!


Tirana ---> Saya pun suka makan kuaci...tapi bila makan ngan anak bongsu tu borink skit....nak yg siap dikupas jer, tak nak buat sendiri.


Chimera ---> Mmg fizikal bunga matahari mudah nampak dari jauh...org hebat pun macam tu. Walau disorok...kelebihannya tetap terserlah.


Arazma ---> Ha ah...lupa nak highligt ttg itu...mmg byk lagi kegunaannya.


Ummumishkah ---> nnti bila akak jumpa bunga matahari yang besar di Cameron akak akan tangkap gambar di sebalik bunga tu pulaks...hihi. Dulu cari kat sana tak ada...roses yg byk.


Cintacukulat ---> Nak ceria???? Macam budak2 tadika tu kan??? Cute sgt.


Bicycle Wallpaper ---> TQ sudi dtg sini dan tinggalkan jejak pulak tu....salam kenal.

Pengikut ASYIQ