JellyPages.com

.:namaku...:.

AHLAN WA SAHLAN

Sebuah blog yang tiada apa....cuma cebisan kenangan sepanjang kehidupan saya.

Semua cerita...mungkin tiada apa utk orang lain...tetapi amat berharga utk saya.

Monday, June 8, 2009

Silalah....saya suka anda datang!

Assalamualaikum.....pembaca sekalian. Baca dulu artikel ini sampai habis....dan jangan lupa mengutarakan pandangan anda berkenaan isu yang saya bincangkan di bawah. Penglibatan anda semua amat saya hargai...terima kasih semua.


Tepat pukul 3.00 petang telefon bimbit suami berbunyi. Kedengaran perbualan ringkas "...ok...ye...baik....nanti dah sampai Kuala Kangsar telefon saya balik." Dengar macam ada seseorang nak datang Kuala Kangsar.

"Cik Jamil nak datang sini...dia baru masuk tol Bandar Baru...satu setengah jam sampai la Kuala"


Hati saya berbunga riang. Cik Jamil merupakan jiran saya di Teluk Intan. Masa kami buat kenduri korban pada Hari Raya Aidiladha yang lepas dia tak dapat datang ke sini. Entah kenapa hati saya suka sangat kalau tetamu nak datang. Kebetulan kami pun tengah berkemas2 untuk balik ke Teluk Intan. Tapi kebiasaannya selepas asar baru kami bertolak balik. Di Kuala Kangsar ni ada dua buah rumah....sebuah rumah emak di kampung, dan sebuah lagi rumah kami di Desa Seri Iskandar...lima minit nak ke bandar diraja Kuala Kangsar. Nampaknya Cik Jamil kena la datang dulu ke rumah emak di kampung sebab kebetulan kami di kampung...menikmati buah durian kampung yang baru belajar nak gugur. Tetapi petang tu ada dua biji aje buah durian yang gugur...belum meriah lagi. Ada juga buah yang masih di tahap terlalu muda.


Rezeki Cik Jamil murah lagaknya...apabila suami pergi ke kampung sebelah, dapat juga dia membeli beberapa biji buah durian untuk mereka. Buah durian yang baru gugur lain rasanya...bukan yang dijual sembarangan di tepi jalan. Lebih kurang pukul 4.15 mereka sampai di rumah emak. Nampak sangat Cik jamil peminat kebun buah-buahan. Dia kata dia suka kalau dapat buat rumah di tempat yang agak berbukit, ada kebun buah-buahan, ada sungai untuk mandi manda......dia suka sangat suasana di perkampungan saya. Kalau dia datang awal bolehlah kami bawa mereka mandi manda di Lata Kekabu....kawasan mandi manda ala pergunungan yang agak terkenal di kampung saya....lebih kurang lima minit sahaja dari rumah emak. Ada juga sebatang sungai yang berhampiran dengan rumah emak....tetapi tidaklah dimajukan seperti di Lata Kekabu. Masa saya kecil-kecil dulu di situlah kami akan mandi manda...terutama di musim cuti hujung minggu.


Selepas menikmati buah durian segar....kami semua merancang untuk berkonvoi sahaja balik ke Teluk Intan. Sebelum itu Cik Jamil dan keluarga teringin pula untuk singgah sebentar di rumah kami sendiri di pekan Kuala Kangsar...lebih kurang 20 minit dari rumah emak. Lain kali kalau nak datang....senanglah. Kebetulan pula rumah kami itu berdekatan pula dengan Sungai Perak...syurga memancing bagi kaki-kaki pancing. Bertambahlah terliurnya Cik Jamil untuk duduk di Kuala Kangsar...kerana dia juga seorang kaki pancing. Di sebelah rumah saya, lot tanah tu masih kosong...beriya-iya pula dia suruh suami saya merisik tuan tanah tersebut kot-kot mereka nak menjualnya...

Itulah serba sedikit cerita tentang kunjungan jiran saya di Teluk Intan semasa datang ke kampung saya di Kuala Kangsar. Saya sebenarnya suka sangat kalau tetamu nak datang....tak tahu kenapa. Mungkin disebabkan saya ni jenis orang yang sederhana. Kalau tetamu datang saya layan seadanya....saya tak suka menyusahkan keadaan....dan saya harap tetamu saya pun sudi menerima yang seadanya sahaja. Saya memberi layanan yang saya mampu sahaja, dengan sebab itu saya dapat berlapang dada. Lagipun tetamu yang datang membawa rahmat dan kasih sayang Allah.....seeloknya kita layan yang terbaik mungkin mengikut kemampuan kita.

Kita pula sebagai tetamu hendaklah mematuhi beberapa adab yang tertentu. Terutama kalau kita datang ke rumah sanak saudara dan ingin pula bermalam di situ....rasanya perkara-perkara berikut eloklah kita jaga sebaiknya:

1. Rancang perjalanan supaya kita tiba di masa yang sesuai.

Pada hemat saya, kalau merancang untuk makan tengahari eloklah kita merancang keluar awal untuk kita sama membantu saudara mara kita di dapur bagi menyiapkan makan tengahari. Elakkan sampai terlalu lewat sehingga memaksa dia berseorangan menyediakan makan tengahari...perkara sebegini mungkin menyusahkan dia. Kena pula kalau dia sendiri mempunyai anak kecil yang perlu diurus. Mesti dia akan rasa terlalu terbeban.

2. Bawalah buah tangan yang kita mampu.

Biasakan kita membawa buah tangan seperti buah-buahan, makanan ringan, kuih muih dan sebagainya. Janganlah rasa terbeban pula dengan adat ini....tidak semestinya buah tangan yang kita bawa itu mahal. Kalau ikut adat orang tua-tua dulu...mereka bawa gula, biskut, kuih dan sebagainya sewaktu datang bertandang ke rumah saudara mara. Elok juga adat ini kita teruskan.

3. Jangan menyusahkan orang yang kita ziarah

Kalau kita tidak memberitahu tuan rumah yang kita akan singgah, eloklah kita sampai ke rumahnya dalam keadaan kita sudah kenyang makan dan minum. Sekarang ni kan dah banyak gerai di tepi-tepi jalan....eloklah kita berhenti dulu menjamu selera sebelum tiba ke rumah yang kita nak ziarah. Bukan apa...nanti menyusahkan pula tuan rumah untuk menyediakan makanan kita setelah dia tahu kita masih belum makan. Entah2 lebih malang lagi....tak ada pula bahan untuk memasak ketika itu. Dua kali kita menyusahkan dia. Tuan rumah mesti rasa tak seronok apabila suasana ini berlaku.


4. Jaga tingkah laku anak-anak kita sewaktu bertamu di rumah orang.

Bab ini memanglah kita kena jaga sangat. Maklumlah anak-anak kecil ni terlalu banyak peraturan yang mereka langgar. Seeloknya sebelum bertandang, berikan penjelasan terlebih dahulu tentang syarat dan peraturan agar mereka faham. Walaupun mereka telah dipesan, anak-anak ini selalunya terlalu cepat lupa...apatah bila dah seronok bermain dan berkawan....semua pesanan emak dan ayah dilupakan. Kita kenalah jaga anak-anak kita dengan baik. Risau juga takut ada PS2 yang rosak, ada gelas yang pecah, ada bunga yang tercabut dari pasunya....dan macam-macam lagi.

5. Bawa bekalan yang cukup untuk keperluan anak-anak.

Contoh yang paling utama ialah susu anak-anak dan pakaian mereka. Jangan pula sampai ambil susu anak tuan rumah...(hehe, lawak pulak dengar tapi pernah berlaku perkara ini) diapers anak tuan rumah dan sebagainya. Agak-agaknya kalau terlupa pergilah membelinya di kedai...jangan meminta pula dari tuan rumah. Walaupun tuan rumah saudara mara kita yang terdekat....janganlah perkara sebegini di anggap remeh.

Semua perkara yang saya nyatakan di atas merupakan beberapa pengalaman dan pemerhatian saya sendiri sahaja. Saya menulis hanya pada kebiasaan adat yang berlaku. Mungkin rakan-rakan blogger sekalian mempunyai tips yang lain sewaktu berkunjung ke rumah tetamu..... yang terdiri dari sanak saudara kita yang terdekat. Saya persilakan anda semua memberi komen dan pandangan masing-masing. Semua pandangan anda semua amat saya hargai. Terima kasih.


8 comments:

Tirana said...

Betul sangat seperti yang asyik tulis tu... Nak menziarah orang, jangan sampai menyusahkan tuan rumah dengan kerenah kita..hehehe..

P/S jejaka hensem tu anak sulong kak tirana..tengah buat medical course di monash uni..

Dida... said...

Bestnya suasana rumah kampung.... teringin nak pergi sbb saya tak ada kampung.. :( rumah mak ayah pun dah dkt kawasan bandar...

satu lagi tips...

Kalau boleh smpai jgn terlalu lewat malam... takut tuan rumah dah tidur... nnti mengganggu pulak.. kalau dtg dari jauh.. elok rncg perjalanan dr awal.. kalau dah lewat malam tu.. elok cari hotel & rumah persinggahan je.. jgn smpai nk tdo dkt umah tuan rumah pulak.. kecuali kalau rumah tu adik beradik kita...

Kecuali kalau kita dah bgtau tuan rumah awal2... so dia dah boleh sediakan tempat tdo dulu..

ASYIQ said...

Kak Tirana,

Mmg btul...takut pulak karenah kita dijadikan kngan 'terindah' utk mereka...hehe.

p/s wah...dh besar anak kak...pandai plak tu. Bertuah badan..alhamdulillah.

ASYIQ said...

Dida,

Akak ni anak org kg..thats why anak2 lebih prefer balik kg bila cuti sekolah...dapat sakan dia org mandi sungai. Kbtulan kt kg akak mmg banyak sungai...

Org arab sana kalau jumpa sungai sure dia org takjub sgt yea....

TQ sudi berkongsi tips yg berguna.

Farid Rashidi said...

Salam,

Kalau di Mesir adatnya kita tak boleh bawa buah tangan sebabnya aib bagi mereka. Kita datang rumah mereka tangan kosong. Nanti akan dihidangkan.

ASYIQ said...

Faridrashidi,

Ooo...begitu ye akhi. Org Arab mmg terkenal dalam bab melayan tetamu yea...syukran atas tips yg bermanfaat.

Brahimnyior said...

Setuju dengan beberapa tips ni.

Saya nak kongsi sikit, perihal menziarah jenazah. Ramai dalam kalangan kita menziarah tengok-tengok begitu saja, atau langsung tak masuk rumah jenguk jenazah pun ada!

Paling tidak pun, duduklah dan baca sepotong dua ayat serta berdoa untuk jenazah. Itu dapat mengurangkan sedih kaum keluarganya.

Kan, Asyiq?

ASYIQ said...

Cikgu din,

Mmg betul tu...mgkn x ada ilmu. Tapi ilmu bkn hanya pd buku..melihat org buat pn salah satu cara nak dpt ilmu jg.

Klu kt kg..yg lelaki dn prmpuan dok berborak kosong...kalau kt bandar lebih baik...masing2 ambil quran utk dibaca sedekah pd arwah yg kita ziarah. Namun ada jg org kg yg dh berubah...mgkn anak2 yg dh berilmu mengubah adat trsebut.

Gitulah spatutnya...yg berilmu bwalah perubahan budaya di kg. Benih yg baik jatuh di mana pun menjadi pulau...ye dak?

Pengikut ASYIQ