JellyPages.com

.:namaku...:.

AHLAN WA SAHLAN

Sebuah blog yang tiada apa....cuma cebisan kenangan sepanjang kehidupan saya.

Semua cerita...mungkin tiada apa utk orang lain...tetapi amat berharga utk saya.

Friday, October 30, 2009

Dedikasi untuk aaryani!

Assalamualaikum...

Menjelajah ke blog kawan-kawan petang tadi.....terbacalah entry kak yan (aaryani) tentang betapa minatnya dia dengan lagu Anuar Zain - Ketulusan Hati yang kini sering berkemundang di Astro Oasis. Tak sangka pulak.....minat saya dengan kak yan sama!!!! Saya juga meminati lagu ini yang telah "dioasiskan" (betul ke ayat nih...?)

Dahulu masa Anuar Zain menyanyi dan berkumandang di radio atau tv tak pula terasa getaran lagu nih...tetapi sekarang amat terasa. Lagu ini seolah2 ada belati yang menusuk tajam di sudut hati!!

Untuk kak Yan...saya telah usahakan untuk download lagu ni dari Youtube petang tadi. Tidak dipaksa tapi atas kerelaan saya sendiri......terimalah ye Kak Yan....sebagai tanda persahabatan maya kita.

Sebahagian besar yang menghantar komen di blog kak Yan juga ada yang tidak pernah menonton lagu ini kerana tidak ada Astro Oasis. Jadi saya uploadkan video klip ini untuk tatapan anda semua juga.....


Lagu ini juga saya dedikasikan untuk semua rakan blogger yang setia bersama saya selama ini....hayati senikatanya....moga dapat menyentuh hati dan perasaan!! Hanya Allah sahaja yang memahami betapa rindunya saya untuk menjadi tetamu Allah......bilakah agaknya saya akan dijemput untuk pergi ke sana. Beruntung buat anda semua yang telah menjejaki kaki ke sana.....bersyukurlah.



Yang ada astro oasis bolehlah membuka channel 106 setiap hari antara pukul 6.00 pagi hingga 6.30 pagi. Sebaik sahaja dikeudarakan lagu Munajat oleh arwah Ustaz Asri pasti akan disusuli dengan lagu ini yang didedikasikan untuk jemaah2 haji kita yang akan berangkat ke Tanah Suci. Biasanya saya akan pasang sementara menemani kami sekeluarga bersiap2 untuk keluar kerja dan ke sekolah.....buat santapan rohani!!



20 comments:

Na Shari said...

Salam akak, time na lawat blog akak ni, jam dah hampir pukul 2 pagi. Bila tengok video klip ni...Tiba2 rasa sayu. Suasana pulak hening dan sunyi...At last na tersedu kat depan lappy...Terasa kerdil sangat diri ni...Semoga Allah mengampunkan dosa2ku... Amin

chimera said...

salam kak..

Wahh!! hebat pulak lagu ni bila di 'ubah suai'macm ni... tak pernah tgk pun lagi... ni 1st tgk... dulu dengar lagu ni sekadar dengar je... rupanya ada maksud tersendiri...

Indah!!!

Tirana said...

Dulu kak tirana siap masukkan lagu ni kat dalam ipod..tapi bila dah dengar berulangkali, rasa jemu pulak tapi lagu ni memang sedap.

ASYIQ said...

Na ---> Terima kasih krn Na sudi berkongsi rasa. Akak pun masa first time dengar lagu ni di ubahsuai....rasa spt mana yg Na rasa. Airmata laju membasahi pipi. Terasa sgt kekerdilan diri....

Apatah lagi bila akak mengenangkan akak belum lagi menjadi tetamu khas Allah di Baitullah....tetamu umrah pun belum apalagi tetamu haji....

Semoga akak dapat mendambakan kasih sayang ini hanya untuk Dia yang Maha Memahami......

ASYIQ said...

Chimera ---> Sama macam akak...dulu dengar lagu ni skit pun tak terasa tersentuh. Tapi skrg bila menonton video klip dari oasis ni.....baru dapat rasai getaran dan kekuatan lirik dan melodinya.

Alangkah indah dan manisnya hidup ni kalau seluruh cinta dan kasih sayang dapat kita serahkan hanya untukNya...

ASYIQ said...

Tirana ---> Memang...saya pun suatu ketika dulu amat meminati lagu ni tetapi kemudiannya rasa jemu dan melupakannya....

Tapi bila diubahsuai dari sudut zahir dan batinnya....memang menyentuh jiwa.

Antara video klip yg berjaya menyentuh rasa selain Munajat...Asri Rabbani.

Wah...3.30 pagi akak belum tidur....atau bangun sesudah tidur...hihi.

arryani said...

Salam Asyik...

Seronoknye dapat dgr lagu ni...

minat kita sama kan...

suka sgt klip ngan senikata dia...

dulu...(mcm yg awak cakap), sblm dioasiskan(mcm yg awak cakap..heheh), rasa tak de apa2 pun lagu ni...

Tapi..

skrg ni, touching btul la...

TQ soooooo much Asyik..

suka sangat ni...

ASYIQ said...

aaryani ---> Sama2 kasih kak yan (w`pun sepatutnya adik yan...tanda hormat tu hihi)

Kebetulan minat kita sama....jadi saya dedikasikan kt sini untuk kak Yan sayang. Sudilah terima ye kak yan.

Luv u.....my dear!

Abd Razak said...

Salam kak...

Saya pun baru dgr lagu ni masa melihat rancangan haji di astro & dah letak lagu tu di blog saya...:)

AiE bAhRi said...

Salam kak,

Indah sbnrnya bait2 lagu ni. Sungguh mendalam maksudnya.

sI tEDI said...

betullah cikgu asyiq.. selalu dengar lagu ni.. tapi hari ini bila tgk klip ni.. rasa lain sangat semangat mendengar tu..

terima kasih atas perkongsian :)

adeqya84 said...

Salam Cu,
Anuar Zain memang terkenal dgn lagu yg puitis dan penuh makna....cuma makna dan interpretasi individu yg mendengarnya saja yg berbeza....indah kan bait2 lagu ni... bagi yang tahu menilai dan menghayatinya....=)

Riezal aka Rezdrake said...

nice song.. thanx for sharing.. salam ziarah :)

ASYIQ said...

Abdul Razak ---> Suka juga dengan lagu ni yea....sama2lah kita.

mampu menggetarkan rasa!!!

ASYIQ said...

Abdul Razak ---> Suka juga dengan lagu ni yea....sama2lah kita.

Mampu menggetarkan rasa!!!

ASYIQ said...

AiE ---> Ye...bait2 yang indah...lagi indah sekiranya bait2 tersebut ditujukan pada yang berhak. Makin bermakna...!

ASYIQ said...

tEDI ---> Sama2 berkongsi rasa!!

ASYIQ said...

Adeqya ---> Kiranya astro oasis mampu menyediakan bahan untuk menyuntik jiwa dan naluri halus kita....

anuar zain pun mungkin tak sangka begini akhirnya lagu dia...hihi.

ASYIQ said...

Riezal ---> Sama2....terima kasih krn sudi meninggalkan jejak di blog yg seadanya ini.

Silalah datang lagi....

.NurAzilaYahaya. said...

salam kak..sy pun slalu tgk lagu dlm astro...

o kiranya lgu ni dh diubahsuai la eh ttg cinta kepada Allah..
dulu lagu ni cinta kepada kekasih?camtu?hehe..
tk sure, sb dulu tk ambil tahu pn lgu ni..tp dh tgk astro br tau

Pengikut ASYIQ