JellyPages.com

.:namaku...:.

AHLAN WA SAHLAN

Sebuah blog yang tiada apa....cuma cebisan kenangan sepanjang kehidupan saya.

Semua cerita...mungkin tiada apa utk orang lain...tetapi amat berharga utk saya.

Thursday, October 1, 2009

Jangan kamu salahkan sesiapa!!!

Alhamdulillah, Oktober menjelang lagi...terasa semakin cepat masa berlalu untuk meninggalkan 2009.

Saya pula terasa sungguh rindu untuk berblog. Entry pula dh semakin kurang. Bulan September dan Ogos hanya ada 6 entry sahaja. Berbanding dgn bulan pertama saya berblog....Februari 2009 ada 14 entry dan Mac 2009 ada 24 entry.....

Semakin hilang semangatkah untuk berblog??? Entahlah, kadang2 sempat berblog hanya untuk membaca blog kawan-kawan yg lain dan menghantar komen sahaja.....

Sememangnya saya amat rindu untuk berblog. Jadi hari ini saya buatkan satu entry untuk merasmikan bulan Oktober yang bertuah ini....namun, masa amat terhad dan tidak mengizinkan saya untuk terus berada di sini.

Maafkan saya jika ada yang tak nampak kelibat saya di mana2.....mungkin selepas anak sulung saya menduduki PMR barulah banyak kelapangan. InsyaAllah ada entry khusus untuk dia nanti.

********
JANGAN KAMU SALAHKAN SESIAPA

Di lobi sebuah muzium yang berlantaikan marmar yang cantik, kelihatan sebuah patung yang begitu indah dan halus ukirannya. Pengunjung yang datang dari seluruh pelusuk dunia memuji-muji keindahan dan kehalusan ukiran patung tersebut. Suatu malam, berkatalah lantai marmar kepada patung tersebut....

Lantai: Patung...memang ini tidak adil.! Mereka datang memijak-mijak badan aku tetapi
yang kena puji adalah kamu pula! Memang tak adil!!

Patung: Sahabat...kamu ingat tak bahawa kita berasal dari gunung yang sama?

Lantai: Ya, aku ingat. Kita datang dari gunung yang sama tetapi mendapat layanan yang amat
jauh berbeza.

Patung: Masihkah kau ingat akan seorang lelaki yang datang kepada kamu dan ingin mengukir
badan kamu tetapi kamu tidak mengizinkannya???

Lantai: Mestilah aku ingat. Lelaki yang datang dengan pelbagai jenis peralatan tajam...sakit
badanku diketuk dan ditikam. Siapa yang sanggup??

Patung: Betul...itulah sebabnya dia tidak dapat mengukir badan kamu.....

Lantai: Jadi...??

Patung: Apabila pengukir itu kecewa dengan kamu, dia mula mengukir diri aku pula. Aku merelakan diriku sakit tetapi amat yakin bahawa aku akan menjadi sesuatu yang berbeza suatu hari nanti apabila kerjanya selesai.
Sahabatku....kita perlu berkorban untuk mendapatkan sesuatu. Oleh kerana kamu
mengalah terlalu awal kerana tidak mahu bersusah2 dahulu......maka janganlah marah
sesiapa yang memijak badan kamu sekarang!!!


******
Cerita di atas sebenarnya ada kaitan dengan saya sekarang. Sekarang saya sedang 'bersama' dengan anak sulung saya untuk memberi semangat dan motivasi untuknya menghadapi PMR setelah dahulu bertungkus lumus bersama kak ngah dengan UPSRnya. Jadi saya terpaksa memberi perhatian yang lebih kepadanya dengan mengenepikan beberapa urusan peribadi sendiri. Mungkin pengorbanan ini ada nilai tambahnya kelak...insyaAllah.

Selepas ini barulah selesa saya berblog...hihi.

25 comments:

zai said...

Salam Asyiq..

Kagum dengan Asyiq yg begitu beristiqamah dalam mendidik anak2..harap2 zai dapat mencontohi sifat2 murni asyiq tu...

Dan semoga kelak asyiq akan diangkat oleh anak2 sebagai ibu mithali bagi mengenangkan pengorbanan seorang ibu yg tidak terhingga...

Kagum betul dengan semangat Asyiq tu..

Anonymous said...

Turn saya pun akan tiba gak...

memang nak kena berkorban la sikit kan..

Jangan plak nnti, kita dipersalahkan bila dorang dah besar nnti..Ye tak..

Pepun..slmt berjuang

Abd Razak said...

assalamualaikum kak asyiq...

“Jangan kamu salahkan seiapa”, nadi kekuatan saya untuk tidak mahu menyalahkan orang lain.

Moga Allah permudahkan segala urusan anak akak dalam peperiksaannya nanti

Na Shari said...

Alhamdulillah....Semoga Kak Long akan mendapat kepurusan yang bagus hasil usaha 'bersama' ibu dan anak :)

Arianni said...

Salam,
Semoga Allah permudahkan apa jua kesulitan yg dihadapinya dlm peperiksaan nanti..insyaallah

Dearie Pearls said...

Dear Kak Sayang,
Rindunya ngn Kak..

Lama menghilang..

Mm,
Welcome October..
Tak pe Kak..
Tak ya time with anak sulung Kak.
Dia perlukan Kak.
Bila dah semuanya selesai, Kak boleh mengunjungi kami di 'sini'.

October ni mungkin LOL akan sedikit aktif kerana LOL sangat menyukai October.. Jika Kak punyai masa baru datang berkunjung k. Take ya time. Kami memahaminya. Adik memahaminya..

Anak Kak pastinya akan berterima Kasih dengan pengorbanan Kak..

Kepada anak Kak,
All The Best..
Hargai pengorbanan Mama ok..
Tidak ramai Ibu yang akan bersama dengan anak2 belajar bersama..
So, adik bertuah..


**Apa nama anak Akak..?

**Pastinya Komen ni paling panjang. Jom tinjau.

Dearie Pearls said...

..Kan aku dah kata.
Komen ni paling panjang setakat nie.
Haha..
Layan jer ar Kak..
:)

ASYIQ said...

Zai---> Isyyy...malu dengar ayat2 pujian zai tu...masih jauh lg. Cuma kekadang rasa bersalah pada diri sendiri apabila asyik mengadap laptop sdgkan anak bertungkus lumus study....

...itu pun just menemani dia study aje, buat milo, sembang2 bila boring, nak ajar kang byk yg kita tak pakar....

ASYIQ said...

arryani ---> Turn kak yan akan tiba...betul tu.

Mmg kena byk berkorban.

Mmg dia org takkan salahkan kita, tapi kita jer yg rasa 'termalu' pd diri sendiri ...haha.

Mekasih...asyik berjuang jer thn ni.

ASYIQ said...

Abd Razak ---> Wa`alaikumussalam..

Nak pinjam kata2 ustazah Bahiyah jap...."anda buat anda dapat!"

Moga Allah makbulkan....kita hanya berusaha.

ASYIQ said...

Na ---> InsyaAllah, berkat doa semua!
Terima kasih sahabatku....

ASYIQ said...

Arianni ---> InsyaAllah, itu yg kita harapkan! Terima kasih dik...

ASYIQ said...

Dearie LOL ---> Akak suka komen LOL. Panjang lebar. Suka sangaaaaat...

Terima kasih LOL, anda seorang sahabat maya yg amat prihatin....

Akak hargai...sungguh!

TQ my dear!!!!

Dearie Pearls said...

Dear Kak,
You are welcome Kak.

Dik pun tak sedar.
Type2 dah jadik panjang dah.
Hehe..

Nak pendekkan, rasa sayang lak.
Ngeeee...

Ok Kak..
Gud Day..

smurf said...

Salam Asyiq ..

As pun dah lama x berblog , bkn x bersemangat lagi . Cuma skrg byk beri tumpuan kepada kak long yg akan mengambil exam pnting tahun nie dan juga pd si kamal ....

Sama2 lah kita berdoa utk kebaikan anak2 kita .

Keri AlHaj said...

salam kak!
samalah.. saya pun dah kurang sikit berblog. ada entri seminggu sekali pun dah kira cukup baik dah...

jadi, saya faham sgt situasi akak sekarang... utakanlah mana yg utama dulu... anak2, pelajaran mereka, masa depan mereka... mereka perlukan akak sekarang ni... jadi abaikan jelah mana2 yg remeh temeh - cthnya berblog.

errr... pasal cerita patung tu - orang kampung saya kata 'beauty is pain'... nak dptkan yg terbaik perlu lalui byk kesakitan...

Yang baik-baik saje untuk akak dan anak-anak...

OmbakBaik said...

selamat menjawab pmr kak long..

untuk ibu asyiq..selamat memberi dorongan dan semangat kepada anak yang tersayang..

saya juga mengharapkan..satu hari nnnt saya juga akan berkorban macam akak utk anak saya..

Unknown said...

setuju dgn akak!kalau la manusia tu suka sgt salahkan org lain,maka takkan aman dunia ni.Setiap apa yg berlaku tu ada sebab dan akibatnya.Itulah gunanya akal fikiran Allah bagi utk kita bermuhasabah dan berfikir.betul tak ustazah?hehe

v said...

Salam. Berblog ni banyak cabaran gak sebenarnya. Nak tergelak pulak!!
Anyway .. selamat maju jaya utk both anak2 you. semoga berjaya dgn cemerlang. Amin!!

weblog popular 1malaysia

Dearie Pearls said...

Dear Kak,
Selamat merebus paper2 tu ya..

Nak share kopi susu gak..

Ngeee..

Happy busy weekend.

Tirana said...

Salam AsyiQ, utamakan pendidikan anak-anak terlebih dahulu. Kak tirana tahun depan ada dua orang yang nak hadapi periksa besar..time tu mungkin kak tirana pun macam AsyiQ jugak agaknya..

ASYIQ said...

Dearie LOL,

Panjang...tak pe, akak suke sgt...ngeee!! Sungguh nie...


ASE1 ---> Sama2lah kita berdoa utk dua org anak kita yea...selamat maju jaya juga untuk kak long dan kamal.


Chimera ---> Terima kasih chime...sokmo beri semangat dan galakan.

ASYIQ said...

Ombak baik ---> jgn terasa jika tak nmpk kelibat akak di blog OB....lps ni akak terbang ke sana.

p/s segan dgn kesetiaan kwn2 yg dtg bertandang ke sini, kena bayar balik ni...hihi.


Iqbal ---> Mmg kak long tak menyelahkan akak klau tidak beserta pun dgn dia waktu study tapi diri sendiri yg rasa bersalah...alahai!


Dearie LOL ---> Semlm dh rebus sebahagian...sedap buat kopi susu dgnnya. Nak share ... jauh sgt..ngeee.

ASYIQ said...

Tirana ---> Hurm...mak dara pemalu dh muncul, tahniah krn dh mula menunjukkan diri. Jgnlah malu2 kak....alahai.

Kita ni lbh kurang satu geng kak...pemalu. Sy pulak menyorok belakang bunga...pemalu gak tu, hihi.

Thn depan akak bakal berjuang utk anak2 akak pula, insyaAllah kami mendoakan yg terbaik.

ASYIQ said...

lili11 ---> Terima kasih sudi singgah di sini....rajin2lah datang lagi..hihi.

Pengikut ASYIQ