JellyPages.com

.:namaku...:.

AHLAN WA SAHLAN

Sebuah blog yang tiada apa....cuma cebisan kenangan sepanjang kehidupan saya.

Semua cerita...mungkin tiada apa utk orang lain...tetapi amat berharga utk saya.

Tuesday, October 20, 2009

Ibu beranalogi pulak...

Assalamualaikum...

Hari Jumaat bertarikh 9hb Oktober 2009 merupakan hari ketiga anak sulung saya menduduki PMR...hari ni hanya kertas Geografi, bermula pukul 8.10 dan berakhir 9.25 pagi. Seperti biasa seawal pukul 6.40 pagi kami sudah bersiap sedia untuk ke sekolah. Jarak antara sekolah dan rumah yang hampir 20 kilometer menjadikan saya bergerak awal setiap pagi. Itu adalah rutin biasa.....singgah dahulu di sekolah rendah menghantar kak ngah dan fahem. Biasanya mereka di antara lima orang pelajar sekolah itu yang sampai paling awal ke sekolah.....itulah kedudukan yang sering diwar2kan oleh pak cik jaga sekolah yang setia sentiasa berkhidmat. Dialah yang banyak berjasa kerana tolong mengawasi kedua orang anak2 saya itu sebelum sesi persekolahan bermula.


Biasanya saya akan sampai di sekolah pukul 7.05 pagi. Entah kenapa lebih kurang lima kilometer saya keluar dari rumah....kesesakan jalanraya bermula. Saya terus memotong barisan dengan memasuki lorong motorsikal.....alhamdulillah saya berjaya terus ke hadapan lebih kurang tiga kilometer. Kereta2 lain pun ada yang mengekori dibelakang saya....kalau kena saman, nasiblah! Yang penting saya perlu segera melepasi kesesakan ini.....


Masih samar apakah yang berlaku di hadapan. Dalam hati sudah mengagak adanya kemalangan jalanraya. Kak long dah mula gelisah. Saya pun gelisah juga....tapi mesti lebih "cool" dari dia, kalau tidak dia lebih risau. Saya meminta dia bertenang....banyakkan berselawat, jangan merungut dan saya pula dalam keadaan getir tersebut membanyakkan membaca selawat tafrijiyyah dan membaca ayat seribu dinar....mohon Allah beri jalan keluar. Kertas Geografi bermula pukul 8.10 pagi.!!!!!

Dalam kekalutan...kawan satu sekolah menghantar SMS kepada saya...."akak terlibat dlm jem tak?? Saya di depan SEMESTI lagi...." Dia satu-satunya rakan sekolah yang tinggal berhampiran dengan rumah saya.....rupanya dia berada lebih kurang tiga kilometer dari kedudukan saya sekarang. Saling berbalas SMS.....jam sudah menunjukkan pukul 7.30 pagi. Hati bertambah risau. Namun begitu aliran kereta bergerak bagaikan semut.....sempatkah aku????

Syukur alhamdulillah.....akhirnya lebih kurang 7.40 pagi saya sudah nampak lokasi kemalangan tersebut. Sebuah lori mengangkut kelapa sawit terbalik di tengah jalanraya....terburai habis semua isi perutnya. Sebuah lagi lori tangki juga berada di lorong bertentangan.....menyebabkan hanya ada sedikit ruang untuk kenderaan lalu lalang. Polis trafik melepaskan laluan secara bergilir-gilir....alhamdulillah, laluan motorsikal yang saya ikuti tadi agak laju pergerakkannya kerana kebetulan jalan yang terbuka berada di hadapan laluan kami.....merah berseri kembali wajah anak saya.....hati saya juga berbunga riang!! Syukur ya Allah.

Kata2 syukur tak putus keluar dari mulut kami berdua. Ceria sungguh dia....yang penting dia sempat masuk dewan sebelum pukul 8.10 pagi!!

"Sebuah lori sawit kalau accident mestilah penuh atas jalanraya dengan buah sawit kan???"kata saya.

"Mestilah ibu....takkanlah lori sawit yang accident, yang penuh atas jalanraya buah durian pulak kut...hihi" kak long membalas persoalan saya dalam nada berbaur lucu.

"Betul....kalau lori sawit accident.....yang penuh atas jalanraya mestilah buah sawit, kalau lori angkut durian yang accident...yang penuh atas jalanraya mestilah buah durian. Kalau lori angkut bunga dari Cameron Highland yang accident mestilah yang bertabur atas jalanraya mestilah bunga2 harum mewangi.....dan kalau lori sampah yang accident...mestilah yang berterabur atas jalanraya mestilah sampah sarap yang busuk kan.....????" saya mengiyakan jawapan kak long tadi.

"Ibu beranalogi lagi???? Apa yang ibu nampak kali ni???" kak long dah mula mengagak apa yang saya fikirkan.

"Kalau kita memiliki sekeping hati yang bersih dan suci....akan kerap keluar dari mulut kita patah perkataan yang manis....sedap telinga mendengarnya...."

"Kalau kita selalu buat perkara yang baik....maka perkara yang baik itu akan jadi tabiat......walau apa yang berlaku dalam kehidupan dia......yang baik jugalah yang akan keluar dari tingkahlaku seseorang....macam lori sampah, walaupun kita tak nampak sampah dalam lori dia, bila berlaku accident......sampah sarap itu akan keluar dan terburai juga di jalanraya!"

"Alahai ibu ni....kak long nak exam Geografi ni.....fikirkanlah apa2 yang ada kaitan dengan Geografi....beranalogi lagi ibu ni...!!!!" kak long cuba mematikan khayalan saya.

"Alah....dengarlah dulu. Mana boleh dah study dalam kereta....relaks2 minda anda sekarang...!" kata saya sambil tersenyum.

"Satu lagi....kalau kita mengamalkan perintah Allah sepanjang umur dengan penuh ketaatan dan kepatuhan serta keikhlasan kepada Allah.....maka kematian kita nanti pun akan diakhiri dengan perkara2 yang baik juga.....kalau seseorang jarang tinggal puasa sunat, mungkin dia akan mati dalam keadaan berpuasa sunat. Kalau seseorang tu suka solat2 sunat di malam hari...mungkin dia akan mati dalam sujud tahajjudnya kepada Allah. Begitu juga sebaliknya....kalau seseorang dah biasa membuang masa berhibur mungkin akhir hayatnya dalam keadaan dia sedang berhibur dan lalai dalam mengingati Allah......." tambah saya panjang lebar.

Kak long mengangguk akur dengan analogi saya....dan tepat pukul 7.55 saya sampai di perkarangan sekolah.

Saya nampak Pengetua, Penolong Kanan dan beberapa orang guru berkumpul di hadapan pejabat........

"Ada lima orang budak sekolah kita masih terperangkap dalam kesesakan tu.....bas mereka sangkut bah....."kata Pengetua kepada saya dalam loghat Sabahnya yang agak pekat.

Tepat pukul 8.10 pagi bas sekolah sampai di hadapan sekolah......terkejar2 lima pelajar tadi dengan wajah yang agak sugul. Sempat lagi kami menenangkan mereka.....Pengetua, Penolong Kanan, Penolong Kanan HEM, Penolong Kanan Koku semua ada. Betapa prihatinnya pentadbir sekolah saya.....saya amat menghargai keperihatinan mereka semua!!!

Syukur...tepat pukul 8.10 peperiksaan Geografi bermula......analogi saya tamat di situ.

"Kalau boleh saya tak mahu lagi beranalogi pasal "accident"......saya tak mahu perkara ini berulang lagi.....!!!!!"


Tepat pukul 8.45 barulah kawan saya yang menghantar SMS tadi muncul di sekolah.....jauh jarak masanya....walaupun jarak kereta kami tadi cuma tiga kilometer sahaja......nampak sungguh Allah memudahkan perjalanan saya.......syukur ya Allah. Terasa Allah sentiasa di sisi saya.

18 comments:

myQza said...

Alhamdulillah.. sekurang-kurangnya beranalogi di dalam kereta selpas melepasisegala kesukaran itu.. dapat menenangkan hati kak long...

nasib baik beliau mempunyai ibu seorang guru yang pandai mengatur kata-kata. Jadi saat-saat getir yang baru di lepasi dapat di jadikan pengajaran dan pembelajaran.

:)

Anonymous said...

Kalolah saya pndai berkata2 spt Asyik nih...kan best..

tiap2 ari nk redah jem, sebab nak beranalogi..agagagag

p/s kim salam ngan kak long

Abd Razak said...

Salam kak...

Allah mengatur perjalanan hidup kita hingga kita tidak sedar bahawa ada kebaikan bila ada halangan dalam sesuatu perkara...saat getir itu menguji tahap akal dan kesabaran kita

Best analogi akak...:)

Tirana said...

Setiap yang Allah jadi dan tetapkan walaupun nampaknya payah dan susah, tentu ada hikmah di sebaliknya. Itu tahap bicara kendiri yang kelima. Tahniah untuk kak long yang telah berjaya melalui ujian dengan lancar. Selamat bersabar menunggu keputusan. InsyaAllah akan berjaya.

atie said...

Salam Kak Asyik,

Lama tak ke blog akak selalunya anak yang nak periksa mak yang susah hati kan.... Alhamdulilah sampai gak kak long kat sekolah... semoga kak long berjaya dalam peperiksaan....

Dearie Pearls said...

Dear Kak,
Sukanya saya baca n3 Kak nie.
Best..

Hmm..
Pengetua org Sabah ka..?
Kahkah..
Sampaikan salam kepada dia ya..

Hehe..

Kim salam anak2. Best dorang dengar analogi mak..

*Yang tak tahan ayat Kak Long..
Sawit dan Durian..
Huhu..

ASYIQ said...

tEDI ---> Kebiasaannya kalau kita dlm keadaan tertekan....idea dtg mencurah2 utk menenangkn diri....

Berkata2 yg positif juga boleh menenangkan...

atau buat satu cerita utk mengalihkan perhatian otak kpd benda lain.

tEDI jg boleh lakukan perkara yg sama...bukan hanya seorang guru...hihi.

Cayalah tEDI.

ASYIQ said...

arryani ---> Alah, sekadar nak merapu tu bolehlah sikit2...hihi.

Saya kalau boleh tak mahu lgsung terlibat dlm jem....sebab selalunya lupa bawak rotinya..! haha.

ASYIQ said...

Razak ---> Akak terpaksa mencari perkara lain utk mengalihkan perhatian dia. Kebetulan masa tu dpt idea dptlah beranalogi sikit...hihi.

Kalau tidak maunya menangis dia...!

ASYIQ said...

Tirana ---> Saya copy n paste makna Bicara Kendiri Tahap 5 dari blog akak..TPM.

"Bicara Kendiri tahap ini memperkatakan tentang penyatuan roh yang menjangkaui semua perkara keduniaan dan memberi pengertian tentang kewujudan kita. Ia merupakan bahasa pengantaraan bagi mereka yang telah berjaya menguasai ikatan mereka dengan tuntutan kehidupan dunia, dan memilih untuk mendapat tempat yang jelas dalam sesuatu yang lebih baik. Ia merupakan Bicara Kendiri bagi mereka yang berusaha mencari ganjaran yang lebih."

"Ia merupakan kata-kata indah dan penuh bermakna. Pengakuan seperti di atas menjadi seakan mantra untuk kita bertindak bagi membantu kita mencapai matlamat istimewa kita sebagai makhluk Allah."

Isyyy...tak sangkapulak ia termasuk dlm Bicara Kendiri Tahap 5...ingatkn ianya patah perkataan orang yang suka berkhayal!!!

Bolehlah diamalkan selalu...

ASYIQ said...

Atie ---> Akak ingat atie tak dtg sini sbb sibuk mengarang dan mengubah bunga...tempahan byk kan??

Thn dpn atie pulak rasa mcmmana yg akak rasa....susah hati tapi kalau mkn selera aje...hihi.

ASYIQ said...

LOL---> Pengetua akak bkn Sabahan ttp dia pernah menetap lama di Sabah....so, loghat Sabahnya dh tak boleh dibuang. Ktanya dah sebati.


Kalau kt tempat akak ni buah sawit la yg byk...kilang sawit pun byk....lori sawit lagilah byk.....kalaulah buah sawit tu rasanya macam buah rambutan...alangkah indahnya dunia....haha.

Dearie Pearls said...

Dear Kak,
Oh..
Lama menetap di Sabah..

Ada sorang Kakak kat kampung sebelah LOL.
Semasa Raya tahun lalu, LOL berkunjung ke kampung tue. Dia ada. Cara dia ckp rasa mcm ada org semenanjung tapi Sabahan memang pekat jugalah.. LOL tanya ar org2 sana, dorang g tau Kakak tu berasal dr semenanjung (lupa lak negeri mana) tapi dia siap g sawah lagi Kak..
Dah puluhan tahun menetap kat Sabah coz kahwin ngn org Sabah.

Respect ar kat Kakak tue. Bahasa Ibunda (Dusun) pun dia boleh faham.

Azila said...

salam kak, suka..
bagus nya akak pandai berkata-kata dengan anak...

ASYIQ said...

LOL ---> Ouch...bagus dia kan. Menguasai bahasa lain adalah satu kelebihan namun ramai org skrg sudah tak boleh lg berbahasa ibunda.

Bila dia dah kahwin maka segala2 yg ada pd suami adalah milik dia....bagus dia boleh masuk dlm kehidupan suami dia sepenuhnya...

ASYIQ said...

NAY ---> Sekadar beranalogi azila...hihi.

Lama akak tak nampak azila di sini.

Sibuk study yea. Akak doakan yg terbaik utk azila.

zai said...

Salam Asyiq,

Seronok baca N3 nie seakan terasa bersama didalam kereta masa waktu tu..mmg benar..Allah Maha Kaya, Maha Pengasih dan Penyayang..Dia menjadikan kita Makhluk yg terbaik dan anggota yang sangat sempurna (walaupun tidak sempurna bagi sesetengah oranglain) tetapi Allah Maha Adil..diberikan pula ia kelebihan/keistimewaan yg tiada pada oranglain..

Tapi sayangnya kita manusia yg sentiasa lupa dan tidak bersyukur..dan apabila ditimpa musibah lebih mudah berkeluh kesah dari bermuhasabah diri dan bersangka baik terhadap ujian yg diberikan..

Yang ditakutkan apabila kita menjadi islam diwaktu pagi dan jatuh kafir diwaktu petang dan begitulah sebaliknya..Nauzubillah

Sesungguhnya terasa begitu kerdil dan hinanya diri ini...Ya Allah kau ampunilah dosa hambamu ini.

Semoga Kak Long lulus dengan cemerlang didalam peperiksaannya.

ASYIQ said...

Zai ---> Amiiin ya Rabb. Kabulkanlah permintaan dan harapan saudaraku ini...

InsyaAllah...kita berada di sini utk saling memberi dan menerima. Sy pun byk manfaat yg sy dpt dr semua entry Zai. Saya faham Zai adalah antara mereka2 yg gigih mencari ilmu utk memperbaiki diri. Inilah semangat yg patutnya kita ada...

Kehidupan dahulu adalah pengalaman...kehidupan sekarang adalah harapan...

Saya pun menjadikan pengalaman lama sbg pengajaran utk terus mencari maghfirah Allah. Moga2 Allah menerima usaha kita dgn memberikan taufik dan rahmatNya....insyaAllah.

Pengikut ASYIQ