JellyPages.com

.:namaku...:.

AHLAN WA SAHLAN

Sebuah blog yang tiada apa....cuma cebisan kenangan sepanjang kehidupan saya.

Semua cerita...mungkin tiada apa utk orang lain...tetapi amat berharga utk saya.

Tuesday, December 1, 2009

Hidup dengan memberi....!

Assalamualaikum....


Setiap orang mesti ada pengalaman bersama dengan guru2 yang kita sayangi. Dari kita zaman sekolah rendah, kemudian ke sekolah menengah dan kemudian menginjak kaki ke universiti......ada beberapa nama guru yang terpahat kukuh dalam fikiran. Mungkin kerana kebaikan dia, keikhlasan dia atau kerana kata2 dan semangat yang diberikan....


Saya masih ingat pesanan yang amat bermakna dari seorang guru kepada saya....dimana pesanannya itu saya jadikan sebahagian dari prinsip hidup saya dari dulu, kini dan selamanya.....


"Hulurkanlah bantuan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan....samada terhadap sesama manusia, Islam atau bukan Islam.....terhadap haiwan atau pun terhadap tumbuh2an atau kepada alam sekitar. Jangan harapkan orang itu yang akan membantu kita pula di waktu kesusahan kerana Allah akan menghantar 'seseorang' yang mungkin langsung tidak kita kenali untuk membantu kita di waktu kesusahan........"


Kedua2 gambar ihsan dari sini.


Bantuan kepada manusia mungkin kita faham.....bantuan kepada haiwan? Contohnya membantu haiwan yang dalam kelaparan atau perlukan perlindungan. Saya amat menghargai sifat tEDI yang amat suka membantu kucing2 terbiar.......itu pun bentuk bantuan juga...walaupun pada seekor binatang.! Dia memberi bantuan dalam pelbagai bentuk. Selain memelihara kucing terbiar, dia juga menghantar kucing2 ke tempat2 peliharaan sekiranya dia sudah tidak mampu untuk membelanya. Duit wang usah kiralah.....kucing dibawa ke klinik, dibelikan rantai leher supaya kucing2nya dikenali dan berbelanja untuk membeli makanan kucing yang berkualiti. Tahniah tEDI....teruskan usaha anda. Saya adalah follower tetap blognya walaupun saya ni dalam kategori follower 'berumur' di situ...hihi.


tEDI: Maafkan akak kerana mempromosikan anda dan blog anda tanpa kebenaran!


Bantuan kepada tumbuh2an.....contohnya menanam pokok2, membubuh baja dan tidak membiarkannya mati kekeringan. Bantuan kepada alam sekitar....seperti menjaga persekitaran, tidak membuang sampah merata2 dan sebagainya. Simple kan...?


Saya amalkan prinsip ini. Walaupun saya bukanlah orang senang untuk menabur wang kepada orang yang susah tetapi saya suka menghulurkan bantuan apabila ada peluang. Apabila ianya menjadi prinsip.....perkara yang mungkin agak susah akan jadi senang kerana kita sandarkan pengharapan untuk mendapat perlindungan dari Allah, bukan dari manusia. Perlindungan yang Allah akan berikan dalam pelbagai bentuk dan situasi.....cuma kita yang perlu sedar dan insaf akan pertolongan Allah ini......dan kita bersyukur....dan kita merasa bertambah yakin keimanan kita kepada Allah....dan semakin jatuh cintanya kita kepada Allah. Allahu rabbi.


Contoh 1: Saya amat takut kalau tayar kereta pancit. Bukan tak tahu nak ganti tayar tapi saya 'tak suka' melakukannya. Bagi saya itu kerja orang lelaki....tak sesuai dilakukan oleh perempuan. Tetapi disebabkan saya ni adalah pemandu 'tegar' maka peristiwa tayar pancit telah banyak berlaku dalam hidup saya. Jangan tak percaya.....sudah tiga kali tayar kereta saya pancit ketika saya memandu berseorangan (tanpa suami) tetapi jangan tidak percaya......ada orang secara sukarela datang membantu.....dan masalah selesai tak sampai pun dalam setengah jam!!! Baru2 ni pun tayar kereta saya pancit sewaktu nak balik raya haji ke kampung. Saya terpaksa balik dulu sebab sayalah 'tukang masak emas' bagi bonda tersayang di kampung. Suami terpaksa balik lewat sebab tak ada cuti. Tayar kereta saya pancit....tetapi betul2 di hadapan sebuah kedai kopi.....menderu orang membantu, yang melihat pun ramai. Syukur alhamdulillah.


Peristiwa sebegini menginsafkan saya....... bertambah yakin saya kepada Allah. Jangan lokek membantu orang....pasti Allah datangkan bantuan dalam pelbagai cara.


Contoh 2: Saya pernah memakir kereta di tengah2 panas tengahari. Tiba2 lampu brek menyala tak boleh dimatikan......bila saya kunci kereta, lampu brek masih menyala. Jenuh membelek2 kunci dan alarm di tangan....tetap juga ianya menyala. Tiba2 datang seorang apek tua bermotorsikal berhenti betul2 di belakang kereta saya......lalu membantu saya. Rupa2nya ada satu button hitam dekat brek yang dah longgar....diketatkannya dan sensor brek kembali berfungsi seperti biasa. Apek tua tu siap pesan pd saya supaya segera menggantikan button tersebut......"lima linggit saja maaa..." katanya.


Contoh 3: Suatu masa ketika saya berkursus dalam daerah.....dan suami pula out station. Anak2 saya yang di sekolah rendah pula ada Sukan Tahunan. Mereka sepatutnya balik awal ke rumah....kemudian pergi semula ke sekolah sebelum pukul 2 petang. Disebabkan mereka tak dapat balik ke rumah sebab tak ada sesiapa yang mahu mengambil dan menghantar.....jadi mereka saya bekalkan makanan, bawa sepersalinan kain baju (supaya dapat mandi di sekolah) dan juga mengerjakan solat. Rupa2nya anak2 saya dibawa balik oleh cikgu sekolahnya ke rumah.....diberi makan, mandi dan mengerjakan solat di rumah cikgu itu (saya kenal cikgu tersebut....) tanpa saya pinta....tanpa saya sangka (tapi cikgu tu meminta anak2 saya menelefon saya untuk meminta izin....)


Cukuplah sekadar tiga contoh di atas. Bukan mahu menyohor diri....tetapi saya titipkan di sini untuk panduan semua. Setiap kegentingan dapat saya tempuhi tanpa rasa keluh kesah kerana yakin bahawa pertolongan Allah akan datang.....amat yakin. Ingat lagi entry saya tentang kisah ini? Peristiwa ini juga saya dapat lalui dengan tenang...tanpa keluh kesah....tanpa bimbang. Alhamdulillah memang Allah memberikan pertolonganNya di saat genting tersebut.


Jadi saya rakamkan di sini setinggi2 penghargaan kepada guru saya tersebut. Walaupun saya tidak nukilkan namanya di sini tetapi yakinlah bahawa nasihat cikgu dan nama cikgu tetap terpahat di ingatan saya. Pesanan cikgu juga saya turunkan kepada semua anak murid saya dan kepada mereka yang ada di sekeliling saya....termasuklah rakan2 blogger semua.....amalkanlah nasihat ini kerana ianya juga bertepatan dengan pesanan dan sunnah Nabi.


Buktinya?


Pertama: Rasulullah diutuskan untuk memberi rahmat kepada sekalian alam. Sejarah hidup Nabi membuktikan bahawa seluruh kehidupan Rasulullah diwakafkan untuk manusia menerima hidayah Islam.....hartanya, jiwanya, tenaganya dicurahkan demi Islam dibangunkan.


Kedua: Sifat tabligh baginda yang menyampaikan semua wahyu Allah demi kesejahteraan manusia juga membuktikan bahawa Rasulullah amat suka membantu dan memberi.


Ketiga: Ahli pengkaji sejarah Islam menyifatkan Rasulullah sebagai memiliki tangan seumpama "angin kencang" kerana sifatnya yang suka memberi bantuan kepada sesiapa sahaja....terutama di bulan Ramadhan yang mulia.


Keempat: Baginda pernah tidak lena tidur kerana bimbang sekiranya masih ada wang berbaki yang belum disedekahkan kepada fakir miskin.


Kelima: Baginda memberikan kemaafan kepada seluruh penduduk Mekah yang pernah menzaliminya ketika peristiwa pembukaan Kota Mekah. Memberi kemaafan bukanlah suatu perkara yang mudah.....tetapi Rasulullah dengan mudahnya memberi....


Keenam: Baginda juga memberi kemaafan kepada seluruh penduduk Taif yang menyakitinya ketika berdakwah di sana...baginda menolak tawaran Jibrail yang mahu menurunkan bencana ke atas penduduk Taif dengan kata-kata....."mereka golongan yang tidak mengetahui...."


Ketujuh: Baginda tetap memberi pesanan kepada umatnya walau ketika mahu menghembuskan nafas yang terakhir (nazak). Baginda terus mengingatkan tentang "solah....solah....". Nasihat dan peringatan juga dalam kategori sedekah dan bantuan.


Orang yang paling dekat dengan kita dalam bab memberi "bantuan" ialah IBU kita sendiri. Waktu senang dia memberi secara mewah.....dan di waktu susah dia memberi secara berhemah..!!! Rela mengorbankan diri sendiri untuk kesejahteraan anak2nya....!


Asyiq: Bersemangat mahu menjadi "pemberi". Darah saya pun jenis "O"....ada kaitan tak??


21 comments:

Abd Razak said...

assalamualaikum...

Orang pertama lagi...

Pemberian yang ikhlas, hanya semata-mata mengharap rahmat serta balasan dari Allah SWT semata.

"Barangsiapa yang berbuat sebesar zarrah dari kebaikan maka ia pasti akan melihat (balasan)nya. Dan barangsiapa yang berbuat sebesar zarrah dari kejahatan maka ia pasti akan melihat (balasan)nya pula." (Al Zalzalah ayat 7 dan 8).

Tirana said...

Kita tidak akan mengalami kerugian apa pun jika memberi kepada orang lain. Mungkin secara zahir nampak macam tu (setengah orang anggap buang masa dan buang tenaga dgn membantu orang lain) tapi dari kacamata Islam, segala pemberian dan pertolongan kita walau sekecil mana sekalipun tidak akan sia-sia..

ASYIQ said...

Abd Razak ---> Sifat riak, sombong dan takbur atas kebaikan yg kita laksanakan perlu kita jaga dan hindari....kena sentiasa insaf dan sedar kerana ianya umpama api yang membakar sekam.........dari dalam, tanpa kita sedari.

Mesti selalu istighfar, kenali diri bhw kita lemah. Kalau kita buat baik pun sebenarnya atas dorongan dan kemahuan Allah juga....

Sifat inilah yg paling akak takuti...tolonglah tegur seandainya sifat ini mula bertapak.

ASYIQ said...

Tirana ---> Kalau Matematik biasa....1-1 jawapannya 0.

Tapi kalau dalam Islam; 1-1 jawapannya 700....

Macam mana boleh jadi begitu??

Kerana setiap kebaikan yang kita lakukan akan Allah gandakan sebanyak 700 kali ganda.

Cuma, keyakinan teguh pd ganjaran Allah ini yang payah nak lekat dalam fikiran kita.....

Brahim Nyior said...

Salam.

Saya setuju, kita banyak tolong orang, Allah akan permudahkan urusan kita.

Tapi Asyiq, saya akan fikir dua tiga kali jika sedang memandu malam, di lorong sunyi, lalu terserempak pemuda menahan kenderaan untuk menumpang..

Asyiq bagaimana? Nak tolong?

Mak Su said...

tq utk peringatan ini

ASYIQ said...

Brahim Nyior ---> Sekarang ni kalau nk menolong kena tengok2 juga......

Dalam situasi tu sy takkan berhenti...dibuatnya yg menahan sorang tp dalm semak ada lima org menanti. Tak ke haru.....

Sy mmg tak pernah memandu waktu mlm secara berseorgan, kecuali bersama suami.

Nak menolong pn kena bertempat jg.

ASYIQ said...

Mak Su ---> Sama2....^_^

Nik Fauziah Nik Hussin said...

salam perkenalan untuk Asyiq..
Mmg betul.. ringan2kanlah tangan menghulur bantuan. Kalau tidak dibalas oleh orang yang diberi bantuan, insya-Allah org lain akan membalas.. kalau tidakpun, Allah sentiasa membalas kebaikan yang telah kita buat!.
ps: seangkatan lah kut Asyiq, dah jejak 40 dah..!heheh

hans said...

betul
bila tolong orang buat dgn keikhlasan sebab nanti Allah akan permudahkan urusan kita di kemudian hari

sI tEDI said...

teruja gila bila di beritahu nama ada dalam entry. tanpa membaca memberikomen dahulu.. ha ha ha.. komen pertama dan blog pertama yg di singgah hari ini.

ekekekekek.. jap g nak baca pastu i komen yu balik.. ekekekekek

ASYIQ said...

Nik Fauziah ---> Terima kasih sudi ke sini. Agak2nya betul la tu....kalau topik entry lebih kurang aje temanya maka itu tandanya umur kita juga sama seangkatan...hihi.

Moga kita terus berkawan.

ASYIQ said...

Hans ---> Betul hans, akak sokong 200%

ASYIQ said...

tEDI ---> Sorrylah sbb menggunakan nama tanpa kebenaran, siap letak link lagi...hihi.


Itu tandanya ada orang sukee.

sI tEDI said...

cikgu asyiq..

macam saya pernah tulis sebelum ini dan yg macam cikgu ketahui saya bukanlah bekerja dan mempunyai gaji riban2 untuk membantu secara besar2ran haiwan tersebut.

tapi Allah membantu saya dengan memberi petunjuk menguruskan perbelanjaan dengan cara yg betul.

Mungkin itu hikmahnya membantu sesama makhluk Allah. Rezeki sentiasa ada dan tidak pernah terdesak.

Bila kta tolong orang secara automatiknya Allah akan membuka hati orang untuk membantu kita pula.

terima kasih .

ASYIQ said...

TeDI ---> Betul tu tEDI....mmg besar pahalanya membantu haiwan terbiar mcm tu.

Teruskan...moga sentiasa diberkati Allah.

Tirana said...

Salam AsyiQ..

Signiture tu boleh buat sendiri..masuk balik blog kak tirana dan klik kat signiture kak tirana tu..nanti dia akan bawa AsyiQ ke satu site untuk buat signiture tu..Banyak pilihan dan ada penerangan step by step macam mana nak buat.. Buat pilihan ikut selera masing-masing..hehehe

Sitisifir10 said...

Yes...I just really love when somebody ask for my help..just in case I didn't realized that they are in need

ASYIQ said...

Tirana ---> Ok kak...bila hati dah berkenan.

Nanti sy cuba sedaya upaya, kalau gagal sy cuba lagi...hihi.

TQ kak...

ASYIQ said...

Sitisifir ---> Betul jg tu...tp manusia ni kdg2 malu nk minta tolong kecuali kalau betul2 terdesak. Cuma kita yg kena alert sikit.


Rasa bahagia bila melihat org yg kita tolong dah mula senyum kembali!!!

ASYIQ said...

Tirana ---> Saya dah mampu lakukannya kak...alhamdulillah.

Akhirnya signature idaman dah dipublishkan di entry terbaru....hihi.

Pengikut ASYIQ