JellyPages.com

.:namaku...:.

AHLAN WA SAHLAN

Sebuah blog yang tiada apa....cuma cebisan kenangan sepanjang kehidupan saya.

Semua cerita...mungkin tiada apa utk orang lain...tetapi amat berharga utk saya.

Thursday, December 3, 2009

Saya hargai anda...rakan-rakan mayaku sekalian!!

Assalamualaikum....


Hari ini saya hendak bercerita kisah beberapa rakan blogger yang menjadi rakan maya saya. Pertama tentang Chimera. Terasa terlalu lama dia tidak update blognya dan semalam saya klik link di blog saya.....jawapan yang mengejutkan...."Blogger: Blog not found". Mungkin dia sudah delete blognya yang lama tetapi tiada mesej baru ttg pembikinan blog baru seperti yang pernah dilakukannya suatu ketika dahulu. Saya suka membaca entry2 Chimera kerana dia pada saya mempunyai bakat dalam penulisan....menggabungkan pengalaman seharian dengan ilmu motivasi dan keagamaan dengan baik sekali. Kalau sesiapa ada maklumat tentang Chimera tolonglah beritahu saya ye.



Yang kedua tentang pencerobohan ke atas blog Seharum Kayu Manis (saya dah delete linknya di blog saya) yang asalnya dimiliki sepenuhnya oleh Na Shari. Blog ini telah diceroboh dengan perkataan-perkataan lucah dan lebih malang sekali passwordnya telah ditukar sehingga empunya blog sendiri pun tak boleh sign in lagi. Entry terakhirnya pun bukan ditulis oleh Na Shari tetapi ditulis oleh penceroboh tersebut. Perkataan "Nyah kau dari sini" sebenarnya ditulis oleh penceroboh terbabit kepada empunya asal blog. Saya amat terkejut.....ada juga manusia spesies macam ni di atas muka bumi.




Justeru itu Na Shari telah membuat satu blog baru yang dikenali sebagai Diari Jasnia......pagi tadi pula saya baca entry terbaru Na......tahniah, Na skrg telah pregnant anak sulung setelah dua kali keguguran dalam tahun 2009. Lihatlah Na.....rupanya ujian pencerobohan blog Na diganti dengan berita lain yang lebih menggembirakan......alhamdulillah.



Yang ketiga saya terasa kehilangan rakan blogger yang dikenali sebagai Paan Lee melalui blognya yang bernama My Little Mosque. Seorang adik remaja yang nampaknya begitu gigih memahami Islam dan mengamalkannya. Entry2nya mengandungi sentuhan keislaman....tetapi dia sudah lama berhenti berblog, dahulu dinyatakan atas sebab2 peribadi untuk memberi sepenuh tumpuannya terhadap pembelajaran. Dahulu dia adalah follower tetap saya yang begitu mesra ....suka bertanya dan minta pendapat. Moga suatu hari dia kembali berblog....dapat berkongsi ilmu dan pengalaman.



Yang keempat ialah rakan blogger yang dikenali sebagai Dida.....seorang isteri yang menetap di Arab Saudi kerana mengikut tempat suaminya bertugas. Semenjak dia kembali ke tanahair untuk menyambut hari raya aidilfitri yang lalu selama tiga minggu kalau tak silap.....kemudian balik ke Arab Saudi, kemudian berpindah rumah (ada gangguan talian internet akibat berpindah ke rumah baru) dan berita terkini dia sekarang sedang mengerjakan haji di Mekah. Saya amat merinduinya......ziarahnya, komentarnya dan kemesraannya. Semoga Dida mendapat haji yang mabrur dan balik semula ke Arab Saudi dan segera berblog. Alam blogger saya sunyi dengan kehilangan Dida.



Kelima tentang rakan blogger yang bernama Lots of Love atau lebih senang dipanggil LOL. Amat mesra dia menyapa di ruang komen setiap kali saya post entry baru. Namun begitu ramai yang tidak tahu bahawa LOL ialah rakan maya saya yang beragama Kristian. Dalam dua tiga entrynya yang terkini dia sedang teruja untuk balik bercuti ke Sabah meraikan Krismas bersama keluarganya.....setelah empat tahun tidak balik ke kampung. Walaupun dia tidak seagama dengan saya tetapi persahabatan yang dihulurkannya amat mesra.....terima kasih LOL kerana sudi menjadi rakan baik akak sepanjang usia akak berblog. Semoga LOL bergembira dengan kepulangan LOL ke kampung halaman dan semoga nenek LOL juga cepat sembuh.



Di sini juga saya mahu menghargai sepenuhnya rakan2 blogger yang terlalu setia di blog saya sekarang. Antaranya Abd Razak, Tirana, sI tEDI, hans, Siti@Nurie, Mak Su, Jinggo, Brahim Nyior, NorulLisZa, Azila, aaryani, Na Shari, Cikgu Rosmah, Iqbal, Ummumishkah, atie, klcitizen, arianni, melatidaisy, Zai, Ombakbaik, Aie Bahri, Maria, Afzan. Tak mampu nak letak link di sini.....semua blog pilihan ini ada link di blog saya. Saya amat menghargai persahabatan ini.....terima kasih semua. Sharing is Caring adalah di antara slogan kita sehari2 dalam bersahabat.



Follower saya pun sekarang dah ada 110 orang....ramai sungguh dalam usia blog saya yang tak sampai setahun. Minta maaflah andainya saya tak mampu untuk pergi ziarah ke blog rakan2 semua.....



Kepada kak Tirana....terima kasih atas tunjuk ajar untuk membuat signature di bawah ni.....tak sangka pula saya mampu melakukannya. TQ kak....luv u always.


Salam kasih sayang untuk semua.


45 comments:

Tirana said...

Salam AsyiQ, cantik signiture baru tu..hehehe..tapi kalau asyiQ buat background tu transparent (instead of white) lagi ok kot..cuba lain kali ye..

Pasal Chimera..rupanya asyiQ belum tahu ceritanya..Tak pe..kita tak payah cerita di sini.. Kalau nak tahu email kak tirana di ranasari2007@yahoo.com

Terimakasih kerana masih setia berkunjung ke blog kak tirana walaupun kadang2 kak tirana kesuntukan masa untuk berkunjung ke blog AsyiQ ni. Semoga persahabatan akan tetap berkekalan...

Abd Razak said...

Salam...

Terima kasih juga pada kakak kerana selama ini memberi sokongan kepada saya dalam ruang ini bagi menyampaikan peringatan dan nasihat buat diri saya dan rakan-rakan semua.

Tentang blog chimera sebenarnya telah lama saya mengetahui ceritanya, seperti kak Tirana juga saya tidak mahu memanjangkan ceritanya.

anakmuaallaf said...

Salam AsyiQ,
Mudah-mudahan sahabat maya akan jumpa semula..

Dearie Pearls said...

Salah Sahabatku Kak AsyiQ..
Semoga sihat2 saja k..
Saat ni LOL blushing kerana ada nama LOL di sini. Hehehe..
Thanks Kak..
Kak begitu prihatin dengan peribadi LOL especially agama LOL kerana beberapa org yang agak keliru. Tapi itu tidak ada masalah, yang penting jujur dalam persahabatan / perhubungan.

Kak,
Thank you for this entri. Like it.

LOL juga merindui Dida.
Semoga segalanya dipermudahkan utk Dida.

Kepada Kak,
Thank you for lovin me and thanks for this friendship oso.
So sweet of ya. Wish Kak and family happy and owez in gud health.

LotsOfLove,
-LOL-

Dearie Pearls said...

Oh ya..
Signature tu chanteQ dan mungkin betul kata Kak Tirana. background transparent lebih menarik. Hehe..

Dearie Pearls said...

...dan terima kasih kerana prihatin kepada nenek juga. I miss her much.
Thanks Kak.

Jasnia said...

Salam kak Asyiq,

Menggigil-gigil tangan Na saat menaip komen ni...Ada airmata terharu dan gembira gugur setitis demi setitis di pipi. Terharu bila baca baris-baris ayat akak mengenai kisah blog lama Na yang telah diceroboh...Gembira sebab akak turut sama bergembira berkongsi berita paling bermakna dalam hidup Na.

Anyway, thanks akak coz sudi promote blog baru Na...I really appreciated it :)

Arianni said...

Salam..:):)

T/kasih juga pd akak krn sudi berkongsi ilmu, pengalaman, peringatan dan tunjuk ajar..buat manfaat diri ini..amat2 dihargai..
Semoga jalinan ukhwah dan silaturahim ini perpanjangan..
Teruskan berdakwah krn sesungguhnya ia adalah amalan tinggi yg menjadikan seorg Muslim itu dicintai Allah s.w.t..

myQza said...

saya lapor diri dulu.. ekekekekek

smurf said...

Salam Asyiq ...

Terima kasih dan terharu dgn penghargaan terhadap pershbtn yg terjalin ini ..

As juga merindui teman2 , walaupun As nie biasanya jd silent reader jer ..

Rindu kat Dida dan Chime ..
tau kisah Dida yg mengerjakan Haji tapi ttg Chime ???? ternanti2 !!! Apa sebenarnya , berdebar2 rasa , teringin hati ini nak mengetahui .. Harap leh bagitau ..

Semoga persahabatan di alam maya nie berkekalan walaupun As jarang memberi komen namun ttp menjadi pembaca setia ..

Mak Su said...

saling hormat-menghormati antara blogger menjalinkan ikatan mesra :)

ASYIQ said...

Tirana ---> Saya dah buat lain signature tu...dh tukar background pd transparent....cantiQ sgt!!!


TQ juga krn dgn segera menghantar email ttg chimera kpd saya. Dah terjawab 1001 persoalan dlm kepala saya....hihi.


Spt yg akak tahu, blog akak adalah blog yg sy kunjungi selalu sebelum saya berblog lagi. Saya amat menghargai perkongsian ilmu di situ. Semoga ikatan persahabatan kita kekal diberkati Allah.

ASYIQ said...

Abd Razak ---> Cukup sekadar tempat kedua hari ni...? ^-^


Sharing is Caring...semoga kita dapat berurusan dlm menerima dan mengamalkan ilmu yg benar. TQ.

ASYIQ said...

Anak Muallaf ---> Kita juga boleh bersahabat....selalulah ke sini...k.
TQ krn sudi berkunjung dn meninggalkan komen.

ASYIQ said...

LOL ---> Terima kasih krn LOL sudi menyambut salam persahabatan dari akak.

Tak ada salahnya kita bersahabat walaupun berlainan bangsa dan agama.....


Moga LOL gembira dgn kepulangan ke Sabah nnti, melepaskan kerinduan pd keluarga yg tersyg.

Akak akan miss LOL nnti....ziarah LOL, komen LOL dan kemesraan LOL.

TQ dik....

ASYIQ said...

Jasnia ---> Kegembiraan yg Na rasai juga turut akak rasai.....berbunga rasa kebahagiaan di hati. Terima kasih krn Na sudi dtg ke sini dan menyambut tali persahabatan yg akak hulurkan. Moga silaturrahim kita berkekalan.

Take care dik...

ASYIQ said...

Arianni ---> Terima ksih krn sudi bersahabat dgn akak di alam maya ni....moga diberkati oleh Allah hendaknya.


Tq dik.

ASYIQ said...

tEDI ---> Ok...akak terima laporan ko tEDI. Jgn lupa dtg lg....beri komen pjg2...hihi.


TQ dik kerana selalu ke sini. Akak amat menghargai. Walaupun jarak umur jauh berbeza (jauh??...rasa tua sgt)tp tak salah kan kita bersahabat.

Take care.

ASYIQ said...

ASE1 ---> Terima kasih kembali....sy suka ke blog akak krn penulisan akak natural, asli dari hati dan nurani.


Tentang chimera tu...kalau akak nak tahu cerita sebenar tolong hantar email kepada saya di ashikin_osman@yahoo.com.

TQ kak.

ASYIQ said...

Mak Su ---> Betul sekali....saya sokong mak su 200%....selalulah dtg ke sini ye mak su.

TQ.

myQza said...

aduhai..
cikgu asyiq. bila sesekali kita sebutkan nama2 rakan blogger dan ucapan2 tanda penghargaan itu satu yang amat menyentuh hati.
lebih2 lagi kita belum pernah saling bertentang mata.

tapi saya ni kalau dah bertentang mata lidah kelu pula mahu berkata-kata/ ekekekkee..

apapun cikgu,
bila kenal dengan ramai orang, baca pelbagai cerita baru saya sedar, dunia ini bukan milik kita dan hanya ada cerita kita sahaja.

banyak versi kehidupan dan rupa persahaban yang telah terjalin.

seharusnya saya patut mengucapkan terima kasih kepada adik norulisza el farisi yang 'menemukan' saya dengan blog dambasyurga ini.

terima kasih cikgu asyiq

Melatidaisy said...

salam kak asyiq,

jazakillah khairan jazaa..terasa manisnya ukhwah bile ikatannya tersimpul ats nama mencari keredhaan-Nya..seingt sy belum smpai sebulan sy mengenali akak, tpi segala perkongsian ilmu dan pengalaman serta semangat n dorongan akak buat sy rase mcm dah lame mengenali akak,walaupun sy masih baru d teratak ini.. alhamdulillah ats rabitah hati ini, syukran buat akak ats segala ilmu dan nasihat..semoga Allah merahmati akak sekeluarga..ada rezeki insyaAllah kite dpt jumpe..teringin nak jumpe akak :)

Unknown said...

salam kak.saya dah baca lama dah.tapi takleh komen..tapi tetap nak komen jugak!nak ucap terima kasih~terima kasih kak kerana manjedi 'guru' saya...

ASYIQ said...

sI tEDI ---> Haah...LisZa antara orang yg menemukan kita di sini...tapi LiS sibuk study. sesekali akak hanya menyapa dan beramah mesra di YM shj. Skrg dia tengah fighting utk menyiapkan tesis dia.


Mmg baru kita sedar bhw dunia ini dilihat oleh lain dlm pelbagai versi dan perspektif.....baru sedar bhw selama ni kita di bawah tempurung aje....jadi katak tua...haha.


Terima kasih dik krn sudi menjadi sahabat maya akak. Kalau akak ke Melaka insyaAllah akak akan cari tEDI. Waktu itu jangan lari....hihi.

ASYIQ said...

Melatidaisy ---> Kita baru kenal yea...tapi rasa macam dah bertahun. Itulah kuatnya jalinan ikatan yg terbit dr hati.


Selamat bersahabat....rajin2lah ke sini.

ASYIQ said...

Iqbal ---> Terima kasih Iqbal krn menjadi adik yg terbaik. Teruskan perjuangan dlm mencari ilmu bagi memantapkan iman dan taqwa.


Siapa yang jadi cikgu ni sebenarnya....akak ke Iqbal sendiri...hihi. Iqbal dh cukup hebat...teruskan berkarya.

hans said...

kesiannya blog kena ceroboh
asal orang tu sakit hati sangat dgn dia kak?
adoi
manusia2

Abgbent said...

Salamelekom,wbt adikku Asyiq yang rindukan Syurga. Heheeeee

Dulu pernah gak abg ziarah p cni sebab ada yang istimewa mengenainya. Tak silap abg, nak juga menghulurkan ilmu mengenai nuffnang pada masa tu, tapi adik tak berminat. :(

Tak per la, abg ziarah hari ni dari Seoul, Korea plak. Moga2 adik akan berbahagia sentiasa.

Walaupun abg tak di short listed kan di dalam entri ini, abg akan cuba terus berusaha menziarahi blog DambaSyurga ni yang memang cukup istimewa.

ASYIQ said...

Hans ---> Manusia ada macam2 jenis. Tak tahu apa yang mereka mahu....kalau nak diikutkan silalah buat blog sendiri....kenapa perlu ceroboh blog org lain.


Kita berblog dgn memasukkan entry2 peribadi yg ada kenangannya tersendiri. Cuba bayangkan kalau blog kesayangan kita dah tak boleh dimiliki oleh kita sendiri. Hapus semua kenangan di situ. Aduhai...parah hati dan perasaan orang tu...

p/s semenjak dua menjak ni jumpa dgn macam2 jenis orang....^-^

ASYIQ said...

Abangbent ---> Terima kasih krn sudi ziarah. Sy pun masih ingat lg pasal nuffnag tu.....hihi.


Disebabkan sy adalah follower abangbent, sy masuk juga sekali sekala ke blog abangbent ttp selalunya menjadi silent readers shj.


Buat apa di Seoul ye. Kirim salam dekat Yu jin dan Jun Xiang (Winter Sonata)...haha. Saya bergurau je...^-^

en_me said...

blog bukanlah hakmilik kekkalls ghitewww.. ehehe, salammm akak asyiq tewww

Rbin said...

Salam perkenalan.

Saya saja nak ziarah sbb nak tengok signature baru Asiq..

Ok. Very nice. TQ

Unknown said...

akak taw tak,pujian itu duri sebenarnya.Jadi sy harap akak jgnla puji sy..huhu...wlpun ada benarnya.hahaha

tak!tak!guraw jek~huhu

ASYIQ said...

en_me ---> Terima kasih sudi singgah sini. Pernah beberapa kali ke blog en_me, pd ketika itu melihat ramainya org yang mengomen.


Kiranya blog glamour gitu...hihi.

ASYIQ said...

Rbain ---> Sy mengenali Rbain sbg rakan baik @co-author utk blog TPM kak Tirana.


Sudilah kiranya kita bersahabat...selalu dtg ke sini yea.

ASYIQ said...

Iqbal---> Malu2 pulak....hihi.

Minta maaf yea...td anak akak kt Iqbal (tomase) ada tegur akak di YM, tetapi mereka sign out baru beritahu pd akak........nmpk mcm kurang sopan skit. Maaf la yea.....kak ngah punya keje tu...hihi.


Kalau cuti2 ni, YM tu asyik sign in dan sign out, pantang kosong meja laptop, berebut2 belaka.....adeeeh.

Rbin said...

Inyallah saya akan cuba menziarah selalu ke sini, mgkin ada sesuatu yang istimewa dan boleh sya pelajari disini.

Sukran Jazilan wa ilal liqa'.

atie said...

Salam Kak Asyik..

Terima kasih gak kat akak kerana memberi sokongan atas blog saya yang mungkit tidak mendatangkan info2 yang berguna... cuma ingin berkongsi minat dan cerita... tq.. seronok bersahabat di maya nie coz .. ceritanya baik2 aje..... seronok gak bersahabat ngan akak.....

Anonymous said...

Blog ni, antara yg slalu kena terjah ngan saya...hehe

moga sakses slalu...

ASYIQ said...

Rbain ---> Terima kasih krn sudi membalas salam persahabatan saya.

Ahlan wa sahlan.

ASYIQ said...

atie ---> Semenjak saya ke blog atie dah banyak hasil kerastangan yg mampu saya buat...hihi.

"Kerastangan"....saya kagum dgn kehalusan seni yg dimiliki oleh atie. Itulah nikmat perkongsian ilmu di sini.

Apapun kita adalah kita yg tak mungkin jadi orang lain. Apa yang ada pada kita itulah yang mampu kita kongsikan....teruskan.

ASYIQ said...

cik Epal ---> Saya dah terjah blog cik Epal yang manis ni.....follower pn 1000 lebih, tereliak mata saya.


Mungkin cik Epal ni dh terlalu banyak pengalaman dlm dunia blogging yg ada mcm2 rupa paras ni...hihi.


Terima kasih krn sudi jengah di sini.


"Appreciate" hanya dengan kata2 shj....tak mampu pulak nk kasik hadiah wpun dgn kad ucapan atau whatever......serba kurang adanya.

ASYIQ said...

aaryani ---> Akhirnya nmpk juga batang idung dia.

Kemana gerangan menghilang ni. Blog kak yan pn dah ada berhabuk skit...bila nk update??

Balik kg atau bercuti ke arab saudi??

Dah pindah rumah??

Sy rindukan kak yan...

AiE bAhRi said...

Salam kak..

Rindu nak lepak sini lama2 kak...kali ini baru berpeluang. Rasanya yang pasal abg chime, saya ada emel akak tapi tak berbalas.tape la, mungkin kak Tirana dah bagi penjelasan.

Kak, ada entri khas untuk kak Ngah...

Azila said...

salam kak, sekian lama sy tk beri komen dblog2 org..hny mjadi silent reader..

terima ksh juga..akak bnyk beri nasihat pd sy...sori haritu tk dpt nk share gmbar..akak boleh tgk difacebook sy k...sy dh add akak.

Pengikut ASYIQ