kata2 hikmah dari Buku Motivasi Menjadi Wanita Paling Bahagia.
Nafsu itu adalah kuasa penggerak dalam diri seseorang
Jika ia dimanjakan, ia akan ketagih
Tetapi jika dibiarkan, ia akan lupa.
Setiap kesedihan pasti akan ada penghujungnya,
keadaan apapun yang dialami kini
pasti berganti dengan keadaan lain pula.
Sembilan puluh peratus budi pekerti mulia
terdapat pada sikap suka memaafkan.
Terkadang manusia menyesal kerana kata-kata
yang telah diucapkannya
tetapi dia tidak pernah menyesal kerana diamnya.
Wanita yang baik akan menjadi sebutan manusia,
dia dicintai oleh suami
disenangi tetangga
dan dihormati oleh rakan dan taulan.
Kalau kita ingin mengharap orang lain
tidak menjadi beban kepada kita
maka eloklah kita dahulu tidak
membebankan manusia.
Asyiq: teringin sangat nak buat entry baru tapi badan terlalu letih...
entry semalam saya dah delete atas kepentingan sahabat.
terima kasih atas pandangan semua.
Salam manis,
28 comments:
kerana mulut badan binasa...
ada satu hadis yg sampai bila2 sy sering fikirkan..
2 perkara yg menyebabkan ramai manusia ke syurga,iaitu taqwa dan akhlak yg mulia.Dan 2 perkara yg menyebabkan ramai manusia jatuh ke lembah neraka pula ialah kerana mulutnya dan juga kemaluannya...
nafsu?nafsu juga makhluk yg tiada daya dan upaya melainkan dengan ketetapan oleh Allah.Ikat ia dgn banyak berpuasa dan menyelami hakikat 'muroqobah' iaitu "Aku sedang diperhatikan oleh Allah!"
Salam...:)
Orang pertama ker ni? :)
KEMAAFAN mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukan hati kita, TETAPI hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka.
"Sembilan puluh peratus budi pekerti mulia terdapat pada sikap suka memaafkan..."
Saya sgt setuju dgn pandangan ini sbb selari dengan perinsip "To forgive is to set a prisoner free and to discover that the prisoner is You" - ini adalah kata2 oleh Lewis Smedes.
Bagi saya terdapat banyak kebenaran dari 2 kata-kata ini, bagi yang mengetahui rahsianya (kebaikan memaafkan).
nak nantikan kesedihan tu berpenghujung,,, cukuplah seksa..
Assalamualaikum,nampaknya anda suka menghampiri ugama. Tema blogpun kata nak mencari syurga. Kalau begitu sebenarnya niat hati kecil anda dan menjadi matlamat hidup ini, mungkin : yayasan-ilmu.blogspot.com boleh membukakan 'jalan pintas' ke sana, insya Allah.
saya suka menjadi baik...malangnya saya jadik sebut-sebutan juga,
tak reti bergaul, penyenyap sangat, bagaikan anti-sosial, bla bla bla... :(
Terima kasih kak asiq utk info sharing!
insaff kanns..
dah lama tak ke sini...
mungkin diri ini sudah dilupai,
tapi teringin menyumbang komen juga,
harap tuan rumah sudi membaca...
kata bicara,
mainan lidah semata...
hati terguris, pedih,
tiada siapa yang tahu
kerana sipenutur hanya pandai bicara...
sering berdusta...
adakah ini pekerti mulia,
teman sedih dan kita pula tertawa
moga bicara kita
adalah bicara mulia
Iqbal ---> Maafkan akak kerana lambat reply. Ksibukan yg amat buat masa ni krn akak sudah mula bertugas di musim cuti ni.....hihi.
Kerana pulut santan binasa dan kerana mulut badan binasa......terlajak perahu boleh diundur ttp terlajak kata buruk padahnya.
Semuanya peribahasa org tua ni membygkn betapa pentingnya
Abd Razak ---> Saya suka ayat ni....indahnya.
Rbain ---> Mengikut kata pakar motivasi terkenal Dato` Fadzilah Kamsah....salah satu cara untuk mendapat hati yang tenang ialah dengan cara memberi kemaafan dan meminta kemaafan dari org yang berada di sekeliling kita setiap hari......
Mmg banyak kebaikan memberi kemaafan.
sI tEDI ---> Kalau akak pulak....time menunggu kesedihan tu reda sampai la tak lalu nak makan....huhu.
Yayasan Ilmu ---> terima kasih...nanti free sy datang. Buat masa skrg agak sibuk skit.
Mak Su ---> Pedulikan apa org kata.....kita jadilah diri kita yg sebenar...
Yp penting niat baik....
UM dan en_me ---> Terima kasih sudi ke sini utk saling berkongsi....
izakhairi ---> Alahai dik...
Maafkan akak yea. Jarang ke blog iza. Mgkn sbb akak belum ltk link. Nnti akak letak link yea...
Terimakasih krn sudi bersahabat dgn saya....
Salam Kak sayang..
penat lagi ke kak..?
take enough rest k..
dik suka ni:
"Terkadang manusia menyesal kerana kata-kata
yang telah diucapkannya
tetapi dia tidak pernah menyesal kerana diamnya.."
mungkin diam lebih baik..
thanks sharin this..
thanks peringatan.
Kak..
Happy pula hari ni coz dah nengok wajah Kak..
Assalamualaikum,
Renung merenung, muhasabah adalah aktivit yang baik.
LOL ---> Baru kenal ye LOL. Masuk sini asyik tengok akak di sebalik pokok bunga je...hihi. Tengok kt FB....nah ko....jelas, lagi terang...hihi.
LOL, akak pn tengah tunggu gambar LOL pulak....jgn lupa itu.
Azila ---> Sama2 kita memberi dan menerima......
Mohd Farid ---> Terima kasih sudi datang sini....
salam kak asyiq,ape kbr kak? harap
akak sekeluarga sihat2 semua.. :)
salam..
Aslkm tuan n puan,wah lain dari yg lain blog,i ske,but nak ajak sesape ke blog sye ni di http://mysterygraphy.blogspot.com ,ok bye
salam kunjungan, selamat bercuti :)
Post a Comment