JellyPages.com

.:namaku...:.

AHLAN WA SAHLAN

Sebuah blog yang tiada apa....cuma cebisan kenangan sepanjang kehidupan saya.

Semua cerita...mungkin tiada apa utk orang lain...tetapi amat berharga utk saya.

Wednesday, November 25, 2009

2012..mesti tonton!



Assalamualaikum...

Baca tajuk entry....mesti rakan2 kata saya dah pergi tengok cerita ni di panggung. Jangan tak percaya seumur hidup saya pernah sekali sahaja masuk panggung....tengok cerita Titanic, suatu ketika dahulu....masa bujang. Jangan ceritalah bestnyer.....rasa kita pula yang duduk dalam kapal tu.


Dengar cerita orang, 2012 best sangat. Lagi best kalau tengok kat panggung. Baru terasa gegarannya. Petang semalam sewaktu membeli barangan dapur di salah sebuah pasaraya di sini....Fahem singgah di sebuah kedai CD. Menelek2 DVD karektor animasi kegemarannya.


"Cerita 2012 ada?" tanya saya pada apek tukang jual tu.


"Ada maaa.....bagus gambar nyer." Terus si apek mengeluarkan sekeping DVD....6 ringgit shj. Bukan original tapi spicy.....haha. (Tolong jangan heboh2kan cerita nih....nanti polis jiran saya tahu)


Terujanya saya nak tengok....kononnya kiamat akan berlaku tahun 2012. Macam mana dia gambarkan suasana kiamat tu????


Balik terus tonton bersama anak2....tetapi disebabkan Fahem ada jadual main kasut roda dan skateboardnya, dia tak menonton pun. Padahal dia yang promote pada saya tentang filem ni. Katanya kiamat akan berlaku tahun 2012. Jenuh saya membetulkan kesalahan faktanya itu.


Hasilnya....memang cerita ni best. Wajarlah kalau dapat box office pun. Agaknya kalau tengok kat panggung lagi best. Air laut melimpah, bangunan habis menyembah bumi, tanah runtuh, gempa bumi....semua digambarkan dengan berkesan sekali.


Cuma digambarkan kononnya sebuah keluarga terselamat lari dari segala bencana hanya kerana mereka memiliki sebuah kapal terbang. Mereka lari dari bencana tersebut. Dan bencana tersebut pula hanya berlaku di atas bumi.....di ruang angkasa kononnya masih selamat.


Sekadar untuk mendapat pengalaman suasana kiamat....suasana kiamat yang sebenarnya lebih dahsyat lagi. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui....



31 comments:

Dearie Pearls said...

Salam Kak..
LOL tak tonton lagi citer tue dan mungkin tak akan melainkan CD / DVD.
Dah lama tak g panggung wayang.
Hehe..

Tapi menurut komen teman2 yang dah pegi tengok, computer effect tu yang membuatkan citer tu hidup..

Dan banyak ketidaklogikan berlaku.

Hehe..
Baca / dengar jek komen dari kwn2..

Abd Razak said...

Salam...

Saya mendengar juga filem hebat ni tapi belum kesampaian utk menonton.

:):) lama dah tidak menonton

Ummu Mishkah said...

saya pun tak pernah masuk panggung!
Cerita ni ada pro dan kontranya kan.. untuk anak2 perlu ditonton bersama parent supaya dapat menerangkan apa yang tidak logik.
Mungkin elok untuk kita ingatkan hari qiamat cuma tarikh 2012 tu yang di ambil dari teori orientalis sebenarnya blh memesong kan kita kerana antara perkara yang dihijabkan dari kita ialah bila tarikh hari qiamat akan berlaku.

kyungie said...

Best ker citer tuu...

^-^

Unknown said...

Wah...sy dah download da.tapi gamba buruk ar..takde mood nak tengok.nanti la sy nak tengok..sekarang ni pikir nak raya jek!haha..

selamat hari raya aidil adha ye kak~

p/s-->esok sy balik kampung sampai hari ahad

kyungie said...

Auna pon baru sekali masok panggong tengok citer upin dan ipin ngan keluarge sekali ..best masok kt panggong tuu mcm btol2 ..

ASYIQ said...

LOL ---> Wbgmanapun takjub jg dgn kehebatan cerita tu. Hebat pembikinannya dgn teknologi yg canggih. Kalau kita, belum tentu dpt buat sehebat itu.


Cuma gambaran shj, bagaimana berlakunya kiamat nnti kita semua tak dapat membayangkannya.


Mesti tonton LOL...walau hanya beli DVD.

ASYIQ said...

Abd Razak ---> Boleh beli dvd...boleh tengok di rumah...hihi

^_^

hans said...

filem tu memang Superb tapi ada juga scene2 dia xmenarik dan buang masa
lagi satu bencana2 dia more to tsunami,gunung berapi dan tanah runtuh
kalau ada ribut2 ker puting beliung ke best sikit

ASYIQ said...

UM ---> Betul...kalau menonton perlu ditemani parents utk menerangkannya. Takut tersalah faham. Bukan tarikh....yang kita nk tengok bagaimana ianya digambarkan. Itu pun rasanya banyak yg tersasar...banyak jg perkara yg tak logik berlaku.

Terutama bagaimana pula ada manusia yg akan selamat. Kalau begitu hebat bencananya pasti tidak ada manusia pun yg akan hidup.

Keduanya pula ada org meramalkan ianya akan berlaku bila...jam dan tarikh. Nampak jg tidak logiknya.

ASYIQ said...

Iqbal---> Ok2...beraya dulu. Lepas ni ada free boleh la tengok.


Selamat hari raya aidil adha. Esok berpuasalah sunat.....k.

ASYIQ said...

Auna ---> Itulah lebihnya tengok di panggung. Rasa kita pun berada di tempat kejadian.

ASYIQ said...

Hans ---> Ha ah...tak ada pula digambarkan puting beliung, dan kawasan di angkasa pun aman dan tenang sehingga kapal terbang boleh lalu dgn tenang....

masa byk terbuang dgn cerita2 lain.
sikit aje scene bencana tu.

memang ada yg tak logik.

tapi satu hasil seni yg mengagumkan.

Unknown said...

dah 2 orang kawan promosi cerita ni...
mesti tgk
teman balik teluk intan besok......

Anonymous said...

hehe dh tgk ... best sgt . x psl2 tdo dlm klass esk nye .

Mak Su said...

depa teruja sbb depa baru ketahui tilikan nostradamus yang katanya armageddon tahun 2012... pembikinnya orang yang takut mati. tapi mmg benar, moga kengerian yang dipaparkan akan menginsafkan kita2 semua.. tapi janganlah ada yang berangan, konon boleh dok bawah laut utk elakkan dari gempa di dunia...

Brahim Nyior said...

Salam,

Yang sangat tak logiknya, masa hero terperangkap dalam ruang yang hampir melemaskannya sewaktu nak tutup 'gate' kapal,.. Banyak beno CCTV yang merakamkan kejadian dan boleh meruntun jiwa orang lain di kokpit kapal.

Ada ke patut ada suara kuar sama?

Saya pun tonton pirates. Hihihihi

Tirana said...

Kak tirana menang satu..dah hampir setengah abad hidup, baru dua kali masuk panggung wayang. Itupun zaman kanak-kanak dulu. Kak tirana dok baca juga preview tentang movie 2012. Ada yang kata best, ada yang kata tak best..kena tengok sendiri baru boleh bagi penilaian.

myQza said...

lom tgk lagi.. :) teringin juga nak tgk!!

AiE bAhRi said...

Salam kak..
rindunya kat akak..=)

saya juga belum berkesempatan menonton filem tu.Nmpaknya saya betul2 ketinggalan..huhuhu..Tapi kena tgk jugak..

Kak, Adik saya kak ngah mcmn? Ok tak dia? Jgn putus asa ya dik, perjalanan jauh lagi..keputusan kak ngah sama mcm saya. Situasi nya juga hampir sama. Semua ckgu tidak percaya tapi itulah rezeki dr Allah..masa untuk kita menggilap kejayaan banyak lagi dik..Harap kak ngah ok ye..

* adeqya8284 * said...

Cu,
selamat bercuti...
Ya dah beli DVDnya..tp belum ada kesempatan nak menonton...
haha byr hutang tak dpt menonton dpawagam...hehe

Jasnia said...

Salam, blog SEHARUM KAYU MANIS bukan lagi milik saya. Sila buang blog tersebut dari senarai link anda. Terima kasih.

Guru said...

assalammualaikum

saya dah tonton di panggung
best?
oklah jugak...

part malapetaka tu bestlah...
jalan citer...bosan sikit...

Jasnia said...

Salam Akak,

Na datang dengan blog yang baru ni... :)

Please feel free to visit my blog, okay :)

Anyway, citer 2012 ni na dah tengok...Sound effect memang power...sampai pening kepala na :(

Jalan cerita pun okay...Yang pasti, apa yang ada dalam scene tu belum dapat menandingi kekuasaan Allah SWT

ASYIQ said...

Jinggo ---> Saya pun balik kg juga....hihi.



Hana Kimilia ---> Oppsss...tertidur masa kelas apa la tu yea....haha. Jangan terkantoi sudah....

Kenapa tak ajak saya sekali??



Mak Su ---> Jalan cerita mmg boring, part bencana tu je yg ok. Impian org kafir mmg macam tu....kononnya bercita2 utk lari dari kiamat. Hanya angan2 kosong...


Dulu berangan nak ke planet Marikh, sampai skrg mereka tak jejak kaki lagi ke sana. Tak dapat menandingi kekuasaan Allah.

ASYIQ said...

Brahim Nyior ---> Suatu ketika dahulu Fahem marah sgt kalau beli DVD pirates (kami gelar spicy bkn original!) tapi skrg dia dh get used. Boleh tengok sekali dua cukup la...then tunggulah tayangannya di stesen TV.

Tapi anak2 sy sanggup simpan duit poket bulanan utk beli siri Harry Potter yg ori....berbaloi kata deme.

ASYIQ said...

Tirana ---> Opppsss...menang satu...haha. Mmg tidak dinafikan kalau filem aksi mmg best di panggung. Terasa gegarannya. Lagi satu menjerit ramai2 pun best juga...

Masa tengok Titanic pun pakat pi ramai2 dgn kawan2....pas tu pakat nangis ramai2....seronok jg.


tEDI ---> Ko mesti pegi. Tapi kalau bawa dak utih sure dia boring sikit.....sbb tak ada iklan sardin cap ayam...haha.



AiE ---> Kak ngah dah ok. Dapat menerima seadanya. Cuma yg frust skit may be penempatan ke SBP, MRSM atau SMKA melepas la sbb persaingan ramai. Apa2pun cuma lg exam akan datang.PMR masih ada. SPM pun masih ada. InsyaAllah, moga rezekinya murah suatu hari nanti.

ASYIQ said...

Adeqya ---> Baru balik dr kg malam tadi. Cuti sakan. Seronok berkumpul adik beradik. Cerita tak habis2....dh tengah mlm pun rasa pagi lagi. Ya pun sure maklum kekecohan family Cu ....haha. Dpt dibayangkan.

Selamat Hari raya Ya. Thn ni family kami tak berkorban. Next year...insyaAllah.

ASYIQ said...

aklcitizen ---> Betul...part bencana tu aje yg best. Lps tu dia melalut...agak membosankan jg.

Best kan kalau tengok kat panggung.


Jasnia---> Tahniah dgn kelahiran blog Jasnia. Akak dh pergi melawat dan tinggalkan jejak. Teruskan berkarya. Pastikan password tersimpan rapi!!!

Dearie Pearls said...

Dear Kak,
Ya Kak..
Mesti tonton..
Mungkin boleh jadikan sebagai pengajaran juga citer2 yg mcm nie..

*xde new n3 Kak?

ASYIQ said...

LOL ---> Ok LOL....dah post satu entry...itu pun laporan aktiviti korban thn lepas...haha.

Pengikut ASYIQ