JellyPages.com

.:namaku...:.

AHLAN WA SAHLAN

Sebuah blog yang tiada apa....cuma cebisan kenangan sepanjang kehidupan saya.

Semua cerita...mungkin tiada apa utk orang lain...tetapi amat berharga utk saya.

Saturday, May 30, 2009

Kerajaan Langit (2)

Salam semua. Sebenarnya saya berhajat nak update cepat2 tajuk ni...sebab rasa tergantung dengan cerita empat menteri kanan IBLIS walaupun sebenarnya ada tujuh. Tetapi kesihatan saya kurang mengizinkan. Saya sebenarnya dari dulu lagi adalah penghidap sakit kepala sebelah atau istilah lainnya migrain. Mula2 saya dapat sakit ni masa first year study di UM tahun 90/91. Macam2 kaedah rawatan saya gunakan selain dari mengambil pain killer...tapi mujur juga kalau sekali kena tak pernah berlarutan sehingga beberapa hari seperti kawan2 saya yang lain. Pernah juga mengambil rawatan `berbekam`....rawatan ni yang paling lama bertahan...setelah sekali berbekam penyakit ini akan mengalah untuk beberapa bulan then berbekam lagi....sehinggalah pada tahun 2006. Seorang kawan yang mengajar di sekolah yang sama mengesyorkan saya untuk mengambil Royal Jelly CNI ...makanan tambahan dalam bentuk serbuk.


Alhamdulillah setelah beberapa bulan saya dapati ada banyak perubahan. Saya sudah menjadi semakin lasak. Tidak lagi sensitif terhadap cahaya lampu yang berlebihan, cahaya panas matahari yang bersangatan, alahan kepada beberapa jenis makanan tertentu dan macam2 lagi. Cuma satu lagi yang yang menjadi alahan...setiap kali kitaran bulanan yang nature untuk seorang wanita. Sakit itu datang kembali...syukur jugalah, kalau tidak sakit langsung saya susah juga untuk mensyukuri nikmat kesihatan yang Allah berikan...ada hikmahNya. Doktor pun mengiyakan pengambilan produk ini kerana dalam beberapa tahun kebelakangan ini tekanan darah saya yang dulunya tahap rendah kini sudah menjadi normal. Apabila tekanan darah normal, banyak perkara dalam sistem badan kita yang akan menjadi stabil. Itulah sebabnya penyakit ini tidak lagi bersama saya.....


Ingat dahulu semasa kecilnya kak long, anak saya yang sulung....kalau saya sakit kepala sebelah tu dia akan bawa kain basahan letak atas kepala saya...layan macam orang demam walaupun bukan demam. Ubat bagi sakit kepala ni adalah baring dan tidur sahaja. Kemudian apa sahaja makanan yang ada kami makan la....tunggu suami balik dari kerja barulah kami makan dari air tangan suami. Dia pun dah biasa dengan situasi ini. Tapi kini kak long dah besar...dah pandai ke dapur. Bila saya kena sakit kepala ni...(sekali aje sebulan...) saya dah tak perlu risau....semua kerja rumah dia yang buat...berbahagi dengan kak ngah. Selalunya dia yang akan masak...boleh tahan juga air tangan anak dara saya ni. Kalau dia masak gulai masam ikan...sebiji macam yang ibu dia buat...hehe. Alhamdulillah, walaupun setiap kali nak mula masak dia akan refresh balik resipi tetapi akhirnya dia akan berjaya juga...ada lauk, ada sayur dan ada ulam-ulaman. Makan ajelah...syukur. Ada hikmahnya dia tak ndak duduk asrama. Kini kak ngah pula mengikuti jejaknya...sudah berani mencuba resipi2 kegemarannya...ada keinginan untuk mencuba sendiri dengan bimbingan ibunya...ke mana perginya orang perempuan kalau tidak ke dapur juga akhirnya....ingat sungguh pesan mak saya ni.



Ok...panjang berjela pulak...... Entry yang lepas saya baru ceritakan tentang menteri2 kanan kerajaan IBLIS Laknatullah iaitu DASIM, TSABA, AL-A`WAR dan MISWATH. Ada tiga lagi menteri kanan IBLIS ni iaitu ZAKNABUR, KANZAB dan WALHAN. Ada sesetengah kitab menjelaskan bahawa mereka ini ialah anak-anak iblis yang kemudiannya menjadi orang kuat di dalam pemerintahan kerajaan iblis ini. Walau apapun sememangnya mereka ni jahat...kerana itu digelar laknatullah...penghuni kekal neraka.


ZAKNABUR...tugasnya ialah memastikan dunia perniagaan dan sektor ekonomi hancur...selaras dengan kehendak mereka. Mereka akan menghasut manusia supaya menjauhi cara dan sistem yang diajar oleh Allah. Mereka menghasut manusia supaya mengamalkan riba, mengurangkan timbangan dan sukatan dalam jualbeli, menipu pelanggan secara zahir dan secara tersembunyi. Akibatnya ekonomi akan lumpuh dan manusia juga akan berbalah sesama sendiri. Hidup akan menjadi lebih tertekan, hutang di sana sini, akhirnya aqidah akan rosak apabila hilang keyakinan dan kepercayaan kepada Allah. Selalunya ZAKNABUR akan merata-rata di pusat membeli belah...selain berusaha memastikan manusia membeli belah tanpa kepentingan dan keperluan..membazir dan boros berbelanja. Patutlah..kekadang saya kalau nak keluar window shopping jangan bawak cash banyak2...takut terbelanja benda yang tidak menjadi keperluan. Penggunaan kad kredit memang saya hadkan, takut terover berhutang. Memang dalam perkara ni saya memang skima...ukur baju di badan sendiri.


Yang keenam..KANZAB. Dia ni diberi kepercayaan oleh IBLIS untuk menghasut manusia untuk meninggalkan SOLAT. Dia akan mencari jalan untuk melalaikan umat Islam untuk meninggalkan solat....bermula dengan meniup rasa2 was-was terhadap kebaikan solat sehinggalah menimbulkan sifat malas untuk mengerjakan solat. Solat pun dalam keadaan lalai, tidak khusyuk, solat dalam keadaan tergesa-gesa dan sebagainya. Walau kita bertarik tolak melawan KANZAB ni semasa sedang solat...kekadang hanyut juga. Terutama apabila kita hilang sesuatu barang sebelum solat...yang hairannya dalam solat baru kita ingat di mana kita letak barang tersebut. Siapa yang memberi idea itu...siapa lagi kalau bukan KANZAB. Itu sebabnya penting untuk kita tunaikan solat sunat yang mengiringi solat fardhu untuk menampal mana-mana kekurangan solat fardhu. Empat rakaat sebelum zohor, dua rakaat selepas zuhur, dua rakaat selepas maghrib, dua rakaat selepas isyak dan dua rakaat sebelum solat subuh. Ini yang biasa dilakukan oleh Nabi Muhammad...solat sunat qabliyyah dan ba`diyyah yang paling afdhal. Kecewalah si KANZAB ni jika kita dapat melakukannya...insyaALLAH.


Yang ketujuh dan terakhir...WALHAN. Tugas WALHAN ni adalah untuk meniupkan rasa was-was sewaktu mengambil wudhuk. Saya sendiri pernah berhadapan dengan seorang anak murid yang teruk terkena was2 si WALHAN ni...baca niat wudhuk sahaja dekat sepuluh kali. Bila berwudhuk dia akan dengar bisikan yang menyatakan wudhuknya batal...so, dia akan ulang beberapa kali sehingga bajunya pun dah lenjun. Saya rawat budak ni...punca sebenarnya ialah hati dia kosong dan kecewa. Ada masalah keluarga, hati dia frust, hati dia tidak bahagia, hilang semangat belajar,jiwa dia kosong.....bila dah dirawat dengan beberapa sesi kaunseling alhamdulillah dia kembali ceria dan bersemangat semula....dan sifat ini was2 ini pun hilang. Bisikan2 yang entah dari mana datangnya pun hilang...tengok betapa bijaknya si WALHAN ni mencari peluang dan kesempatan.


Ok...cukup tujuh menteri kanan IBLIS. Saya juga akan mendedahkan tentang beberapa strategi atau aset-aset yang digunakan oleh syaitan untuk memperdayakan manusia....supaya kita lebih berwaspada. Tunggu entry saya yang akan datang. Wassalam.

8 comments:

Na Shari said...

Masyaallah...Baru na sedar...na ni selalu jugak kena hasut dgn si KANZAB tu...Mana taknya, tengah-tengah solat, boleh teringat pulak barang yang hilang letak kat mana...

Sekali lagi, terima kasih untuk akak sebab sudi berkongsi ilmu yang bermanfaat ni...

Anyway, bertuahnya akak...ada anak2 dara yang rajin ke dapur...nak ambik jadi menantu..Na pulak belum ada anak...hehehe

OmbakBaik said...

thanks akak..entry yang sangat berguna utk saye

Ummu Mishkah said...

alhamdulillah dianugerahkan anak yang baik2.. boleh tolong ummi..
Psl menteri2 iblis tu boleh tahan jugak namanya yer... jgn ada yg bagi nama kat anak2 sudahlah.. skrg ni nama anak2 pelik2 dan macam2 bunyinya.. ehehhehe

ASYIQ said...

Na,
Gitulah lagaknya si syaitan ni...lebih kuah dari sudu ye dak...mmg dia dh melampau. Kita slalu tergoda dgn dia nih...

Nk kata rajin sgt tu x da la Na, bila dia org tpaksa barulah rajin bgerak sndiri. Kalau tak lapar le perut jadinyer,,hehe.

ASYIQ said...

Ombak baik,

Sesama kita berkongsi ilmu ye...

ASYIQ said...

Ummumishkah,

Ttg nama anak...teringat seorang anak murid nama dia Nur Ammarah....cian dia. Bunyi mmg sedap...gaya2 arab gitu tapi maksudnya...Cahaya Sifat Nafsu Ammarah.

Moga2 jgn terkongsi pulak nama dgn menteri2 ni kan..??

Anonymous said...

Kalo tgk pd nama, mcm sedap jek bunyi..Tapi, bila teruskan baca N3 tu, rasa nak picit2 dorang ni biar mati..

ASYIQ said...

Kalu k yan sekadar nak picit...saya pulak rasa nak henyak2 dgn kaki...lala.

Pengikut ASYIQ