JellyPages.com

.:namaku...:.

AHLAN WA SAHLAN

Sebuah blog yang tiada apa....cuma cebisan kenangan sepanjang kehidupan saya.

Semua cerita...mungkin tiada apa utk orang lain...tetapi amat berharga utk saya.

Wednesday, February 25, 2009

Keajaiban Sujud dalam Solat







Sabda Rasulullah s.a.w yang membawa maksud:

"Suatu cara yang lebih utama yang dapat dilakukan

seseorang hamba untuk mendekatkan diri kepada Allah

adalah dengan melakukan sujud di tempat yang sunyi"
Hadis riwayat Ibnu Mubarak.

Ramai cerdik pandai telah membicarakan tentang kelebihan ibadat-ibadat lain dalam Islam. Banyak juga penemuan menakjubkan yang telah ditemui oleh para saintis. Teori-teorinya banyak disokong oleh fakta yang telah dibuktikan dari sudut saintifik.


Salah satu penemuan yang menakjubkan yang berkaitan dengan ibadat solat ialah pada ketika melakukan sujud. Seorang ahli neurologi dari Amerika Syarikat telah melakukan kajiannya tentang urat saraf. Dalam kajiannya telah menemui bahawa terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah. Padahal setiap inci dalam otak memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.

Setelah membuat kajian sekian lama, telah didapati bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud. Urat saraf itu hanya memerlukan darah hanya untuk beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar solat yang diwajibkan ke atas umat Islam sahaja. Subhanallah...begitulah keajaiban ciptaan Allah.

Hamba Allah yang tidak menunaikan solat, walaupun otaknya berfungsi secara normal tetapi dalam sesuatu keadaan mereka akan kehilangan pertimbangan dalam membuat keputusan yang normal. Sebab ini jugalah orang Islam antara yang paling kurang terlibat dalam kes membunuh diri berbanding dengan kaum dan agama lain.

Antara hikmah lain tentang sujud ialah:

1. melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

2. memberi dorongan supaya mudah tidur.

3. membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

4. mengurangi kegemukan.

5. bernafas dalam sujud dapat memastikan otak mendapat lebih oksigen dan bekalan darah.

6. dari sujud psikologi pula, sujud membuatkan kita rendah diri pada Allah dan mengikis sifat sombong dan

takbur.

7. pergerakan bahagian otot menyebabkan wanita mudah melahirkan anak.

8. kedudukan sujud dapat merehatkan bahagian belakang tubuh.

9. melegakan sakit hernia (burut).


10. melegakan sakit sengugut dan apendiks.



Subhanallah...subhanallah...

***Sumber: Arab News.

3 comments:

Ciksiti said...

Asyiq..,
Blog yang menarik, suka saya membaca bahan ceritanya, tahniah.

Saya pun berangan nak buat blog macam ni juga...!!!!

CikguZue said...

salam,
nice blog dan penuh berisi. semoga diteruskan.

ASYIQ said...

Ciksiti,

Saya dulu pun sebelum ada blog, asyik meneroka blog orang lain. Rupanya tak susah pun nak buat...meh la. Try n error je. Nak pandai2 sgt tu tak la, tapi sekadar yg basic boleh juga.

Lepas ciksiti buat blog, invite saya, boleh saya jadi followernya..k.

Selalulah dtg bertandang. TQ.


CikguZue,
Blogger baru cikguZue, banyak yang tak mahir. Yang baik tu ambillah pengajaran...selalulah dtg bertandang. TQ

Pengikut ASYIQ