JellyPages.com

.:namaku...:.

AHLAN WA SAHLAN

Sebuah blog yang tiada apa....cuma cebisan kenangan sepanjang kehidupan saya.

Semua cerita...mungkin tiada apa utk orang lain...tetapi amat berharga utk saya.

Showing posts with label Keajaiban Islam. Show all posts
Showing posts with label Keajaiban Islam. Show all posts

Tuesday, April 28, 2009

Lalat oh Lalat...






Hadis :

Dari Abi Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: " "Apabila lalat jatuh ke dalam minuman salah seorang di antara kamu maka rendamkanlah lalat itu kemudian buanglah. Kerana pada salah satu sayapnya terdapat penyakit dan pada sayap yang lain terdapat ubat." Riwayat al-Bukhari

Huraian :

Islam menghendaki kita supaya menjaga kebersihan bukan sahaja pada pakaian dan tempat tinggal malah pada makanan dan juga minuman. Rasulullah SAW amat menitikberatkan hal ini sehinggakan apabila seekor lalat pun yang memasuki makanan atau minuman, baginda menyuruh kita berwaspada terhadap penyakit yang bakal menimpa seperti keracunan makanan dan sebagainya. Apa yang disebutkan di dalam hadis di atas telah pun dibuat kajian oleh para saintis pada zaman kemudiannya.


Contohnya pada tahun 1871, Prof. Brefild, Ilmuwan Jerman dari Universiti Hall menemui mikroorganisma jenis Fitriat yang diberi nama Ambaza Mouski dari golongan Antomofterali. Mikroorganisma ini hidup di bawah tingkat zat minyak di dalam perut lalat. Ambaza Mouski ini berkumpul di dalam sel-sel sehingga membentuk kekuatan yang besar. Kemudian sel-sel itu akan pecah dan mengeluarkan sitoplasma yang dapat membunuh kuman-kuman penyakit. Sel-sel tersebut terdapat di sekitar bahagian ke tiga dari tubuh lalat, iaitu pada bahagian perut dan ke bawah. Kemudian pada tahun 1947, Ernestein seorang Inggeris juga menyelidiki Fitriat pada lalat ini. Hasil penyelidikannya menyimpulkan bahawa fitriat tersebut dapat memusnahkan pelbagai bakteria.


Tahun 1950, Roleos dari Switzerland juga menemui mikroorganisma ini dan memberi nama Javasin. Para peneliti lain iaitu Prof. Kock, Famer (Inggeris), Rose, Etlengger (German) dan Blatner (Switzerland) melakukan penyelidikan dan membuat kesimpulan yang sama tentang mikroorganisma pada lalat sekali gus membuktikan bahawa pelbagai penyakit dan bakteria pada lalat hanya terdapat pada hujung kakinya saja dan bukan pada seluruh badannya. Justeru mikroorganisma yang dapat membunuh kuman itu tidak dapat keluar dari tubuh lalat kecuali setelah disentuh oleh benda cair. Cairan ini dapat menambah tekanan pada sel-sel yang mengandungi mikroorganisma penolak kuman sehingga pecah dan memercikkan mikroorganisma istimewa ini.


Maka adalah ternyata bahawa apa yang dikatakan oleh Rasulullah adalah benar iaitu saranan baginda kepada kita agar menenggelamkan lalat terlebih dahulu ke dalam air bagi mengeluarkan mikroorganisma penolak kuman dari badan lalat tersebut, dalam erti kata bahawa badannya harus dibasahkan sebelum membuangnya dan air yang menjadi tempat pendaratan lalat tadi dapat diminum dengan selamat. Subhanallah betapa hebatnya junjungan kita, Nabi Muhammad SAW.

Dipetik dari: http://dakwah2u.blogspot.com

Thursday, April 16, 2009

Maha Suci Allah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Atas kebenaran dari adik Shahibul Afzan dari Fakulti Pergigian di UIAM Kuantan...saya postkan entry ini dari blog dia.
Atas keizinan tersebut akak ucapkan ribuan terima kasih dan semoga hubungan silaturrahim kita berkekalan.
Pembaca bolehlah melawat blog adik ni di http://azansubuhkhamis.blogspot.com/

Allah telah berfirman di dalam al Quran:

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, iaitu orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari seksa api neraka."
(Ali Imran: 190&191)

Benar, tidak ada sesuatu pun yang diciptakan Allah secara sia-sia. Segalanya mempunyai hikmah yang hanya mampu dibongkar oleh orang-orang yang berakal.

Siapakah orang yang berakal tersebut? Sebagaimana yang dinyatakan dalam ayat di atas, mereka itulah orang yang sentiasa mengingati Allah di mana sahaja berada serta memikirkan keagungan Allah melalui penciptaanNya.

Lihatlah kebesaran Allah dalam penciptaan buah-buahan dan sayur-sayuran ini. Subhanallah!

A sliced carrot looks like the pupil and iris of human eye...and yes, science now shows that carrots greatly enhance the function of eyes.

A tomato has four chambers and is red. The heart is also red and has four chambers. Research shows that tomatoes are good for the heart.

A walnut looks like a little brain, a left and right hemisphere, upper cerebrum and lower cerebellum. Even the wrinkles or folds on the nut just like the cortex. We now know that walnuts help to develop over 3 dozen neuro-transmitters for the brain function.

Kidney beans actually help to maintain the kidney function and yes, they look like exactly the human kidneys.

Celery, Bok Choy, Rhubarb and more look just like bones. These food specifically target bone strength. Bones are 23% sodium and these food are 23% sodium. If you don't have enough sodium in your diet the body pulls it from the bones, making them weak. These food replenish the skeletal needs of the body.


Avocadoes and pears target the health and function of the womb and cervix of the female - they look just like these organs. Today's research shows that when a woman eats 1 avocado a week, it balances hormones, sheds unwanted birth weight and prevents cervical cancers.

Figs are full of seeds and hang in two when they grow. Figs increase the motility of male sperm and increase the numbers of sperm cells to overcome male sterility.


Oranges and other citrus fruits look like the mammary glands of the female and actually assist the health of the breasts and the movement of lymph in and out of the breasts.

Onions look like body cells. Today's research shows that onions help to clear waste materials from all of the body cells. They even produce tears which wash the epithelial layers of the eyes.
Sweet potatoes look like the pancreas and actually balance the glycemic index of diabetics.

Olives assist the health and function of the ovaries. They look just like the ovaries.

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan??


Wednesday, February 25, 2009

Keajaiban Sujud dalam Solat







Sabda Rasulullah s.a.w yang membawa maksud:

"Suatu cara yang lebih utama yang dapat dilakukan

seseorang hamba untuk mendekatkan diri kepada Allah

adalah dengan melakukan sujud di tempat yang sunyi"
Hadis riwayat Ibnu Mubarak.

Ramai cerdik pandai telah membicarakan tentang kelebihan ibadat-ibadat lain dalam Islam. Banyak juga penemuan menakjubkan yang telah ditemui oleh para saintis. Teori-teorinya banyak disokong oleh fakta yang telah dibuktikan dari sudut saintifik.


Salah satu penemuan yang menakjubkan yang berkaitan dengan ibadat solat ialah pada ketika melakukan sujud. Seorang ahli neurologi dari Amerika Syarikat telah melakukan kajiannya tentang urat saraf. Dalam kajiannya telah menemui bahawa terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah. Padahal setiap inci dalam otak memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.

Setelah membuat kajian sekian lama, telah didapati bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud. Urat saraf itu hanya memerlukan darah hanya untuk beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar solat yang diwajibkan ke atas umat Islam sahaja. Subhanallah...begitulah keajaiban ciptaan Allah.

Hamba Allah yang tidak menunaikan solat, walaupun otaknya berfungsi secara normal tetapi dalam sesuatu keadaan mereka akan kehilangan pertimbangan dalam membuat keputusan yang normal. Sebab ini jugalah orang Islam antara yang paling kurang terlibat dalam kes membunuh diri berbanding dengan kaum dan agama lain.

Antara hikmah lain tentang sujud ialah:

1. melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

2. memberi dorongan supaya mudah tidur.

3. membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

4. mengurangi kegemukan.

5. bernafas dalam sujud dapat memastikan otak mendapat lebih oksigen dan bekalan darah.

6. dari sujud psikologi pula, sujud membuatkan kita rendah diri pada Allah dan mengikis sifat sombong dan

takbur.

7. pergerakan bahagian otot menyebabkan wanita mudah melahirkan anak.

8. kedudukan sujud dapat merehatkan bahagian belakang tubuh.

9. melegakan sakit hernia (burut).


10. melegakan sakit sengugut dan apendiks.



Subhanallah...subhanallah...

***Sumber: Arab News.

Pengikut ASYIQ