JellyPages.com

.:namaku...:.

AHLAN WA SAHLAN

Sebuah blog yang tiada apa....cuma cebisan kenangan sepanjang kehidupan saya.

Semua cerita...mungkin tiada apa utk orang lain...tetapi amat berharga utk saya.

Friday, February 27, 2009

Hari malang ASYIQ..

Pada Khamis 26.2.2009, setelah 16 tahun memandu kereta, hari ini tercatat satu sejarah hitam dalam hidupku. Ingin dirakamkan di sini kerana.....setelah 16 tahun...lama tu.....Hari Ini Dalam Sejarah.
Semua gara-gara nak cepat. Sukan Tahunan SK Sungai Buloh akan bermula pada pukul 2.00 petang. Habis kelas pukul 1.00 petang. Bukan tak boleh minta Cuti Rehat Khas tetapi memandangkan hari ini saya kena mengendalikan rehersal (raptai) empat badan pengawas di sekolah...so, tak bolehlah bercuti. Saya pulak tu yang jadi ketua dan pengerusi majlis untuk hari Isnin nanti. Ikut kena balik pukul 2.00 tapi dapat kebenaran keluar awal. Jalan pula sesak...hari pulak panas....perut pula lapar. Ingat lepas mandi, makan dan solat nak bersegera ke sekolah anak-anak.

Nanti merajuk lagi macam tahun lepas. Ibunya sampai selepas habis perbarisan. Si kak Ngah yang pakai maskot tak sempat dirakam gambarnya...camerawoman dtg lambat. So, apa lagi `rushing la`...semua demi anak-anak.

Tak sedar macam mana kereta Waja tu ada di depan mata. Brek tapi dah terlalu dekat....hentam la. Renyuk la bumper dia. Kereta saya tak ada apa-apa, pecah plat number sikit, lekang sikit cat..tu je. Mujur juga si pemuda cina tu orangnya cool....tak marah-marah (rasanya dia cool sebab saya cepat-cepat minta maaf dan janji terus untuk bayar repair kereta dia.) Nasib baik juga pemuda cina itu sanggup selesaikan kes itu keesokkan harinya sebab saya nak juga hadiri hari sukan anak-anak saya. (Rezeki juga tu...positif thinking!) Terus balik rumah...langsung lupa nak ambil gambar accident tadi.

So, malam tadi kepala dok memikirkan masalah tu. Sampai termimpi-mimpi. Suami kata paling2 tidak kena RM500 sebab bumper dia kena ganti then cat semula. Bukan soal duit, duit boleh bayar tapi kesan dari accident semalam....saya macam cuak nak bawak kereta. Macam dah hilang confident...siapa nnti nak hantar saya pergi kerja?????

So lepas sekolah hari ni, saya bawak dia ke bengkel yang saya kenal tuannya. Asalnya dia suggest bengkel dia tetapi atas saranan suami...saya ke bengkel yang kami kenal. Sebab apa??? Rasanya semua orang boleh agak.

Memang betul agakan suami saya...terbang RM450. Terus bayar...malam ni boleh tidur lena. Tapi kenapa saya slow sangat bawak kereta hari ni???? Dan saya tak marah-marah pada orang depan yang selalu bawak kereta untuk `bersiar-siar`??? Apakah saya dah BERUBAH????? He he he.

Alahai diri.....dok memikirkan hikmah di sebalik peristiwa tu....masih banyak hikmah baiknya. So...rileks laaaa....

7 comments:

Tirana said...

Lepas accident mesti teragak-agak nak bawak kete..Tapi lama-lama nanti ok. Kak Tirana pun pernah accident.

ami mahzar said...

Sabo kin, yakinlah semula utk memandu ngan steady...usah kene pelece sebab mandu slow plak... Apapun, accident tu cabaran dan dugaan kecil berbanding kehilangan yang kak rasa skarang ni.. tapi kin pun dah ade pengalaman lagi awal dari kak.. now sementara bonda masih ade, hargailah kehadirannya, pulang-pulanglah ke kampung...

UnGu VioLeT said...

datang blog mar.. ade award menanti.. :)

ASYIQ said...

Tirana,
Btul tu kak..walaupun saya ni di antara pemandu yang berani drive ke destinasi yang jauh..tapi bila dah terkena, semangat luntur sikit. InsyaAllah tak lama lagi ok la tu. Lagi pun mana boleh layan sgt..hakikatnya hidup mesti diteruskan. Mana ada pemandu peribadi!!



Ami Mahzar,
Kin kehilangan ayah seawal usia 18 tahun, lama dah. That`s why emak yang masih ada kin jenguk selalu..kalau tidak pun menelefon dia dengar suara.
Aduh...rasa nak balik sekarang.


Adik Mar...
Ok..akak datang. Tunggu...!
Tq,tq.tq.

CIKGU AZIZUL..... said...

salam akak.terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya.semoga tabah menghapi cabaran.salam kenal dari saya.wassalam.

al amin said...

tulah orang tua kata malang tak berbau

tu sebab orang suruh berhati-hati di jalan raya.

ASYIQ said...

Cikgu Azizul,
Salam perkenalan juga..selalulah dtg bertandang ke sini. TQ

Al-Amin,
Ingat sangat dah nasihat tu...ingat dah. Hu Hu (Penuh rasa sesal)

Pengikut ASYIQ