JellyPages.com

.:namaku...:.

AHLAN WA SAHLAN

Sebuah blog yang tiada apa....cuma cebisan kenangan sepanjang kehidupan saya.

Semua cerita...mungkin tiada apa utk orang lain...tetapi amat berharga utk saya.

Tuesday, February 24, 2009

Berlian oh Berlian



Kisah ini dipetik dari salah sebuah buku motivasi karangan Dr Danial Zainal Abidin.

Pada suatu masa dahulu, tidak berapa jauh dari Sungai Indus tinggal seorang lelaki yang bernama Ali Hafiz bersama keluarganya.Beliau seorang yang kaya raya kerana memiliki sebuah ladang yang sangat luas. Setiap hari dia bersyukur dengan nikmat yang diberikan Allah dan setiap malam dia dapat tidur lena.

Pada suatu hari, beliau didatangi oleh seorang pengkaji sejarah. Beliau menceritakan kisah berlian, bagaimana ia boleh terjadi. Dia berkata kepada Ali Hafiz "Jika kamu dapat memiliki berlian walaupun sebesar ibu jari kamu akan mampu membeli sebuah negara...dan apabila kamu dapat memiliki sebuah lombong berlian, kamu akan dapat menguasai dunia."

Semenjak hari itu Ali Hafiz asyik memikirkan soal berlian. Dia tidak lagi mahu bersyukur dan tidur malamnya pun tidak lagi lena. Siang dan malam beliau asyik termenung memikirkan bagaimana mahu mendapat berlian tersebut.

Akhirnya beliau mengambil keputusan menjual semua ladangnya dan keluar mengembara untuk mencari berlian. Keluarganya pun ditinggalkannya. Beliau mengembara ke bumi Palestin, benua Eropah dan akhirnya tiba di Teluk Barcelona dalam keadaan miskin. Beliau amat kecewa dan putus asa dan akhirnya membunuh diri...tamatlah riwayat Ali Hafiz.

Berbalik kepada ladang yang telah dijualnya. Rupanya di situ telah dijumpai serpihan berlian. Tuan punya ladang yang baru telah menunjukkan berlian yang bermutu tinggi kepada pengkaji sejarah tadi. Beliau terkejut kerana di situ rupaya terdapat berlian yang dicari-cari oleh Ali Hafiz. Akhirnya ladang itu bertukar menjadi lombong berlian yang besar yang dikenali hari ini sebagai lombong Golcanda.

Moral dari kisah ini:

Umat Islam pada hari ini boleh diibaratkan seperti Ali Hafiz. Mereka tidak menyedari bahawa Islam adalah lombong berlian yang tidak ada tolok banding dengan agama lain. Mereka berbangga dengan isme-isme dan budaya asing yang bercanggah dengan Islam.Mereka bangga apabila dapat mengamalkan cara hidup bukan Islam. Akhirnya mereka lemas dan hancur.

Marilah kita fikir-fikirkan. Pendidikan anak-anak kita juga hendaklah seimbang. Keperluan dunia pun dikejar tetapi ilmu akhirat kita galas sekali. Anak-anak zaman sekarang perlukan kekuatan rohani. Ibu bapa sebagai pendamping hendaklah sentiasa memastikan jiwa anak-anak kita subur dengan kecintaan kepada Allah dan rasulNya. Jangan biarkan jiwa mereka kering...ajar mereka membaca dan menghayati AlQuran, ajar mereka berwirid selepas solat, ajar mereka memahami bacaan dalam solat, ajar mereka menunaikan solat-solat sunat, ajar mereka cara berkomunikasi, ajar mereka cara berlapang dada dengan sifat dan tabiat manusia, ajar mereka segala-galanya.

Masa kita bersama dengan anak-anak pun tak lama. Habis tingkatan lima, mereka mula hidup berdikari dan menempuh kehidupan dengan cara mereka sendiri. Sekiranya sebelum itu mereka kurang bekalan...kasihan anak-anak kita...mereka mungkin menjadi seperti Ali Hafiz. Na`uzubillah.




4 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum,
semoga blog kita dapat dimanfaat ke arah kebaikan...ku dambakan syurga juga...
terasa macam hidup semula usrah...cuma dalam teknologi virtual le pulak...
rindu saat-saat bersama di temenggong dulu...

arazma said...

sorry kin, tadi tu kak la...

Unknown said...

diri kita terdapat timbunan belian - kenapa mesti cari tempat lain - hakikatnya begitu....

sibuk melihat kelebihan yg ada pada orang lain : sedangkan kelebihan diri sendiri terabai.

saya selalu kongsikan cerita ini pada pelatih saya...

terima kasih blog yg menarik.

ASYIQ said...

Ami Mahzar,
Terima kasih tinggalkan jejak di blog saya. Pandai-pandailah kita memanipulasikan IT untuk kebaikan kita bersama. Allah tahu apa yang kita niatkan.Moga ruang maya ini menyambungkan semula silaturrahim kita...
Selalulah dtg bertandang ke sini.

Jinggo,
Segan saya apabila pakar motivasi sudi memberi komen di blog saya ni..tq,tq,tq.
Saya pun selalu mencari2 ilmu di blog tuan...menarik sangat.

Pengikut ASYIQ