JellyPages.com

.:namaku...:.

AHLAN WA SAHLAN

Sebuah blog yang tiada apa....cuma cebisan kenangan sepanjang kehidupan saya.

Semua cerita...mungkin tiada apa utk orang lain...tetapi amat berharga utk saya.

Saturday, February 14, 2009

Helium dan Taqwa


Bacalah petikan di bawah..kemudian fikir-fikirkan.

Pada suatu hari, seorang kanak-kanak ternampak seorang lelaki tua menjual belon yang boleh terbang tinggi. Dia kagum dengan belon itu. Dia terus membeli belon biasa dan ditiupnya dengan harapan belon itu juga boleh terbang naik ke udara. Tetapi harapannya musnah. Belon itu menjunam ke bumi.

Dek kerana semangat yang ingin tahu, budak itu terus mencari pak cik penjual belon dan bertanyakan rahsia belonnya yang boleh terbang tinggi di udara.

Jawab pak cik itu, "Senang saja. Perbezaannya adalah pada dalamannya. Kamu menggunakan angin biasa tetapi pak cik menggunakan gas helium!"

Begitulah kiasannya perbezaan antara seorang manusia dengan manusia lain. Daripada sudut luarannya, manusia kelihatan lebih kurang sama tetapi dalaman mereka berbeza. Aspek dalaman yang menentukan samada individu itu menjunam ke lembah kehinaan atau terbang menuju kemuliaan.

Bagi manusia gas helium yang dimaksudkan ialah taqwa. Sebarang perubahan yang positif bermula dengan taqwa.

Fikir fikirkan.

Inilah antara cerita yang memotivasikan aku untuk melahirkan blog ini. Selepas ini banyak lagi...tungguuuuu!!!!!!

2 comments:

xiiinam said...

Salam...
Selamat datang ke dunia blogger...ahlan wa sahlan...ha...ha...ha...

asyiq said...

xiiinam...
Wah...tak sangka cLah tersohor dah masuk blog kiter...tq..tq...
Asyik ingat nak buka blog jer...dah makin tegar nih....

Pengikut ASYIQ